BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
RENCANA

COVID-19: Penularan Terkawal, Jumlah Kes Mingguan Menurun

14/08/2022 03:17 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 6 Ogos hingga pukul 11:59mlm 12 Ogos 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.72 juta kes. Di peringkat global, lebih 594 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.45 juta kes. Lebih 566 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah mingguan kes harian baharu COVID-19 untuk Rangkuman 6 Ogos-12 Ogos 2022 menurun kepada 27,028 kes, berbanding 28,141 kes untuk tempoh mingguan 30 Julai-5 Ogos 2022.

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, angka kes harian baharu berada di bawah paras 5,000 dengan yang tertinggi sebanyak 4,896 kes pada 10 Ogos 2022.

Semalam (12 Ogos) sebanyak 3,943 kes harian baharu dilaporkan termasuk satu (1) kes import. Terdapat empat (4) kes kematian pesakit COVID-19, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 61 kes. Kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 setakat ini sebanyak 36,070 kes.


Sebahagian murid sekolah tahun tiga mengibarkan Jalur Gemilang di pekarangan sekolah bagi menyemarakkan suasana sempena bulan kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59malam 12 Ogos 2022, daripada 3,943 kes, hanya Selangor mencatat kes empat angka iaitu sebanyak 1,035.

Sembilan (9) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu WP Kuala Lumpur (953), Sabah (354), Perak (330), Negeri Sembilan (295), Melaka (168), Pulau Pinang (156), Sarawak (129), Johor (118) dan Kedah (103).

Kes dua angka dilaporkan di Pahang (90), Kelantan (71), WP Putrajaya (69), Terengganu (40), WP Labuan (19) dan Perlis (13).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 6 Ogos hingga 12 Ogos 2022:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 6 Ogos (4,684), 7 Ogos (2,728), 8 Ogos (2,863), 9 Ogos (3,083), 10 Ogos (4,896), 11 Ogos (4,831) dan 12 Ogos (3,943).

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 Julai hingga 5 Ogos 2022:-

30 Julai (4,271), 31 Julai (2,783), 1 Ogos (3,213), 2 Ogos (4,204), 3 Ogos (5,330), 4 Ogos (4,413) dan 5 Ogos (3,927).

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

6 Ogos (5,633), 7 Ogos (4,798), 8 Ogos (3,541), 9 Ogos (7,972), 10 Ogos (2,298), 11 Ogos (7,776) dan 12 Ogos (5,481).

 

Sementara itu, sebanyak 4,645 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 12 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,646,723 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lima (5) kluster baharu iaitu satu (1) pada 6 Ogos (kumpulan berisiko tinggi-Perak), satu (1) pada 9 Ogos (pendidikan-Perak) dan tiga (3) pada 10 Ogos (kumpulan berisiko tinggi 1-Pulau Pinang, pendidikan 1-WP Kuala Lumpur dan tempat kerja 1-WP Kuala Lumpur).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,051 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 12 Ogos, 26 kluster masih aktif.

 

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 12 Ogos 2022 menunjukkan sebanyak 43,701 kes (96.3 peratus) dikuarantin di rumah daripada 45,375 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 31 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,577 kes (3.5 peratus) di hospital; 21 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 45 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dengan sebanyak 4,728,168 kumulatif kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes dan Austria (4,815,286).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun yang kini berdepan dengan gelombang ke-7 COVID-19, mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 224,929 kes diikuti Korea Selatan (128,671) dan Amerika Syarikat (85,118).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,062,151 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Negara pada masa ini masih berada di dalam Monsun Barat Daya dan dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September 2022. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

 6 Ogos (4,275), 7 Ogos (3,856), 8 Ogos (4,752), 9 Ogos (4,229), 10 Ogos (2,979), 11 Ogos (3,362) dan 12 Ogos (4,645).

* kes kumulatif sembuh sehingga 12 Ogos 2022 sebanyak 4,646,723.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

6 Ogos (46,904), 7 Ogos (45,770), 8 Ogos (43,875), 9 Ogos (42,717), 10 Ogos (44,622), 11 Ogos (46,081) dan 12 Ogos (45,375).

 

Perincian kes harian baharu (3,943 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 12 Ogos 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,035 (+0).

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 953 (+0), Sabah 354 (+0), Perak 330 (+0), Negeri Sembilan 295 (+0), Melaka 167 (+1), Pulau Pinang 156 (+0), Sarawak 129 (+0), Johor 118 (+0) dan Kedah 103 (+0).

Dua angka - Pahang 90 (+0), Kelantan 71 (+0), WP Putrajaya 69 (+0), Terengganu 40 (+0), WP Labuan 19 (+0) dan Perlis 13 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

6 Ogos - Kes baharu 4,684; Kes kumulatif 4,705,824; Kes import 5

7 Ogos - Kes baharu 2,728; Kes kumulatif 4,708.552; Kes import 2

8 Ogos - Kes baharu 2,863; Kes kumulatif 4,711,415; Kes import 2

9 Ogos - Kes baharu 3,083; Kes kumulatif 4,714,498; Kes import 3

10 Ogos - Kes baharu 4,896; Kes kumulatif 4,719,394; Kes import 2

11 Ogos - Kes baharu 4,831; Kes kumulatif 4,724,225; Kes import 6

12 Ogos - Kes baharu 3,943; Kes kumulatif 4,728,168; Kes import 1

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (30 Julai - 12 Ogos 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

6 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)

Kluster Jalan Dato Lau Pak Khuan (Kinta, Perak) - 11 kes

7 Ogos - tiada kluster

8 Ogos - tiada kluster

9 Ogos - 1 (pendidikan 1)

Kluster Kota Gopeng 4 (Kampar, Perak) - 12 kes

10 Ogos - 3 (kumpulan berisiko tinggi 1, pendidikan 1 dan tempat kerja 1)

Kluster Merbau Kudung - kumpulan berisiko tinggi (Seberang Perai Utara, Pulau Pinang) - 18 kes

Kluster Taman Bukit Pantai 2 - pendidikan (Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur) - 37 kes

Kluster Jalan Sultan Yahya Petra - tempat kerja (Titiwangsa, Cheras - WP Kuala Lumpur) - 12

11 Ogos - tiada kluster

12 Ogos -tiada kluster

 

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,051 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (12 Ogos), 26 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

6 Ogos - 11 (BID 1), 7 Ogos - 6 (BID 0), 8 Ogos - 6 (BID 1), 9 Ogos - 12 (BID 3), 10 Ogos - 12 (BID 6), 11 Ogos - 10 (BID 2) dan 12 Ogos - 4 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 12 Ogos 2022, sebanyak 36,070 kes.

 

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 594,047,735 kes berbanding 587,548,610 kes pada minggu lepas dengan 6,451,778 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,433,486. Sebanyak 566,183,558 kes sembuh dilaporkan berbanding 557,959,613 kes pada minggui lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 94,643,632 (+85,116)

India 44,238,902 (+15,345)

Perancis 34,191,919 (+22,638)

Brazil 34,148,131 (+23,552)

Jerman 31,489,484 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,420,826 (+tiada maklumat)

Itali 21,455,291 (+26,689)

Korea Selatan 21,111,840 (+128,671)

Rusia 18,824,282 (+27,810)

Turkiye 16,295,817 (+tiada maklumat)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,363,540 (+2,192)

Indonesia di tangga 20 - 6,273,228 (+6,091)

Malaysia di tangga 27 - 4,728,168 (+3,943)

Thailand di tangga 28 - 4,616,512 (+2,455)

Filipina di tangga 38 - 3,823,084 (+4,661)

Singapura di tangga 47 - 1,786,643 (+5,481)

Myanmar di tangga 84 - 614.297 (+tiada maklumat)

Brunei di tangga 112 - 215,283 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 212,214 (+90)

Kampuchea di tangga 125 - 137,179 (+41)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan