RENCANA

COVID-19: KES HARIAN BAHARU BAWAH LIMA RIBU, LAPAN KLUSTER BAHARU

30/07/2022 06:28 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 23 Julai hingga pukul 12:00 tgh 29 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.66 juta kes. Di peringkat global, lebih 579 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.41 juta kes. Lebih 549 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh enam hari (23 Julai-28 Julai) menurun sedikit kepada 24,024 kes dengan angka kes berada bawah lima ribu.

Ini berbanding sebanyak 26,237 kes untuk tempoh yang sama 16 Julai hingga 21 Julai 2022.

Semalam (28 Julai), sebanyak 3,926 kes lagi dilaporkan termasuk 23 kes import (21 di Johor), menjadikan kes aktif COVID-19 meningkat kepada 47,286 dengan 96.6 peratus (45,657 kes) menjalani kuarantin di rumah.

Kes kumulatif COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,668,139.


Damai Rekreasi, Labuan yang beroperasi semula selepas terhenti seketika selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19 itu menyediakan aktiviti rekreasi pantai dan laut seperti 'banana boat', jetski dan 'snorkeling' di Pulau Ular Layang-Layangan.
 --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 44 kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman ini, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini sebanyak 35,946 kes.

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59 malam 28 Julai 2022, daripada 3,926 kes, hanya Selangor mencatat kes empat angka (1,167 kes).

Negeri mencatat kes tiga angka - WP Kuala Lumpur 939, Perak 331, Sabah 249, Negeri Sembilan 244, Pulau Pinang 223, Melaka 151, Kedah 142 dan Johor 108.

Kes dua angka dilaporkan di WP Putrajaya 92, Sarawak 80, Pahang 71, Kelantan 61, Terengganu 32, WP Labuan 24 dan Perlis 12.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 23 Julai hingga 28 Julai 2022:-

23 Julai (4,816), 24 Julai (2,720), 25 Julai (3,300), 26 Julai (4,759), 27 Julai (4,503) dan 28 Julai (3,926).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 16 Julai hingga 21 Julai 2022:-

16 Julai (5,047), 17 Julai (3,936), 18 Julai (3,080), 19 Julai (3,902), 20 Julai (5,685) dan 21 Julai (4,587).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

23 Julai (7,889), 24 Julai (6,175), 25 Julai (5,551), 26 Julai (12,419), 27 Julai (8,763) dan 28 Julai (8,565).

 


Kontinjen Malaysia diwakili oleh 162 orang membabitkan 104 atlet, 44 pegawai dan 13 kakitangan, dengan sasaran membawa pulang enam pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022, Birmingham. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 3,542 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59 mlm 28 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,584,907 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lapan (8) kluster baharu iaitu pada 24 Julai (1 - pendidikan), 25 Julai (1 - kumpulan berisiko tinggi); 26 Julai (2 - pendidikan dan 2 - kumpulan berisiko tinggi) dan 28 Julai (1 - kumpulan berisiko tinggi dan 1 - pendidikan). 

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,038 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 28 Julai, 20 kluster masih aktif.

 

Dengan sebanyak 4,668,139 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/ wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,724,622) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,810 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 207,236 diikuti Amerika Syarikat (92,955) dan Korea Selatan (88,296).

Menurut laporan media luar negara, Jepun kini berdepan dengan gelombang ke-tujuh COVID-19 akibat penularan sub-varian Omicron BA.5 yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi. 

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,054,422 kes.

 


Mini Zoo Kuala Krai bakal menjadi tumpuan para pengunjung apabila dibuka secara rasmi hari ini setelah 17 tahun tidak beroperasi. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 28 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 45,657 kes (96.6 peratus) dikuarantin di rumah daripada 47,286 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 30 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,539 kes (3.3 peratus) di hospital; 25 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 35 kes (0.1x peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Kelihatan kanak-kanak dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Pontian teruja melihat pameran Pedang Saidina Hamzah pada Majlis Bersama Pelakon Filem Mat Kilau Anjuran Galeri Aura Islam di Iskandar Puteri. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

23 Julai (3,928), 24 Julai (4,012), 25 Julai (5,277), 26 Julai (4,806), 27 Julai (3,847) dan 28 Julai (3,542). 

*kes kumulatif sembuh sehingga 28 Julai 2022 sebanyak 4,584,907.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

23 Julai (49,547), 24 Julai (48,252), 25 Julai (46,316), 26 Julai (46,260), 27 Julai (46,906) dan 28 Julai (47,286). 

 

Perincian kes harian baharu (3,926):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 28 Julai 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,167 (+0).

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 939 (+0), Perak 330 (+1), Sabah 249 (+0), Negeri Sembilan 244 (+0), Pulau Pinang 223 (+0), Melaka 151 (+0), Kedah 142 (+0) dan Johor 87 (+21).

Dua angka - WP Putrajaya 92 (+0), Sarawak 79 (+1), Pahang 71 (+0), Kelantan 61 (+0), Terengganu 32 (+0), WP Labuan 24 (+0) dan Perlis 12 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

23 Julai - Kes baharu 4,816; Kes kumulatif 4,648,931; Kes import 2;

24 Julai - Kes baharu 2,720; Kes kumulatif 4,651,651; Kes import 5;

25 Julai - Kes baharu 3,300; Kes kumulatif 4,654,951; Kes import 2;

26 Julai - Kes baharu 4,759; Kes kumulatif 4,659,710; Kes import 3;

27 Julai - Kes baharu 4,503; Kes kumulatif 4,664,213; Kes import 6;

28 Julai - Kes baharu 3,926; Kes kumulatif 4,668,139; Kes import 23.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

23 Julai - tiada kluster;

24 Julai - 1 (pendidikan 1);

• Kluster Batu 4 Kuala Rui 2, Hulu Perak (Perak) - 15 kes. 

25 Julai - 1(kumpulan berisiko tinggi 1);

• Kluster Lorong Batu Lanchang, Timur Laut (Pulau Pinang) - 31 kes.

26 Julai - 4 (kumpulan berisiko tinggi 2; pendidikan 2);

• Kluster Lorong Impian Enam 2, Seberang Perai Timur (Pulau Pinang) - 25 kes.

• Kluster Jalan Panchor Jelutong, Timur Laut (Pulau Pinang) - 15 kes.

• Kluster Kampung Gatal Kuala Krai 2, Kuala Krai (Kelantan) - 5 kes.

• Kluster Jalan Istana Lama 2, Kuala Langat, Gombak (Selangor) - 29 kes. 

27 Julai - tiada kluster;

28 Julai - 2 (kumpulan berisiko tinggi 1, pendidikan 1);

• Kluster Jalan Padang Golf 4, Hulu Selangor (Selangor) - 11 kes.

• Kluster Jalan Raja Musa Mahadi, Kinta Perak Tengah (Perak) - 11 kes. 

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,038 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (28 Julai), 20 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

23 Julai - 9 (BID 1), 24 Julai - 3 (BID 2), 25 Julai - 9 (BID 3), 26 Julai - 9 (BID 3), 27 Julai - 10 (BID 4) dan 28 Julai - 4 (BID 1). 

*Jumlah kes kematian sehingga 28 Julai 2022, sebanyak 35,946 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (Worldometer) adalah sebanyak 579,439,686 kes berbanding 573,650,478 kes pada minggu lepas dengan 6,414,253 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,400,978 kes). Sebanyak 549,415,712 kes berbanding 543,457,188 kes dilaporkan pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 92,917,397 (+92,955);

India 43,976,311 (+16,990);

Brazil 33,752,376 (+45,307);

Perancis 33,741,251 (+51,594);

Jerman 30,702,511 (+tiada maklumat);

United Kingdom 23,304,479 (+tiada maklumat);

Itali 20,898,059 (+60,381);

Korea Selatan 19,535,242 (+88,296);

Rusia 18,565,551 (+11,515);

Turkiye 15,524,071 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 13 - 10,774,679 (+1,697);

Indonesia di tangga 20 - 6,191,664 (+6,353);

Malaysia di tangga 26 - 4,668,139 (+3,926);

Thailand di tangga 27 - 4,584,070 (+1,902);

Filipina di tangga 38 - 3,764,346 (+3,858);

Singapura di tangga 48 - 1,694,454 (+8,565);

Myanmar di tangga 83 - 614,009 (+18);

Laos di tangga 112 - 211,052 (+89);

Brunei di tangga 113 - 203,185 (+1,328);

Kampuchea di tangga 125 - 136,680 (+29).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan