RENCANA

COVID-19: JUTAAN KES BAHARU KERANA OMICRON

19/01/2022 01:13 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Jan hingga pukul 11:59mlm 14 Jan 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.80 juta kes. Di peringkat global, lebih 323 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.5 juta. Lebih 265 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jutaan kes baharu COVID-19 merebak setiap hari, sebahagian besarnya dicetuskan varian berbahaya Omicron seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lebih 15 juta kes dilaporkan kepada WHO minggu lalu dan badan dunia itu mengakui mungkin jutaan kes tidak direkod. Semalam, jumlah kes harian baharu global COVID-19 yang dilaporkan sekitar 2.76 juta.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu sidang media Selasa lepas, varian Omicron masih virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksin dan majoriti pesakit di hospital adalah daripada golongan berkenaan.

“Sementara vaksin masih berkesan mencegah kematian dan gejala teruk COVID-19, vaksinasi tidak menghalang sepenuhnya jangkitan.

“Lebih banyak jangkitan, lebih banyak dimasukkan ke hospital, lebih banyak kematian, lebih ramai yang tidak boleh bekerja - termasuk guru dan pekerja kesihatan - dan lebih risiko untuk varian baharu muncul yang mungkin lebih mudah menular dan lebih berbahaya daripada Omicron, ” kata beliau, menambah, jumlah kes kematian global akibat COVID-19 stabil kepada sekitar 50,000 seminggu.

Menurut WHO, kebanyakan wilayah di dunia melaporkan peningkatan kes kecuali Wilayah Afrika yang mencatat penurunan kes sebanyak 11 peratus.

Wilayah Asia Tenggara melaporkan peningkatan tertinggi kes harian baharu COVID-19 minggu lalu iaitu 418 peratus, diikuti Wilayah Pasifik Barat, 122 peratus dan Wilayah Mediterranean Timur, 86 peratus.

 

PERKEMBANGAN COVID-19 DI MALAYSIA DAN KLUSTER JEMAAH UMRAH


Anggota Angkatan Pertahanan Awam yang lengkap berpakaian pelindung diri membantu menunjuk arah kepada jemaah umrah untuk menaiki bas ke tempat kuarantin sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut KKM dalam kenyataan akhbar 14 Jan 2022, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Varian yang Dibimbangi (VOC) dan Varian yang Mempunyai Kepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,246 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,226 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta; 253 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat (4) kes varian Kappa; dan tiga (3) kes varian Eta.

Sementara itu, kes harian baharu COVID-19 Malaysia masih dalam lingkungan empat angka dan KKM melaporkan sebanyak 3,346 lagi kes pada Jumaat 14 Jan 2022, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,802,263.

Kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan dalam negara setakat pukul 11:59mlm 14 April 2021 adalah sebanyak 40,558 kes.

Berikut adalah data kes harian baharu bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (8 Jan - 14 Jan 2022):-

8 Jan (3,251), 9 Jan (2,888 ), 10 Jan (2,641), 11 Jan (3,175), 12 Jan (3,198), 13 Jan (3,684) dan 14 Jan (3,346).

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,802,263 ini, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (3,129,512 kes) dan Netherlands (3,500,915 kes).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 3,346 kes harian baharu, hanya 49 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 3,297 kes (98.5 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 3,052 lagi kes sembuh pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh kini sebanyak 2,729,943 (97.4 peratus).

Di Unit Rawatan Rapi, terdapat sebanyak 159 kes yang disahkan COVID-19, dan 64 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 8 - 13 JANUARI 2022. covid-19.moh.gov.my

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

8 Jan (0.97), 9 Jan (0.98), 10 Jan (0.98), 11 Jan (1.00), 12 Jan ( 0.99) dan 13 Jan (1.0).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 13 Jan 2022 ialah WP Kuala Lumpur (1.08), Sabah 1.07 dan WP Putrajaya 1.05.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Sementara itu, menurut KKM, bermula 25 November 2021 sehingga 11 Januari 2022, terdapat sebanyak 16 kluster melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.

Daripada 16 kluster tersebut, tujuh (7) kluster melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron, enam (6) kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron yang sedang menunggu keputusan jujukan jenom penuh (WGS), dan tiga (3) kluster melibatkan kes indeks positif COVID-19 bukan varian Omicron.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan murid sekolah rendah dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah dan mengemukakan hasil ujian saringan kepada pihak sekolah. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perincian kes harian baharu (3,346 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 14 Jan 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

K es harian baharu tiga angka - Johor 372 (+8), Kedah 171 (+7), Kelantan 267 (+3), Melaka 159 (+7), Negeri Sembilan 149 (+8), Pahang 201 (+3), Perak 130 (+7), Pulau Pinang 185 (+13), Sabah 243 (+1), Selangor 909 (+97) dan WP Kuala Lumpur 168 (+112).

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 56, WP Putrajaya 33 (+1), Perlis 15 dan Sarawak 13.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 8.


Seorang pembantu pejabat direman selama 7 hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada orang awam bagi tujuan pendaftaran Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera pada Oktober tahun lepas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, setakat 14 Jan 2022, terdapat sebanyak 172 kluster aktif di Malaysia. Secara keseluruhan sebanyak 6,195 kluster dikesan dan 6,023 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman, berdasarkan data KKM, sebanyak 35 kluster baharu dilaporkan dan kluster terbanyak adalah tempat kerja, 11 (31.4 peratus) dan pendidikan, 8 (22.9 peratus).

KKM melaporkan tiga (3) lagi kluster import melibatkan jemaah umrah yang kembali ke tanah air dari Arab Saudi, sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

8 Jan - Jalan Dua SAUDI (Machang, Kelantan); 11 Jan - Dah Kampung Pegawai SAUDI (Kota Setar, Kedah) dan 13 Jan - Pasdec Perdana SAUDI (Raub, Pahang).

Kes import:-

WN (Warganegara), BWN (Bukan Warganegara)

8 Jan - 299 (265 WN, 34 BWN) 9 Jan - 323 (287 WN, 36 BWN), 10 Jan - 338 (273 WN, 65 BWN), 11 Jan - 272 (224 WN, 48 BWN), 12 Jan - 303 (224 WN, 79 BWN), 13 Jan - 321 (233 WN, 88 BWN) dan 14 Jan - 267 (196 WN dan 71 BWN).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

8 Jan (39,776), 9 Jan (39,927), 10 Jan (39,742), 11 Jan (39,913), 12 Jan (39,896), 13 Jan (40,276) dan 14 Jan (40,558).

 

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada 8 Jan 2022;

  • 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,193 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Daripada 2,888 kes harian yang dilaporkan pada 9 Jan 2022;

  • 36 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,852 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,641 kes harian yang dilaporkan pada 10 Jan 2022;

  • 57 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,584 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

Daripada 3,175 kes harian yang dilaporkan pada 11 Jan 2022;

  • 60 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,115 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan pada 12 Jan 2022;

  • 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,159 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,684 kes harian yang dilaporkan pada 13 Jan 2022;

  • 34 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,650 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,346 kes harian yang dilaporkan pada 14 Jan 2022;

  • 49 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,297 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

8 Jan (3,161), 9 Jan (2,714), 10 Jan (2,808), 11 Jan (2,977), 12 Jan (3,200), 13 Jan (3,292) dan 14 Jan (3,052).

* kes kumulatif sembuh sehingga 14 Jan 2022 sebanyak 2,729,943 (97.4 peratus).

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

8 Jan - 11 (BID 2), 9 Jan - 23 (BID 4), 10 Jan - 18 (BID 2), 11 Jan - 27 (BID 9), 12 Jan - 15 (BID 6), 13 Jan - 12 (BID 0) dan 14 Jan - 12 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 14 Jan 2022, sebanyak 31,762 kes.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

* kluster import

8 Jan - 2 (tempat kerja dan import 1);

* import - Kluster Jalan Dua Saudi (Machang, Kelantan)

9 Jan - 1 (komuniti 1);

10 Jan - 4 (tempat kerja 1, keagamaan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

11 Jan - 9 (tempat kerja 2, komuniti 2, pendidikan 2, import 1 dan

kumpulan berisiko tinggi 2);

* import - Kluster Dah Kampung Pegawai Saudi (Kota Setar, Kedah).

12 Jan - 8 (tempat kerja 4, komuniti 1, pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

13 Jan - 8 (tempat kerja 2, komuniti 2, pendidikan 3, import 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

* import - Kluster Pasdec Perdana Saudi (Raub, Pahang).

14 Jan - 3 (tempat kerja 1, komuniti 1 dan pendidikan 1).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 323,558,817 (Rangkuman Minggu lalu sebanyak 303,342,835) dengan 5,545,398 kematian (Minggu lalu 5,496.143 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 265,172,404 berbanding 258,180,531 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 65,807,018 kes (+539,162);

India 36,821,704 kes (+239,575);

Brazil 22,927,203 kes (+111,376);

United Kingdom 15,066,395 kes (+99,652);

Perancis 13,569,675 kes (+329,371);

Rusia 10,747,125 kes (+23,820);

Turki 10,339,097 kes (+67,857);

Itali 8,341,898 kes (+186,253);

Sepanyol 8,093,036 kes (+62,508);

Jerman 7,885,229 kes (+80,080).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 116 dengan 104,560 kes dan 201 kes harian baharu.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Kampuchea dan Laos, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 15 - 4,269,740 kes (+850);

Filipina di tangga 20 - 3,129,512 kes (+37,207);

Malaysia di tangga 21 - 2,802,263 kes (+3,346);

Thailand di tangga 26 - 2,308,615 kes (+8,158);

Vietnam di tangga 28 - 1,991,484 kes (+16,040);

Myanmar di tangga 68 - 532,851 kes (+126);

Singapura di tangga 92 - 290,030 kes (+945);

Laos di tangga 111 - 123,293 kes (+1,052);

Kampuchea di tangga 113 - 120,728 kes (+10);

Brunei di tangga 169 - 15,750 kes (+98).

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

 

 

BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan