BERITA PRU15   Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | PRU15: Kemenangan di Padang Serai hadiah terbaik untuk PM - Calon PH | PRU15: Kemenangan di Padang Serai akan beri semangat baharu kepada BN - Sivaraj | Ahli Parlimen Bebas dari Kudat sokong kerajaan perpaduan | 
RENCANA

COVID-19: Jumlah Kes Baharu Enam Hari Menyusut Kepada 10,541 Kes

23/09/2022 01:56 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Sept hingga pukul 12:00tgh 23 Sept 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.82 juta kes. Di peringkat global, lebih 619 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.53 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 598 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 dalam negara sepanjang bulan September ini masih kekal di bawah 2,500 dengan 2,245 dilaporkan semalam (22 September) termasuk enam (6) kes import.

Setakat ini, kes terendah dilaporkan pada 19 haribulan sebanyak 1,307 kes berbanding kes terendah untuk bulan Ogos 2022 iaitu 1,946 pada 29 Ogos.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama 17 Sept hingga 22 Sept 2022, jumlah kes adalah sebanyak 10,541 kes, menyusut 12.5 peratus berbanding tempoh yang sama 10 Sept hingga 15 Sept 2022 iaitu 12,049 kes.


Beberapa aktiviti di bendang juga diadakan bagi menarik minat para pelancong untuk mengunjungi perkampungan yang kaya dengan pemandangan hijau. Ia sekaligus diharap dapat memberi suntikan kepada pengusaha-pengusaha inap desa agar dapat kembali beroperasi dengan lebih aktif. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 22 Sept 2022, daripada 2,245 kes semalam, tujuh (7) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (581), WP Kuala Lumpur (523), Perak (182), Sabah (178), Negeri Sembilan (137), Sarawak (136) dan Pulau Pinang (103).

Kes dua angka diaporkan di Melaka (91), Kedah (76), Kelantan (70), Pahang (50), Johor (40), Terengganu (34) dan WP Putrajaya (27).

Kes satu angka di Perlis (9) dan WP Labuan (8).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 17 Sept hingga 22 Sept 2022:-

17 Sept (1,572), 18 Sept (1,639), 19 Sept (1,307), 20 Sept (1,667), 21 Sept (2,111) dan 22 Sept (2,245).

Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (10 Sept- 16 Sept) adalah seperti berikut:-

10 Sept (1,971), 11 Sept (1,483), 12 Sept (1,847), 13 Sept (1,942), 14 Sept (2,431), 15 Sept (2,375) dan 16 Sept (1,977).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-

17 Sept (1,847), 18 Sept (1,528), 19 Sept (1,307), 20 Sept (1,667), 21 Sept (2,111) dan 22 Sept (2,545).

 

​​​​​​​


Para pengunjung kelihatan seronok bermain air bersama ahli keluarga masing-masing ketika menikmati cuti hujung minggu di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 1,901 kes sembuh COVID-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,764,219. Untuk kes kematian, sebanyak 12 kes dilaporkan dan kumulatif kematian kini sebanyak 36,342.

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 22 Sept 2022 menunjukkan 24,440 kes (95.2 peratus) daripada 25,659 kes aktif, dikuarantin di rumah.

Sebanyak 1 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,163 kes (4.5 peratus) di hospital; 20 kes(0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 35 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

​​​​​​​​​​​​​​


Tapak perkhemahan (camp site) iaitu Kem Kulim dan Kampung Lenweng yang terdapat di sepanjang perjalanan ke puncak Gunung Ulu Sepat, Perak menjadi tumpuan terutama pada hari cuti umum. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dengan sebanyak 4,826,220 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,875,215) dan Austria (5,050,233).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (61,478) diikuti Rusia (53,457) dan Jerman (50,800).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,080,836 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

​​​​​​​


Keadaan cuaca tidak menentu kini melanda di negara ini tidak menghalang orang ramai mengunjungi Pantai Bersih, Butterworth. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

17 Sept (2,695), 18 Sept (2,056), 19 Sept (1,830), 20 Sept (2,028), 21 Sept (1,493) dan 22 Sept (1,901).

*kes kumulatif sembuh sehingga 22 Sept 2022 sebanyak 4,764,219.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

17 Sept (26,032), 18 Sept (25,611), 19 Sept (25,083), 20 Sept (24,715), 21 Sept (25,327) dan 22 Sept (25,659).

 

Perincian kes harian baharu (2,245 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 22 Sept 2022

*(+kes import)

​​​​​​​


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 581 (+0), WP Kuala Lumpur 523 (+0), Perak 182 (+0), Sabah 177 (+1), Negeri Sembilan 135 (+2), Sarawak 136 (+0) dan Pulau Pinang 102 (+1).

Dua angka - Melaka 90 (+1), Kedah 75 (+1), Kelantan 70 (+0), Pahang 50 (+0), Johor 40 (+0), Terengganu 34 (+0) dan WP Putrajaya 27 (+0).

Satu angka - Perlis 9 (+0) dan WP Labuan 8 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

17 Sept - Kes baharu 1,572; Kes kumulatif 4,817,251; Kes import 3.

18 Sept - Kes baharu 1,639; Kes kumulatif 4,818.890; Kes import 9.

19 Sept - Kes baharu 1,307; Kes kumulatif 4,820,197; Kes import 4.

20 Sept - Kes baharu 1,667; Kes kumulatif 4,821,864; Kes import 2.

21 Sept - Kes baharu 2,111; Kes kumulatif 4,823,975; Kes import 5.

22 Sept - Kes baharu 2,245; Kes kumulatif 4,826,220; Kes import 6.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

17 Sept - 1(kumpulan berisiko tinggi 1);

• Kluster Dua Jalan Padang Golf 2 (Hulu Selangor, Selangor) - 10 kes.

18 Sept - tiada kluster.

19 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi);

• Kluster Dah Jalan Mendidih (Kuala Muda, Kedah) - 26 kes.

20 Sept - tiada kluster.

21 Sept - tiada kluster.

22 Sept - tiada kluster.

Jumlah keseluruhan kluster sebanyak 7,078 dan setakat 22 September, 14 kluster masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

17 Sept - 2 (BID 2), 18 Sept - 4 (BID 1), 19 Sept - 5 (BID 1), 20 Sept - 7 (BID 1), 21 Sept - 6 (BID 1) dan 22 Sept - 12 (BID 7).

*Jumlah kes kematian sehingga 22 Sept 2022 sebanyak 36,342 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 619,122,512 kes berbanding 616,537,103 kes pada minggu lepas dengan 6,536,669 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,529,144). Sebanyak 598,999,965 kes sembuh berbanding 595,820,804 kes sembuh pada minggu lepas. 

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 97,795,728 (+38,598)

India 44,555,634 (+2,592)

Perancis 35,050,133 (+38,464)

Brazil 34,659,526 (+7,784)

Jerman 32,905,086 (+50,800)

Korea Selatan 24,535,940 (+32,972)

United Kingdom 23,585,305 (+tiada maklumat)

Itali 22,241,369 (+22,523)

Japan 20,840,785 (+61,478)

Rusia 20,651,559 (+53,457)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,467,619 (+1,928)

Indonesia di tangga 19 - 6,417,490 (+2,162)

Malaysia di tangga 27 - 4,826,220 (+2,245)

Thailand di tangga 29 - 4,676,338 (+806)

Filipina di tangga 38 - 3,929,819 (+2,702)

Singapura di tangga 46 - 1,884,859 (+2,545)

Myanmar di tangga 84 - 620,444 (+409)

Brunei di tangga 111 - 224,610 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 215,615 (+60)

Kampuchea di tangga 125 - 137,824 (+11)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan