RENCANA

PERANG PANDEMIK COVID-19 SEMAKIN SAMPAI KE PENGHUJUNG - WHO

17/09/2022 06:30 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 10 Sept hingga pukul 12:00tgh 16 Sept 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.81 juta kes. Di peringkat global, hampir 616 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.52 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 595 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pandemik COVID-19 yang berlarutan sejak 32 bulan lepas semakin menghampiri garisan penamat.

Pendirian positif ini dizahirkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media secara maya dari Geneva, Switzerland pada Rabu (14 September) lepas.

“Angka kematian mingguan akibat COVID-19 adalah paling rendah sejak Mac 2020. Kita belum pernah berada dalam keadaan sebaik ini untuk menamatkan pandemik ini. Meskipun kita belum sampai ke titik akhir namun kita sudah boleh nampak penghujungnya.


Lebih 5,000 peserta berbilang bangsa dan kaum dengan berpakaian tradisional, kebangsaan, dan retro menyertai program Keretapi Sarong 2022 sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Kita dalam kedudukan untuk menang dan perlu meneruskan larian untuk sampai ke garisan penamat. Jika kita leka, kita berdepan risiko lebih banyak varian, lebih banyak kematian. Usaha keras selama 32 bulan ini perlu diteruskan, “kata beliau sambil menambah, pemberian vaksin untuk kumpulan paling berisiko tinggi termasuk pekerja kesihatan perlu diteruskan bagi mencapai tahap 100 peratus.

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia terus kekal di bawah 2,500 dengan 2,375 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan semalam (15 September) termasuk 11 kes import.

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 15 Sept 2022, tujuh (7) buah negeri mencatat

Kes tiga angka iaitu Selangor (683), WP Kuala Lumpur (458), Sabah (230), Perak (221), Melaka (113), Pulau Pinang (108) dan Sarawak (106).

Kes dua angka diaporkan di Negeri Sembilan (84), Kelantan (74), Johor (71), Kedah (70), Pahang (69), WP Putrajaya (47) dan Terengganu (28).

Kes satu angka di WP Labuan (4) dan Perlis (9).

Setakat ini untuk bulan September, kes terendah dilaporkan pada 11 haribulan sebanyak 1,483 kes dan untuk bulan sebelumnya (Ogos), sebanyak 1,946 pada 29 Ogos.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 10 Sept hingga 15 Sept 2022:-


Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang malam ini diimarahkan dengan program berselawat di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

10 Sept (1,971), 11 Sept (1,483), 12 Sept (1,847), 13 Sept (1,942), 14 Sept (2,431) dan 15 Sept (2,375).

Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (3 Sept- 9 Sept) adalah seperti berikut:-

3 Sept (2,244), 4 Sept (1,904), 5 Sept (1,486), 6 Sept (2,067), 7 Sept (2,428), 8 Sept (2,226) dan 9 Sept (1,990).

Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian COVID-19 yang rendah, seperti berikut:-

10 Sept (1,824), 11 Sept (1,440), 12 Sept (1,453), 13 Sept (3,352), 14 Sept (2,426) dan 15 Sept (2,423).

 

Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tiga (3) kluster baharu iaitu satu (1) pada 10 September iaitu Kluster Sejahtera Kaki Bukit (kumpulan berisiko tinggi) di Kangar, Perlis (8 kes) dan dua (2) kluster tempat kerja pada 13 September iaitu Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 di Kepong, WP Kuala Lumpur (11 kes) dan Kluster Jalan Mahawangsa di Kinta, Perak (8 kes).

Secara keseluruhannya, sebanyak KKM mengesan 7,075 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 15 Sept sebanyak 20 kluster masih aktif.

Sebanyak 1,466 kes sembuh COVID-19 dilaporkan dan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 4,750,198 kes.

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 15 Sept 2022 menunjukkan 25,912 kes (95.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,205 kes aktif.

Sebanyak 8 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,232 kes (4.5 peratus) di hospital; 12 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 41 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu


Seramai 13 orang mahasiswa jurusan Bahasa Melayu dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) Jepun teruja menerokai budaya Malaysia sempena Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Antarabangsa di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di Larkin. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dengan sebanyak 4,813,702 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,838,811) dan Austria (4,955,082).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (99,546) diikuti Korea Selatan (71,432) dan Rusia (56,126).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,078,018 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Suasana lautan para penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan Final Piala FA, JDT menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

10 Sept (2,389), 11 Sept (2,090), 12 Sept (2,148), 13 Sept (2,276), 14 Sept (1,820) dan 15 Sept (1,466).

*kes kumulatif sembuh sehingga 15 Sept 2022 sebanyak 4,750,198

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

10 Sept (26,949), 11 Sept (26,339), 12 Sept (26,033), 13 Sept (25,693), 14 Sept (26,299) dan 15 Sept (27,205).

 

Perincian kes harian baharu (2,375 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 15 Sept 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 683 (+0), WP Kuala Lumpur 453 (+5), Sabah 230 (+0), Perak 221 (+0), Melaka 111 (+2), Pulau Pinang 108 (+0) dan Sarawak 106 (+0).

Dua angka - Negeri Sembilan 83 (+1), Kelantan 74 (+0), Johor 70 (+1), Kedah 70 (+0), Pahang 68 (+1), WP Putrajaya 47 (+0) dan Terengganu 28 (+0).

Satu angka - Perlis 9 (+0) dan WP Labuan 3 (+1).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

10 Sept - Kes baharu 1,971; Kes kumulatif 4,803,624; Kes import 7

11 Sept - Kes baharu 1,483; Kes kumulatif 4,805,107; Kes import 2

12 Sept - Kes baharu 1,847; Kes kumulatif 4,806,964; Kes import 7

13 Sept - Kes baharu 1,942; Kes kumulatif 4,808,896; Kes import 9

14 Sept - Kes baharu 2,431; Kes kumulatif 4,811,327; Kes import 8

15 Sept - Kes baharu 2,375; Kes kumulatif 4,813,702; Kes import 11

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

10 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)

Kluster Sejahtera Kaki Bukit, Kangar, Perlis - 8 kes

11 Sept - tiada kluster

12 Sept - tiada kluster

13 Sept - 2 (tempat kerja 2)

Kluster Persiaran Bukit Kiara 3, Kepong, WP Kuala Lumpur (11 kes)

Kluster Jalan Mahawangsa, Kinta, Perak (7 kes)

14 Sept - tiada kluster

15 Sept - tiada kluster

 

Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tiga (3) kluster baharu iaitu satu (1) pada 10 September iaitu Kluster Sejahtera Kaki Bukit (kumpulan berisiko tinggi) di Kangar, Perlis (8 kes) dan dua (2) kluster tempat kerja pada 13 September iaitu Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 di Kepong, WP Kuala Lumpur (11 kes) dan Kluster Jalan Mahawangsa di Kinta, Perak (8 kes).

Secara keseluruhannya, sebanyak KKM mengesan 7,075 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 15 Sept sebanyak 20 kluster masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

10 Sept - 3 (BID 0), 11 Sept - 3 (BID 1), 12 Sept - 5 (BID 1), 13 Sept - 6 (BID 0), 14 Sept - 5 (BID 2) dan 15 Sept - 3 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 15 Sept sebanyak 36,299 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 615,980,393 berbanding 613,032,161 kes pada minggu lepas dengan 6,525,394 kematian (jumlah kematian minggu lalu sebanyak 6,514,558). Sebanyak 595,111,217 kes sembuh dilaporkan berbanding 591,164,372 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 97,430,411 (+40,692)

India 44,519,705 (+3,226)

Perancis 34,831,399 (+33,263)

Brazil 34,610,590 (+7,928)

Jerman 32,643,742 (+38,749)

Korea Selatan 24,264,470 (+71,432)

United Kingdom 23,585,305 (+4,334)

Itali 22,114,423 (+17,973)

Japan 20,399,933 (+99,546)

Rusia 20,265,004 (+56,126)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,450,999 (+2,963)

Indonesia di tangga 19 - 6,402,686 (+2.651)

Malaysia di tangga 27 - 4,813,702 (+2,375)

Thailand di tangga 29 - 4,671,309 (+1,125)

Filipina di tangga 38 - 3,913,536 (+2,141)

Singapura di tangga 46 - 1,869,591 (+2,423)

Myanmar di tangga 84 - 617,998 (+259)

Brunei di tangga 111 - 224,610 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 215,272 (+115)

Kampuchea di tangga 125 - 137,745 (+6)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan