RENCANA

COVID-19: LEBIH 21,000 KES BAHARU DIKESAN MINGGU INI

09/07/2022 07:52 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 2 Julai hingga pukul 11:59mlm 8 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.58 juta kes. Di peringkat global, lebih 559 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.37 juta kes. Lebih 532 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh seminggu (2 Julai - 8 Julai 2022) meningkat kepada 21,083 dengan angka tertinggi 4,020 dilaporkan pada 7 Julai.

Ini berbanding jumlah kes sebanyak 16,469 kes untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama pada minggu sebelumnya (25 Jun - 1 Julai 2022). Kali terakhir angka kes mencecah 4,000 adalah pada 24 April iaitu sebanyak 4,006 kes.

Semalam (8 Julai), sebanyak 3,589 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes aktif meningkat kepada 35,198 sementara kes kumulatif sebanyak 4,589,911.

Daripada 3,589 kes semalam (8 Julai), Selangor mencatat kes tertinggi 1,261 kes diikuti WP Kuala Lumpur 1,083 kes.

Negeri mencatat kes tiga angka ialah Perak 275, Negeri Sembilan 198, Sabah 176 dan Pulau Pinang 121, sementara kes dua angka, Melaka 97, WP Putrajaya 74, Johor 69, Sarawak 59, Kedah 55, Pahang 46, Perlis 26, Kelantan 21, WP Labuan 17 dan Terengganu 11.


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengadakan sidang media mengenai perkembangan kesihatan terkini di negara di Pusat Media, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Peningkatan kes COVID-19 dijangka terus berlaku berikutan kemunculan varian dominan Omicron BA.5 di negara ini yang menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin setakat ini dikesan melibatkan lima kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan minggu lalu peningkatan kes global COVID-19, kebanyakannya berpunca daripada sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang semakin menjadi dominan, sejak mula dikesan merebak pada awal tahun 2022 di Afrika Selatan.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (2 Julai hingga 8 Julai 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2 Julai (2,527), 3 Julai (2,536), 4 Julai (1,918), 5 Julai (2,932), 6 Julai (3,561), 7 Julai (4,020) dan 8 Julai (3,589).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Jun hingga 1 Julai 2022):-

25 Jun (2,303), 26 Jun (2,003), 27 Jun (1,894), 28 Jun (2,025), 29 Jun (2,605), 30 Jun (2,867) dan 1 Julai (2,773).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

2 Julai (7,952), 3 Julai (6,127), 4 Julai (5,946), 5 Julai (12,784), 6 Julai (9,989), 7 Julai (9,985) dan 8 Julai (9,284).

 

Sementara itu, sebanyak 2,224 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 8 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,518,912 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM lima (5) kluster baharu iaitu tiga (3) pada 2 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi, 1 pendidikan dan 1 tempat kerja); satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi pada 5 Julai dan satu (1) kluster pusat tahanan pada 8 Julai.

Secara keseluruhannya, KKM setakat ini mengesan sebanyak 7,025 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 8 Julai, 12 kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,589,911 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,763,360 kes dan Ukraine 5,018,019 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 140,997 diikuti Amerika Syarikat 107,879 dan Itali 100,690.

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,045,740 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 8 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 33,888 kes (96.3 peratus) dikuarantin di rumah daripada 35,198 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 27 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,241 kes (3.5 peratus) di hospital; 17 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 25 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dipenuhi orang ramai untuk mendapatkan tiket bas dan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

2 Julai (2,359), 3 Julai (3,123), 4 Julai (2,321), 5 Julai (2,292), 6 Julai (2,035), 7 Julai (1,718) dan 8 Julai (2,224).

* kes kumulatif sembuh sehingga 8 Julai 2022 sebanyak 4,518,912).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

2 Julai (30,385), 3 Julai (29,793), 4 Julai (29,382), 5 Julai (30,019), 6 Julai (31,540), 7 Julai (33,839) dan 8 Julai (38,198).

 

Perincian kes harian baharu (3,589) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 8 Julai 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,261 (+0) dan WP Kuala Lumpur 1,083 (+));

Tiga angka - Perak 275, (+0), Negeri Sembilan 198 (+0), Sabah 176 (+0) dan Pulau Pinang 121 (+0);

Dua angka - Melaka 97 (+0), WP Putrajaya 74 (+0), Johor 66 (+3), Sarawak 59 (+0), Kedah 55 (+0); Pahang 46 (+0), Perlis 26 (+0), Kelantan 21 (+0), WP Labuan 17 (+0) dan Terengganu 11 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

2 Julai - Kes baharu 2,527; Kes kumulatif 4,571,355; Kes import 4;

3 Julai - Kes baharu 2,536; Kes kumulatif 4,573,891; Kes import 3;

4 Julai - Kes baharu 1,918; Kes kumulatif 4,575,809; Kes import 2;

5 Julai - Kes baharu 2,932; Kes kumulatif 4,578,741; Kes import 2;

6 Julai - Kes baharu 3,561; Kes kumulatif 4,582,302; Kes import 9;

7 Julai - Kes baharu 4,020; Kes kumulatif 4,586,322; Kes import 9;

8 Julai - Kes baharu 3,589; Kes kumulatif 4,589,911; Kes import 6.

 

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama (2 Julai hingga 8 Julai 2022), KKM mengesan tiga (3) kluster baharu pada 2 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi, 1 pendidikan dan 1 tempat kerja); satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi pada 5 Julai dan satu (1) kluster pusat tahanan pada 8 Julai.

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

2 Julai:

• Kluster Jalan Sentul (kumpulan berisiko tinggi) di Kepong (Kuala Lumpur) dan setakat 2 Julai, 34 kes;

• Kluster Jalan Simpang Pulai Lahat (pendidikan) di Kinta, Perak, melibatkan 10 kessetakat 2 Julai;

• Kluster Jalan Bercham Nova (tempat kerja) di Kinta, Perak, dan setakat 2 Julai, 23 kes dikesan.

5 Julai:

• Kluster Lima Jalan Yaacob Latif (kumpulan berisiko tinggi), melibatkan daerah Cheras (Kuala Lumpur), Seremban (Negeri Sembilan) dan Gombak (Selangor). Setakat 5 Julai, sebanyak 13 kes dikesan.

8 Julai:

• Kluster DTI Persiaran Wawasan 2 (Perak) dan 22 kes positif dikesan setakat 8 Julai.

 

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,025 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (8 Julai), 12 kluster yang masih aktif.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (25 Jun - 8 Julai 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

2 Julai - 3 (tempat kerja 1, pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

3 Julai - tiada kluster;

4 Julai - tiada kluster;

5 Julai - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

6 Julai - tiada kluster;

7 Julai - tiada kluster;

8 Julai - 1 (pusat tahanan).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

2 Julai -0 (BID 0), 3 Julai - 5 (BID 0), 4 Julai - 8 (BID 0), 5 Julai - 3 (BID 1), 6 Julai - 5 (BID 2), 7 Julai - 3 (BID 2) dan 8 Julai - 6 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga 8 Julai 2022, sebanyak 35,801 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 559,664,296 minggu lepas 553,566,290) dengan 6,371,439 kematian (minggu lepas 6,349,418 kematian). Sebanyak 532,694,610 kes sembuh berbanding 528,344,169 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 90,272,981 (+107,879);

India 43,603,871 (+16,569);

Brazil 32,833,596 (+72,551);

Perancis 32,115,604 (+140,997);

Jerman 28,926,346 (+tiada maklumat);

United Kingdom 22,883,995 (+tiada maklumat);

Itali 19,259,037 (+100,690);

Korea Selatan 18,471,172 (+19,310);

Rusia 18,455,274 (+3,464);

Turkiye 15,180,444 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,752,942 (+800);

Indonesia di tangga 20 - 6,106,024 (+2,472);

Malaysia di tangga 25 - 4,589,911 (+3,589);

Thailand di tangga 26 - 4,540,955 (+2,144);

Filipina di tangga 37 - 3,714,770 (+1,712);

Singapura di tangga 51 - 1,515,222 (+9,284);

Myanmar di tangga 83 - 613,711 (+16);

Laos di tangga 111 - 210,348 (+7);

Brunei di tangga 118 - 171,431 (+1,179) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,326 (+12).

 

-------------------------------------------------------------------------

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

 BERNAMA
 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan