BERITA COVID–19   1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin | 30.1 peratus kanak-kanak Labuan lengkap divaksin | COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | 
RENCANA

COVID-19 Terus Menular Di Institusi Pendidikan, 83 Kluster Lagi Dikesan

29/01/2022 01:13 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Jan hingga pukul 11:59mlm 28 Jan 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.85 juta kes. Di peringkat global, lebih 369 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.6 juta. Lebih 292 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Institusi pendidikan terus dilanda wabak COVID-19 dengan 83 kluster (sekitar 76 peratus) lagi dilaporkan untuk sepanjang tempoh seminggu lalu, daripada 110 kluster baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam (28 Januari) sahaja, sebanyak 19 kluster pendidikan direkod daripada 23 kluster baharu, sementara bakinya adalah kluster tempat kerja.

Kluster pendidikan itu dilaporkan di Johor (2), Kedah (2), Kelantan (2), Melaka (3), Pahang (1), Perak (1), Perlis (1), Sabah (1), Selangor (5) dan WP Kuala Lumpur (1).

Berikut adalah data kluster pendidikan untuk seluruh negara bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (22 Jan hingga 28 Jan 2022):-

22 Jan (7), 23 Jan (12), 24 Jan (5), 25 Jan (9), 26 Jan (13), 27 Jan (18) dan 28 Jan (19).

 


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia terus meningkat semalam dengan sebanyak 5,522 kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,855,930 kes.

Ini kali kedua dalam tempoh seminggu ini, negara mencatat kes harian baharu atas lima ribu. Sebanyak 5,439 kes harian baharu dilaporkan pada 27 Januari 2022. Kali terakhir Malaysia mencatat kes harian baharu COVID-19 lima ribu pada 10 Disember 2021 iaitu 5,058 kes.

Data kes harian baharu KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah seperti berikut:-

22 Jan (4,116), 23 Jan (3,856), 24 Jan (3,214), 25 Jan (4,066), 26 Jan (4,744), 27 Jan (5,439) dan 28 Jan (5,522).

Sementara itu, setakat pukul 11:59 malam 28 Januari 2022, kes aktif dengan kebolehjangkitan dalam negara meningkat kepada 50,030 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 43,145 kes (86.2 peratus) dikuarantin di rumah; 4,064 kes (8.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 2,694 kes (5.4 peratus) di hospital; 57 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 70 kes (01 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,855,930 kes, Malaysia kini di tangga 25 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Czechia (2,923,680 kes) dan Kanada (3,007,264 kes).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 5,522 kes harian baharu, hanya 39 kes (0.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 5,483 kes (99.3 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Kes sembuh pesakit COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 3,285 dan menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,773,948 kes (97.1 peratus).

Sementara itu, sebanyak 102 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai COVID-19 setakat 27 Januari dan hanya 43 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini melepasi 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 22 - 27 JANUARI 2022. covid-19.moh.gov.my

22 Jan (1.07), 23 Jan (1.08), 24 Jan (1.09), 25 Jan (1.09), 26 Jan (1.13) dan 27 Jan (1.15).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 27 Jan 2022 ialah Negeri Sembilan (1.21), Kedah (1.16) dan Johor (1.14).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN KES VOC/OMICRON/DELTA DAN VOI

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, sebanyak 62 kes baharu Varian Yang Dibimbangi (VOC) dilaporkan daripada 25 Januari 2022 sehingga 28 Januari 2022. Kesemua kes ini adalah varian Delta.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian yang Mempunyai Kepentingan (VOI) adalah sebanyak 7,118 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,098 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 6,250 kes varian Delta, 601 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (22 - 28 Januari 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Perincian kes harian baharu (5,522 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 28 Jan 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

K es harian baharu tiga angka - Johor 689 (+15), Kedah 506 (+5), Kelantan 338, Melaka 356 (+1), Negeri Sembilan 292 (+16), Pahang 264 (+12), Perak 142 (+9), Pulau Pinang 231 (+11), Sabah 353 (+5), Selangor 1,467 (+189) dan WP Kuala Lumpur 378 (+102).

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 58 (+2), WP Putrajaya 43 (+6), Perlis 18 dan Sarawak 11.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 3.

 

Kes baharu, kes import, kes tempatan

22 Jan - Kes baharu: 4,116 kes (2,829,089 kes kumulatif); Kes import: 498 kes (406 warganegara; 92 bukan warganegara); Kes tempatan: 3,618 kes [3,504 warganegara (96.8%); 114 bukan warganegara (3.2%);

23 Jan - Kes baharu: 3,856 kes (2,832,945 kes kumulatif); Kes import: 492 kes (378 warganegara; 114 bukan warganegara); Kes tempatan: 3,364 kes [3,236 warganegara (96.2%); 128 bukan warganegara (3.8%);

24 Jan - Kes baharu: 3,214 kes (2,836,159 kes kumulatif); Kes import: 406 kes (307 warganegara; 99 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,808 kes [2,707 warganegara (96.4%); 101 bukan warganegara (3.6%);

25 Jan - Kes baharu: 4,066 kes (2,840,225 kes kumulatif); Kes import: 442 kes [323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%); Kes tempatan: 3,624 kes [3,521 warganegara (97.2%); 103 bukan warganegara (2.8%);

26 Jan - Kes baharu: 4,744 kes (2,844,969 kes kumulatif); Kes import: 429 kes [289 warganegara (67.4%); 140 bukan warganegara (32.6%); Kes tempatan: 4,315 kes [4,112 warganegara (95.3%); 203 bukan warganegara (4.7%);

27 Jan - Kes baharu: 5,439 kes (2,850,408 kes kumulatif); Kes import: 332 kes [204 warganegara (61.4%); 128 bukan warganegara (38.6%); Kes tempatan: 5,107 kes [4,968 warganegara (97.3%); 139 bukan warganegara (2.7%);

28 Jan - Kes baharu: 5,522 kes (2,855,930 kes kumulatif); Kes import: 373 kes [259 warganegara (69.4%); 114 bukan warganegara (30.6%); Kes tempatan: 5,149 kes [4,946 warganegara (96.1%); 203 bukan warganegara (3.9%);

 

Sementara itu, setakat 28 Januari 2022, terdapat sebanyak 289 kluster aktif di Malaysia. Secara keseluruhan sebanyak 6,394 kluster dikesan dan 6,105 daripadanya, ditamatkan.

Berdasarkan data KKM dan COVIDNOW KKM sehingga pukul 11:59 malam 28 Januari 2022, sebanyak 110 kluster baharu dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (22 Jan hingga 28 Jan 2022). Kluster terbanyak adalah kluster pendidikan iaitu 83 kluster (75.5 peratus) diikuti kluster tempat kerja, 21 kluster (19.0 peratus).

 

Berikut adalah rekod kluster baharu untuk tempoh empat (4) minggu Rangkuman Mingguan Bernama:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (15-28 Januari 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

22 Januari hingga 28 Januari 2022 - Jumlah kluster baharu 110 (pendidikan 83, tempat kerja 21, komuniti 4 dan kumpulan berisiko tinggi 2).

15 Januari hingga 21 Januari 2022 - Jumlah kluster baharu 89 (pendidikan 62, tempat kerja 16, kumpulan berisiko tinggi 4, komuniti 3, import 2, keagamaan 1 dan pusat tahanan 1);

8 Januari hingga 14 Januari 2022 - Jumlah kluster baharu 35 (tempat kerja 11, pendidikan 8, komuniti 7, kumpulan berisiko tinggi 5, import 3 dan keagamaan 1).

1 Januari hingga 7 Januari 2022 - Jumlah kluster baharu 28 (tempat kerja 14, komuniti 2, pendidikan 4, import 5 dan kumpulan berisiko tinggi 3).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

22 Jan (44,088), 23 Jan (45,120), 24 Jan (45,208), 25 Jan (45,699), 26 Jan (46,785), 27 Jan (47,805) dan 28 Jan (50,030).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 4,116 kes harian yang dilaporkan pada 22 Januari 2022;

  • 39 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,077 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,856 kes harian yang dilaporkan pada 23 Januari 2022;

  • 35 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,821 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,214 kes harian yang dilaporkan pada 24 Januari 2022;

  • 35 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,179 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,066 kes harian yang dilaporkan pada 25 Januari 2022;

  • 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,744 kes harian yang dilaporkan pada 26 Januari 2022;

  • 30 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,714 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan pada 27 Januari 2022;

  • 47 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,392 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,522 kes harian yang dilaporkan pada 28 Januari 2022;

  • 39 kes (0.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,483 kes (99.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

22 Jan (2,858), 23 Jan (2,814), 24 Jan (3,116), 25 Jan (3,559), 26 Jan (3,646), 27 Jan (4,409) dan 28 Jan (3,285).

* kes kumulatif sembuh sehingga 28 Januari 2022 sebanyak 2,773,948 kes (97.1 peratus).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

 

22 Jan - 14 (BID 0), 23 Jan - 9 (BID 1), 24 Jan - 10 (BID 1), 25 Jan - 16 (BID 3), 26 Jan - 12 (BID 2), 27 Jan - 10 (BID 3) dan 28 Jan - 12 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 28 Jan 2022, sebanyak 31,952 kes.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

22 Jan - 9 (tempat kerja 2 dan pendidikan 7);

23 Jan - 13 (tempat kerja 1 dan pendidikan 12);

24 Jan - 9 (tempat kerja 4 dan pendidikan 5);

25 Jan - 13 (tempat kerja 3, komuniti 1 dan pendidikan 9);

26 Jan - 21 (tempat kerja 5, komuniti 2, pendidikan 13 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

27 Jan - 22 (tempat kerja 2, komuniti 1, pendidikan 18 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

28 Jan - 23 (tempat kerja 4 dan pendidikan 19).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 369,950,532 kes (Rangkuman Minggu lalu 346,345,562) dengan 5,666,351 kematian (Minggu lalu 5,601,667 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 292,209,177 kes berbanding 276,478,029 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 75,126,193 kes (+ 391,814);

India 40,854,851 kes (+ 232,142);

Brazil 25,034,806 kes (+ 251,884);

Perancis 18,476,227 kes (+ 353,503);

United Kingdom 16,333,980 kes (+ 89,176);

Rusia 11,502,657 kes (+ 98,040);

Turki 11,343,693 kes (+ 93,586);

Itali 10,683,948 kes (+ 143,898);

Sepanyol 9,779,130 kes (+ 118,922);

Jerman 9,524,101 kes (+ 189,464).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 119 dengan 105,875 kes (+64 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 16 - 4,319,175 kes (+ 9,905);

Filipina di tangga 20 - 3,511,491 kes (+ 18,638);

Malaysia di tangga 25 - 2,855,930 kes (+ 5,522);

Thailand di tangga 30 - 2,415,472 kes (+ 8,450);

Vietnam di tangga 31 - 2,218,137 kes (+ 14,929);

Myanmar di tangga 73 - 634,908 kes (+ 237);

Singapura di tangga 88 - 338,625 kes (+ 5,554);

Laos di tangga 111 - 132,681 kes (+ 551);

Kampuchea di tangga 116 - 121,188 kes (+ 38);

Brunei di tangga 172 - 16,293 kes (+87).

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

 

BERNAMA

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan