BERITA COVID–19   Beijing sifatkan penularan COVID-19 yang berpunca daripada bar mewah sebagai 'teruk'' | Kes baharu COVID-19 meningkat 0.4 peratus minggu lepas - KP Kesihatan | Rusia kesan jangkitan Omicron subvarian BA.4 | Proses permintaan bayaran balik akibat COVID-19 hampir selesai, kata AirAsia Aviation Group | Vaksin COVID-19: Hanoi cadang mulakan pemberian dos ke-4 untuk golongan berisiko tinggi | 
RENCANA

COVID-19: Kes Harian Baharu Susut, "Petunjuk Rakyat Malaysia Patuh SOP"

21/05/2022 06:52 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 14 Mei hingga pukul 11:59mlm 20 Mei 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.48 juta kes. Di peringkat global, lebih 526 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.2 juta kes. Lebih 496 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 227 buah negara dan wilayah. Negara terkini menyertai senarai ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DRPK).

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 13,982 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang seminggu lepas (14 Mei hingga 20 Mei), menyusut berbanding 18,136 kes sepanjang tempoh yang sama (7 Mei - 13 Mei).

Penurunan ini sudah tentu melegakan berikutan kes harian baharu yang dikesan meningkat sepanjang minggu pertama Hari Raya Aidilfitri, bermula 4 Mei (1,054 kes) sehingga angka tertinggi 3,410 kes pada 12 Mei 2022.

Semalam (20 Mei), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,063 kes harian baharu COVID-19. Malaysia mencatat kes harian terendah untuk 2022 sebanyak 922 pada 3 Mei.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dipetik media tempatan “mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.”


Persembahan Aidilfitri berwarna-warni menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut beliau, ini membuktikan bahawa rakyat negara ini mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan masih patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Perlu disebut, untuk bulan Mei 2022 setakat ini (1 Mei -20 Mei), hanya satu kluster baharu dilaporkan iaitu pada 11 Mei melibatkan kluster pusat tahanan di Serian, Sarawak (Kluster Dti Semuja 4).

Dengan 2,063 kes harian baharu, kes kumulatif COVID-19 Malaysia meningkat kepada 4,487,482.

Sebanyak 2,618 kes sembuh COVID-19 dilaporkan untuk 20 Mei, menjadikan kes aktif COVID-19 menurun sedikit kepada 29,229. Kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59 malam 20 Mei 2022 adalah sebanyak 4,422,615.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (14 Mei hingga 20 Mei 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

14 Mei (2,373), 15 Mei (2,239), 16 Mei (1,697), 17 Mei (1,469), 18 Mei (2,017), 19 Mei (2,124) dan 20 Mei (2,063).

Dengan sebanyak 4,487,482 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 227 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,009,301) dan Mexico (5,752,441).

Dalam kalangan 227 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 263,380 kes, diikuti Amerika Syarikat 98,174 kes dan Taiwan 85,761 kes.

DPRK adalah negara terkini dimasukkan dalam senarai negara yang dilanda pandemik COVID-19 dan setakat semalam berada di tangga 41 dengan kes kumulatif sebanyak 2,241,610. Pada Selasa (16 Mei) negara itu melaporkan kes harian sebanyak 392,930.

Dari segi angka kematian, Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi melebihi sejuta kes dengan 1,028,741 kes semalam.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 20 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 28,050 kes (96.0 peratus) dikuarantin di rumah daripada 29,229 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 19 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,124 kes (3.8 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 20 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah seperti berikut:-

*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.

*kembali melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada 11 Mei 2022.


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 14 - 20 Mei 2022. covid-19.moh.gov.my

14 Mei (1.16), 15 Mei (1.10), 16 Mei (1.04), 17 Mei (0.97), 18 Mei (0.91), 19 Mei (0.87) dan 20 Mei (0.85).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 19 Mei 2022 ialah WP Putrajaya (1.17), Sabah (1.11) dan WP Kuala Lumpur (1.09).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Bernama ke-55 diadakan serentak dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Wisma Bernama dan dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin (tiga dari kanan). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

14 Mei (1,340), 15 Mei (1,263), 16 Mei (1,548), 17 Mei (1,836), 18 Mei (2,548), 19 Mei (2,303) dan 20 Mei (2,618).

* kes kumulatif sembuh sehingga 20 Mei 2022 sebanyak 4,422,615.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

14 Mei (29,762), 15 Mei (30,735), 16 Mei (30,879), 17 Mei (30,509), 18 Mei (29,971), 19 Mei (29,789) dan 20 Mei (29,229).

 

Perincian kes harian baharu (2,063 kes)-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 20 Mei 2022

* (+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Melaka 116 (+0), Negeri Sembilan 120 (+0), Perak 112 (+0), Pulau Pinang 119 (+0), Selangor 786 (+0) dan WP Kuala Lumpur 405 (+0).

Kes harian baharu dua angka - Johor 67 (+1), Kedah 86 (+0), Kelantan 13 (+1), Pahang 30 (+0), Perlis 11(+0), Sabah 63 (+0), Sarawak 49 (+1), Terengganu 12 (+0), dan WP Putrajaya 65 (+0).

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 6 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

14 Mei - Kes baharu: 2,373 kes Kes kumulatif 4,475,873 kes; Kes import: 3 kes.

15 Mei - Kes baharu: 2,239 kes Kes kumulatif 4,478,112 kes; Kes import: 3 kes.

16 Mei - Kes baharu: 1,697 kes Kes kumulatif 4,479,809 kes; Kes import: 0 kes.

17 Mei - Kes baharu: 1,469 kes Kes kumulatif 4,481,278 kes; Kes import: 3 kes.

18 Mei - Kes baharu: 2,017 kes Kes kumulatif 4,483,295 kes; Kes import: 4 kes.

19 Mei - Kes baharu: 2,124 kes Kes kumulatif 4,485,419 kes; Kes import: 1 kes.

20 Mei - Kes baharu: 2,063 kes Kes kumulatif 4,487,482 kes; Kes import: 3 kes.

 

Sementara itu, kluster aktif menurun kepada 34 setakat 20 Mei 2022 dan secara keseluruhan, sebanyak 7,011 kluster dikesan. Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, TIADA kluster baharu dikesan.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

14 Mei - Tiada kluster

15 Mei - Tiada kluster

16 Mei - Tiada Kluster

17 Mei - Tiada kluster

18 Mei - Tiada Kluster

19 Mei - Tiada kluster

20 Mei - Tiada kluster

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

14 Mei - 5 (BID 1), 15 Mei - 3 (BID 0), 16 Mei - 5 (BID 1), 17 Mei - 3 (BID 2), 18 Mei - 7 (BID 3), 19 Mei - 3 (BID 2) dan 20 Mei - 5 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 20 Mei 2022, sebanyak 35,638 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 526,446,054 (Rangkuman Mingguan lalu 520,289,101 kes) dengan 6,298,817 kematian (Minggu lalu 6,286,519 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 496,175,540 berbanding 474,909,980 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 227 negara/ wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki. Negara terkini menyertai senarai ini ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 84,934,590 (+98,174);

India 43,134,332 (+2,510);

Brazil 30,762,413 (+10,187);

Perancis 29,315,478 (+24,332);

Jerman 26,053,934 (+40,651);

United Kingdom 22,232,377 (+tiada maklumat);

Rusia 18,283,706 (+5,089);

Korea Selatan 17,914,957 (+25,108);

Itali 17,205,017(+26,561);

Turki 15,060,112 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,706,111 (+1,587);

Indonesia di tangga 19 - 6,052,100 (+250);

Malaysia di tangga 23 - 4,487,482 (+2,063);

Thailand di tangga 24 - 4,401,378 (+6,463);

Filipina di tangga 32 - 3,688,508 (+214);

Singapura di tangga 52 - 1,263,033 (+4,342);

Myanmar di tangga 80 - 613,203 (+17);

Laos di tangga 111 - 209,698 (+51);

Brunei di tangga 122 - 146,044 (+261) dan

Kampuchea di tangga 124 - 136,262 (+tiada maklumat).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan