BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
RENCANA

COVID-19 Sudah Ragut 36,003 Nyawa

06/08/2022 02:12 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Julai hingga pukul 12:00tgh 5 Ogos 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.69 juta kes. Di peringkat global, lebih 586.5 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.43 juta kes. Lebih 556.6 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia lebih dua tahun lalu setakat ini mengorbankan 36,003 nyawa dengan kumulatif kes meningkat kepada 4,697,213.

Kes COVID-19 yang masih aktif dalam negara pula sebanyak 47,534 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.6 peratus (45,928 kes) menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 4,413 kes harian baharu dilaporkan semalam (4 Ogos) termasuk enam kes import. 

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (30 Julai - 4 Ogos 2022), angka kes harian baharu hanya mencecah 5,000 pada 3 Ogos (5,330). Kali terakhir kes harian mencecah 5,000 ialah pada 20 Julai 2022 iaitu 5,685.

Sebanyak lapan (8) kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menambahkan jumlah kes sepanjang tempoh Rangkuman ini kepada 47 kes. 


Sebahagian para penyokong memberi sekongan kepada pasukan badminton negara pada perlawanan separuh akhir campuran berkumpulan ketika menentang England di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan NEC. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59malam 4 Ogos 2022, daripada 4,413 kes, dua buah negeri mencatat kes empat angka iaitu WP Kuala Lumpur (1,344) dan Selangor (1,129). 

Tujuh (7) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak (327), Sabah (281), Negeri Sembilan (263), Pulau Pinang (230), Melaka (159), Kedah (123) dan Sarawak (107).

Kes dua angka dilaporkan di Johor (95), Kelantan (93), WP Putrajaya (90), Pahang (89), Terengganu (48), Perlis (21) dan WP Labuan (14).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 Julai hingga 4 Ogos 2022:-

30 Julai (4,271), 31 Julai (2,783), 1 Ogos (3,213), 2 Ogos (4,204), 3 Ogos (5,330) dan 4 Ogos (4,413).

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 23 Julai hingga 29 Julai 2022:-

23 Julai (4,816), 24 Julai (2,720), 25 Julai (3,300), 26 Julai (4,759), 27 Julai (4,503), 28 Julai (3,926) dan 29 Julai (4,860). 

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

30 Julai (6,558), 31 Julai (5,106), 1 Ogos (4,709), 2 Ogos (10,230), 3 Ogos (7,231) dan 4 Ogos (6,648).

 


Atlet Paralimpik negara Eddy Bernard (dua, kanan) beraksi pada acara 100m lelaki T44/62/62 pada Sukan Para ASEAN ke-11 di Stadium Manahan, Solo, Indonesia. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 3,394 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 4 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,613,676 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lima (5) kluster baharu iaitu pada 31 Julai (kumpulan berisiko tinggi 1 kes - Kinta/Perak); 2 Ogos (tempat kerja 1 kes - Kuala Langat/ Selangor & pendidikan 1 kes - Seremban/ Negeri Sembilan), 3 Ogos (pendidikan 1 kes - Kepong/ WP Kuala Lumpur) dan 4 Ogos (tempat kerja 1 kes - Hulu Langat/ Selangor).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,043 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 4 Ogos, 20 kluster masih aktif.

Dengan sebanyak 4,613,676 kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,770,516) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 231,597 diikuti Korea Selatan (107,849) dan Amerika Syarikat (84,773).

Jepun dilaporkan kini berdepan dengan gelombang ke-tujuh COVID-19 akibat penularan sub-varian Omicron BA.5 yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. 

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,057,805 kes.

 

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 4 Ogos 2022 menunjukkan sebanyak 45,928 kes (96.6 peratus) dikuarantin di rumah daripada 47,534 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 23 (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,531 kes (3.2 peratus) di hospital; 20 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 32 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Peserta Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 tiba di Dataran Niaga Tikam Batu selepas penyerahan baton dari negeri Pulau Pinang ke negeri Kedah. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

30 Julai (5,553), 31 Julai (4,482), 1 Ogos (3,847), 2 Ogos (4,582), 3 Ogos (3,075) dan 4 Ogos (3,394).

* kes kumulatif sembuh sehingga 4 Ogos 2022 sebanyak 4,613,676.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

30 Julai (47,014), 31 Julai (45,306), 1 Ogos (44,664), 2 Ogos (44,278), 3 Ogos (46,523) dan 4 Ogos (47,534).

 

Perincian kes harian baharu (4,413) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 4 Ogos 2022

*(+kes import)

​​​​​​​


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - WP Kuala Lumpur 1,344 (+0) dan Selangor 1,129 (+0).

Tiga angka - Perak 327 (+0), Sabah 281 (+0), Negeri Sembilan 263 (+0), Pulau Pinang 230 (+0), Melaka 157 (+2), Kedah 123 (+0) dan Sarawak 105 (+2).

Dua angka - Johor 94 (+1), Kelantan 93 (+0), WP Putrajaya 90 (+0), Pahang 89 (+0), Terengganu 47 (+1), Perlis 21 (+0) dan WP Labuan 14 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

30 Julai - Kes baharu 4,271; Kes kumulatif 4,677,270; Kes import 3;

31 Julai - Kes baharu 2,783; Kes kumulatif 4,680,053; Kes import 3;

1 Ogos - Kes baharu 3,213; Kes kumulatif 4,683,266; Kes import 11;

2 Ogos - Kes baharu 4,204; Kes kumulatif 4,687,470; Kes import 3;

3 Ogos - Kes baharu 5,330; Kes kumulatif 4,692,800; Kes import 13;

4 Ogos - Kes baharu 4,413; Kes kumulatif 4,697,213; Kes import 6.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

​​​​​​​​​​​​​​


Banduan mengaminkan bacaan doa pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Penjara Reman Pulau Pinang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

30 Julai - tiada kluster.

31 Julai - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1).

• Kluster Jalan Matahari Ipoh (Kinta, Perak) - 16 kes

1 Ogos - tiada kluster.

2 Ogos - 2 (tempat kerja 1; pendidikan 1).

• Kluster Tapak Bina Persiaran Mahkota 2 /tempat kerja (Kuala Langat, Selangor) - 22 kes

• Kluister Lorong Ilmu 2/pendidikan (Seremban, Negeri Sembilan) - 34 kes 

3 Ogos - 1 (pendidikan 1).

• Kluster Lengkungan Duta (Kepong, WP Kuala Lumpur) - 24 kes

4 Ogos - 1 (tempat kerja 1).

• Kluster Industri Jalan Sungai 2 (Hulu Langat, Selangor) - 10 kes.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,043 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (4 Ogos), 20 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

30 Julai - 4 (BID 1), 31 Julai - 9 (BID 4), 1 Ogos - 8 (BID 2), 2 Ogos - 8 (BID 2), 3 Ogos - 10 (BID 1) dan 4 Ogos - 8 (BID 4). 

*Jumlah kes kematian sehingga 4 Ogos 2022, sebanyak 36,003 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 586,567,684 kes berbanding 580,830,153 kes pada minggu lepas dengan 6,430,111 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,417,570). Sebanyak 556,660,003 kes sembuh dilaporkan berbanding 550,802,410 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 93,738,130 (+84,773);

India 44,103,598 (+16,561);

Perancis 33,993,930 (+33,799);

Brazil 33,964,494 (+37,166);

Jerman 31,119,199 (+tiada maklumat);

United Kingdom 23,368,899 (+tiada maklumat);

Itali 21,213,559 (+43,959);

Korea Selatan 20,160,154 (+107,849);

Rusia 18,653,867 (+17,126);

Turkiye 15,889,495 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 13 - 10,785,122 (+tiada maklumat);

Indonesia di tangga 20 - 6,229,315 (+6,527);

Malaysia di tangga 26 - 4,697,213 (+4,413);

Thailand di tangga 28 - 4,598,725 (+2,166);

Filipina di tangga 38 - 3,790,309 (+4,441);

Singapura di tangga 47 - 1,742,874 (+6,648);

Myanmar di tangga 83 - 614,158 (+12);

Laos di tangga 112 - 211,537 (+96);

Brunei di tangga 113 - 211,132 (+715);

Kampuchea di tangga 125 - 136,937 (+29).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

 BERNAMA 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan