RENCANA

COVID-19:SIAP SIAGA UNTUK GELOMBANG KEEMPAT

11/12/2021 04:37 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 20 Nov hingga pukul 12:00tgh 26 Nov 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.6 juta kes. Di peringkat global, lebih 260 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.1 juta. Lebih 235 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jangkaan Gelombang Ke-4 penularan COVID-19 di negara ini mungkin bukan sesuatu yang memeranjatkan memandangkan ia sudah melanda negara-negara lain termasuk Jerman yang terkini mencatat lebih 76,000 kes harian baharu.

Dengan angka kes harian baharu masih mendatar antara 4,000 dan 6,000 kes, Malaysia masih belum dapat mencapai fasa endemik yang memerlukan, antaranya, kes positif baharu menurun di bawah 1,200 kes.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59 malam 25 Nov 2021 menunjukkan, kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 68,755 kes, kes kumulatif sebanyak 2,608,979 kes dan jumlah kematian, sebanyak 30,195 kes.

Daripada 68,755 kes, sebanyak 55,278 kes (80.4 peratus) kuarantin di rumah; sebanyak 7,422 kes (10.8 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC); sebanyak 5,539 kes (8.1 peratus) di hospital; 244 kes (0.4 peratus) tidak memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) dan 272 (0.4 peratus), memerlukan ABP.


Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan saringan suhu badan terhadap seorang pengundi warga emas yang hadir mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Sekolah Kebangsaan Durian Daun. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan sudah membuat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku Gelombang Ke-4 jangkitan COVID-19, termasuk peningkatan kes akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang dijangka dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 14 hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini dipetik berkata, KKM akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi sekiranya berlaku gelombang peningkatan kes COVID-19, sehingga ke tahap kritikal.

Dengan episod Pandemik COVID-19 hampir memasuki tahun kedua, Malaysia pernah dibebani sehingga sebanyak 24,599 kes baharu pada 26 Ogos 2021 serta kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 265,841 kes.

Untuk rekod, tiga kes pertama 2019-nCov (COVID-19) dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga orang warga China yang memasuki negara ini melalui Johor (dari Singapura).

Di samping varian ganas termasuk Delta yang sudah menular di negara ini, faktor rentas negeri (yang dibenarkan Kerajaan mulai 10 Oktober 2021) dan PRN Melaka, ada beberapa lagi situasi yang dibimbangi memungkinkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19.

Satu lagi PRN akan berlangsung iaitu PRN Sarawak pada 18 Disember 2021 dan pelaksanaan pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Darat (VTL-Land) dan VTL-Air antara kedua-dua buah negara, bermula isnin, 29 November ini.

 


Institusi pendidikan di negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah kembali beroperasi bermula pada 8 November 2021, manakala bagi negeri Kedah bermula pada 7 November. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Semalam (25 November), angka kes harian baharu kembali mencecah 6,000 iaitu 6,144 kes, meningkatkas kes kumulatif kepada 2,608,979 kes.

Dengan kes kumulatif 2,608,979 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 222 buah negara/ wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,829,618 kes) dan Afrika Selatan (2,952,500 kes).

Data Infografik KKM menunjukkan setakat pukul 11:59 malam 25 Nov 2021, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 68,755 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 Nov- 25 Nov 2021), peningkatan kes harian baharu boleh dilihat daripada data KKM seperti berikut:-

20 Nov (5,859 kes), 21 Nov (4,854 kes), 22 Nov (4,885 kes), 23 Nov (5,594 kes), 24 Nov (5,755 kes) dan 25 Nov (6,144 kes).

Selangor masih satu-satunya negeri yang mencatat kes harian baharu tertinggi sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:-

20 Nov (1,528 kes), 21 Nov (1,365 kes), 22 Nov (958 kes), 23 Nov (1,387 kes), 24 Nov (1,511 kes) dan 25 Nov (1,650 kes).

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan semalam, sebanyak 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Setakat semalam, jumlah kes pesakit COVID-19 yang sembuh adalah sebanyak 6,602 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh kepada 2,510,029 kes (96.2 peratus).

Sebanyak 443 kes yang disahkan COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat semalam (25 November) dan 157 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk rekod kes kematian COVID-19 di Malaysia melepasi angka 30 ribu pada 21 Nov 2021 dan setakat pukul 11:59 malam, 25 November, sebanyak 48 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 30,195 kes.

 

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt masih berada atas paras 1.0 sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, seperti berikut:-

20 Nov (1.01), 21 Nov (1.00), 22 Nov (1.00), 23 Nov (1.00), 24 Nov (0.99) dan 25 Nov (0.99).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 25 November adalah WP Labuan (1.19), WP Kuala Lumpur (1.06) dan Melaka (1.06).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan.

Sebelum ini, Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Setakat 25 Nov 2021, Malaysia hanya mempunyai 235 kluster aktif. Untuk rekod, sebanyak 5,913 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,678 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (20 Nov-25 Nov 2021), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 36 kluster. Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 15 kluster (41.7 peratus) dan kluster pendidikan, 10 kluster (27.8 peratus).

 

Perincian 6,144 kes harian baharu pada 25 Nov 2021, mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1648 (+2);

Kes harian baharu tiga angka - Johor 601 (+4), Kedah 441 (+1), Kelantan 510 (+1), Melaka 289 (+2), Negeri Sembilan 180, Pahang 426, Perak 280, Pulau Pinang 263, Sabah 513, Sarawak 171, Terengganu 233 dan WP Kuala Lumpur 450 (+2);

Kes harian baharu dua angka - Perlis 46, WP Putrajaya 43 dan Labuan 38.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (19 Nov - 25 Nov 2021)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

20 Nov (69,485 kes), 21 Nov (68,790 kes), 22 Nov (67,986 kes), 23 Nov (68,625 kes), 24 Nov (69,261 kes) dan 25 Nov (68,755 kes).

 

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-


Pantai peranginan Telok Kemang, Port Dickson. Orang ramai diingatkan untuk terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha bagi mengekang penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 5,859 kes harian yang dilaporkan pada 20 Nov 2021;

  • 102 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,757 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,854 kes harian yang dilaporkan pada 21 Nov 2021;

  • 86 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,768 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada 22 Nov 2021;

  • 91 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,594 kes harian yang dilaporkan pada 23 Nov 2021;

  • 85 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,509 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,755 kes harian yang dilaporkan pada 24 Nov 2021;

  • 101 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,654 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,144 kes harian yang dilaporkan pada 25 Nov 2021;

  • 96 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,048 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

 


Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa COVID-19 di daerah Ratchathewi, Bangkok. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

20 Nov (4,970 kes), 21 Nov (5,525 kes), 22 Nov (5,628 kes), 23 Nov (4,908 kes), 24 Nov (5,082 kes) dan 25 Nov (6,602 kes).

*kes kumulatif sembuh sehingga 25 Nov 2021 sebanyak 2,510,029 kes (96.2 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

20 Nov - Kes baharu 5,859 kes (2,581,747 kes kumulatif); Kes import : 19 kes (13 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,840 kes [5,629 warganegara (96.4%); 211 bukan warganegara (3.6%)];

21 Nov - Kes baharu 4,854 kes (2,586,601 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,842 kes [4,643 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];

22 Nov - Kes baharu 4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 4,867 kes [4,732 warganegara (97.2%); 135 bukan warganegara (2.8%)];

23 Nov - Kes baharu 5,594 kes (2,597,080 kes kumulatif); Kes import : 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,570 kes [5,297 warganegara (95.1%); 273 bukan warganegara (4.9%)];

24 Nov - Kes baharu 5,755 kes (2,602,835 kes kumulatif); Kes import : 23 kes (15 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,732 kes [5,501 warganegara (96.0%); 231 bukan warganegara (4.0%)];

25 Nov - Kes baharu : 6,144 kes (2,608,979 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,132 kes [5,862 warganegara (95.6%); 270 bukan warganegara (4.4%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

20 Nov - 38 kes (BID 5), 21 Nov - 24 kes (BID 6), 22 Nov - 63 kes (BID 13), 23 Nov - 47 kes (BID 10), 24 Nov - 37 kes (BID 9) dan 25 Nov - 48 kes (BID 10 kes).

*Jumlah kes kematian sehingga 25 Nov 2021 sebanyak 30,195 kes.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

20 Nov - 1 kluster (kluster pendidikan 1);

21 Nov - 3 kluster (kluster tempat kerja 1 dan kluster komuniti 2);

22 Nov - 7 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1 dan kluster pendidikan 2);

23 Nov - 10 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

24 Nov - 8 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1); dan

25 Nov - 7 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster komuniti1, kluster keagamaan 1, kluster pendidikan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 260,281,153 (Minggu lalu 256,518,463 kes dengan 5,198,926 kematian (Minggu lalu 5,151,060 kematian). Kes pesakit sembuh 235,245,887 kes berbanding minggu lalu 231,730,073 kes.

 Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Jerman.

*Tonga negara ke-222 (terbaharu) dalam senarai.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 48,999,737 kes (798,551 kematian);

India 34,546,926 kes (466,980 kematian);

Brazil 22,055,608 kes (613,697 kematian);

United Kingdom 10,021,497 kes (144,433 kematian);

Rusia 9,468,189 kes (269,057 kematian);

Turki 8,676,639 kes (75,840 kematian);

Perancis 7,516,746 kes (118,777 kematian);

Iran 6,097,672 kes (129,376 kematian);

Jerman 5,623,047 kes (100,796 kematian); dan

Argentina 5,322,127 kes (116,480 kematian);

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 masih kekal di tangga 113 dengan 98,583 kes dan 4,636 kematian.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. * terkini dalam senarai Rwanda.

 

Indonesia di tangga 14 - 4,254,815 kes (143,782 kematian);

Filipina di tangga 19 - 2,829,618 kes (47,875 kematian);

Thailand di tangga 23 - 2,094,886 kes (20,643 kematian);

Vietnam di tangga 36 - 1,168,228 kes (24,407 kematian);

Myanmar di tangga 63 - 520,213 kes (19,058 kematian);

Singapura di tangga 85 - 258,785 kes (681 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 120,009 kes (2,918 kematian);

Laos di tangga 119 - 67,322 kes (143 kematian);

Brunei di tangga 167 - 14,771 kes (97 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA


 

 


 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan