RENCANA

COVID-19: POTENSI PENULARAN MENINGKAT, VARIAN DELTA DIKESAN DI 10 NEGERI

11/12/2021 03:34 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 13 Nov hingga pukul 11:59mlm 19 Nov 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.57 juta kes. Di peringkat global, lebih 256 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.1 juta. Lebih 231 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 dalam negara dijangka terus catat peningkatan, seiring dengan kenaikan kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) negara.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (13 Nov-19 Nov 2021), angka kes harian berlegar antara 5,000 dan 6,000, sementara Ro/Rt pula masih berada atas paras 1.0.

Hari ini (19 November), Malaysia melaporkan kes harian baharu sebanyak 6,355 kes, meningkatkan kes kumulatif COVID-19 negara kepada 2,575,888 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbarnya pada 16 November lepas menyatakan, peningkatan Ro/Rt sejak 6 Nov 2021 memberi kesan kepada angka kes harian baharu yang turut meningkat.

Menurut beliau, peningkatan kes baharu dan nilai Rt menggambarkan potensi penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat dan seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut.

Peningkatan kes harian baharu boleh dilihat daripada data yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:-

13 Nov (5,809 kes), 14 Nov (5,162 kes), 15 Nov (5,143 kes), 16 Nov (5,413 kes), 17 Nov (6,288 kes),18 Nov (6,380 kes) dan 19 Nov (6,355 kes).

 


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Selangor secara konsistennya mencatat kes harian baharu empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini dan satu-satunya negeri yang masih melaporkan kes harian empat angka. Angka kes seperti berikut:- 13 Nov (1,601 kes), 14 Nov (1,266 kes), 15 Nov (1,144 kes), 16 Nov (1,217 kes), 17 Nov (1,615 kes), 18 Nov (1,448 kes) dan 19 Nov (1,737).

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ri Ngadiman dalam kenyataan akhbar semalam menyatakan, jumlah pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) terkini yang juga kes COVID-19. disahkan dan disyaki COVID-19) adalah sebanyak 86 kes iaitu 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri berkenaan.

Sementara itu, setakat hari ini, kes pesakit COVID-19 yang sembuh adalah sebanyak 5,031 kes, meningkatkan kes kumulatif sembuh kepada 2,477,314 kes (96.2 peratus).

Data Infografik KKM menunjukkan setakat pukul 11:59 malam 19 Nov 2021, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 68,637 kes.

 

Dengan kes kumulatif 2,575,888 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 222 buah negara/ wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,823,210 kes) dan Afrika Selatan (2,927,499 kes).

Sebanyak 436 kes yang disahkan COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat hari ini dan 173 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk kes kematian, setakat pukul 11.59 malam, 19 November, sebanyak 45 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 29,937 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 6,355 kes harian baharu hari ini, 115 kes (1.8 peratus) tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5 sementara 6,240 kes (98.2 peratus) adalah dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt yang melepasi 1.0 pada 11 Nov 2021 berterusan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini.


Kadar Kebolehjangkitan Malaysia (Nilai R) pada 18 November 2021. covid-19.moh.gov.my

Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman adalah seperti berikut:-

13 Nov (1.05), 14 Nov (1.05), 15 Nov (1.05), 16 Nov (1.04), 17 Nov (1.03) dan 18 Nov (1.02).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 18 November adalah WP Kuala Lumpur (1.09) dan Negeri Sembilan (1.07).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Kes Baharu Melibatkan Varian Tempatan dan Import (VOI atau VOC). Sumber: KKM

Mengenai "Situasi dan Maklumat Terkini Mengenai Mutasi Spike Protein COVID-19 Malaysia", Dr Noor Hisham melaporkan bahawa sebanyak 88 kes baharu varian dikesan, terdiri daripada Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Sebanyak 88 kes baharu itu melibatkan Selangor (19 kes), Perak (17 kes), Negeri Sembilan (13 kes), Johor (9 kes), Kelantan (8 kes), Kedah (7 kes), Terengganu (6 kes), Perlis (4 kes), WP Kuala Lumpur (3 kes) dan Melaka (2 kes).

Dengan ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,918 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 3,898 kes adalah VOC manakala baki 20 kes adalah VOI.

Untuk rekod, Laporan KKM pada 11 November lepas melaporkan pertambahan 48 kes VOC, iaitu varian Delta (B.1.617.2), melibatkan tiga buah negeri sahaja iaitu Pulau Pinang (34 kes), Pahang (12 kes) dan Perlis (2 kes).

 

Setakat 19 Nov 2021, Malaysia hanya mempunyai 246 kluster aktif. Untuk rekod, sebanyak 5,877 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,631 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (13 Nov-19 Nov 2021), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 40 kluster. Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 25 kluster (62.5 peratus) dan kluster pendidikan, 8 kluster (20 peratus).

Perincian Data COVIDNOW setakat pukul 11:59mlm 19 Nov 2021 untuk 6,355 kes harian baharu, mengikut negeri adalah seperti berikut:- 

(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,728 (+9),

K​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 495 (+2), Kedah 399 (+8), Kelantan 735, Melaka 231 (2), Negeri

Sembilan 212 (+2), Pahang 358, Perak 284, Pulau Pinang 356, Sabah 543, Sarawak 291 (+1),

Terengganu 256 (+2) dan WP Kuala Lumpur 319 (+5).

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 82, WP Labuan 19 dan Perlis 16.

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (13 Nov - 19 Nov 2021)


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (13 - 19 November 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

13 Nov (65,319 kes), 14 Nov (65,417 kes), 15 Nov ( 65,956 kes), 16 Nov (65,316 kes), 17 Nov (66,793 kes), 18 Nov ( 67,358 kes ) dan 19 Nov (68,637 kes).

 

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 5,809 kes harian yang dilaporkan pada 13 Nov 2021;

  • 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,707 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,162 kes harian yang dilaporkan pada 14 Nov 2021;

  • 104 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,058 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,143 kes harian yang dilaporkan pada 15 Nov 2021;

  • 126 kes (2.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,017 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,413 kes harian yang dilaporkan pada 16 Nov 2021;

  • 102 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,311 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,288 kes harian yang dilaporkan pada 17 Nov 2021;

  • 125 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,163 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,380 kes harian yang dilaporkan pada 18 Nov 2021;

  • 98 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,282 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,355 kes harian yang dilaporkan pada 19 Nov 2021,

  • 115 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

13 Nov (4,712 kes), 14 Nov (5,019 kes), 15 Nov (4,551 kes), 16 Nov (6,013 kes), 17 Nov (4,743 kes), 18 Nov (5,760 kes) dan 19 Nov (5,031 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 19 Nov 2021 sebanyak 2,477,314 kes (96.2 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

13 Nov - Kes baharu : 5,809 kes (2,541,147 kes kumulatif); Kes import : 27 kes (21 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,782 kes [5,561 warganegara (96.2%); 221 bukan warganegara (3.8%)];

14 Nov - Kes baharu : 5,162 kes (2,546,309 kes kumulatif); Kes import : 11 kes (8 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,151 kes [4,968 warganegara (96.4%); 183 bukan warganegara (3.6%)];

15 Nov - Kes baharu : 5,143 kes (2,551,452 kes kumulatif); Kes import : 13 kes (8 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,130 kes [4,923 warganegara (96.0%); 207 bukan warganegara (4.0%)];

16 Nov - Kes baharu : 5,413 kes (2,556,865 kes kumulatif); Kes import : 17 kes (14 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,396 kes [5,172 warganegara (95.8%); 224 bukan warganegara (4.2%)];

17 Nov - Kes baharu : 6,288 kes (2,563,153 kes kumulatif); Kes import : 22 kes (15 warganegara; 7 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,266 kes [6,050 warganegara (96.6%); 216 bukan warganegara (3.4%)];

18 Nov - Kes baharu : 6,380 kes (2,569,533 kes kumulatif); Kes import : 28 kes (19 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,352 kes [6,089 warganegara (95.9%); 263 bukan warganegara (4.1%)].

19 Nov - Kes baharu : 6,355 kes (2,575,888 kes kumulatif); Kes import : 31 kes (20 warganegara; 11 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,324 kes [6,112 warganegara (96.6%); 212 bukan warganegara (3.4%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

13 Nov - 55 kes (+BID 11), 14 Nov - 45 kes (+BID 12), 15 Nov - 53 kes (+BID 11), 16 Nov - 40 kes (+BID 7), 17 Nov - 68 kes (+BID 12), 18 Nov - 55 kes (+BID 9 ) dan 19 Nov - 45 kes (+BID 7).

*Jumlah kes kematian sehingga 19 Nov 2021 sebanyak 29,937 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

13 Nov - 3 kluster (kluster tempat kerja 3);

14 Nov - Sifar kluster

15 Nov - 3 kluster (klsuter tempat kerja 3);

16 Nov - 7 kluster (kluster tempat kerja 5, kluster komuniti 1 dan kluster pendidikan 1);

17 Nov - 8 kluster (kluster tempat kerja 5, kluster komuniti 2 dan kluster pendidikan 1);

18 Nov - 9 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 2 dan kluster pendidikan 3);

19 Nov - 10 kluster (kluster tempat kerja 5, kluster kluster pendidikan 3 dan kluster kumpulan

                berisiko tinggi 2).    

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 256,579,261 (Rangkuman Minggu lalu 252,870,684 kes) dengan 5,151,367 kematian (Minggu lalu 5,099,327 kematian). Kes pesakit sembuh 231,750,217 kes (Minggu lalu 228,752,610 kes).   

 Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Jerman..

*Tonga negara ke-222 (terbaharu) dalam senarai.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 48,398,455 kes (789,155 kematian);

India 34,489,623 kes (465,082 kematian);

Brazil 21,989,962 kes (612,177 kematian);

United Kingdom 9,721,916 kes (143,559 kematian);

Rusia 9,257,068 kes (261,589 kematian);

Turki 8,503,220 kes (74,428 kematian);

Perancis 7,351,324 kes (118,373 kematian);

Iran 6,069,559 kes (128,734 kematian);

Argentina 5,312,089 kes (116,341 kematian);

Jerman 5,233,821 kes (99,169 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 masih kekal di tangga 113 dengan 98,427 kes dan 4,636 kematian.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. * terkini dalam senarai Rwanda.

Indonesia di tangga 14 - 4,252,705 kes (143,714 kematian);

Filipina di tangga 19 - 2,823,210 kes (46,698 kematian);

Thailand di tangga 24 - 2,050,980 kes (20,303 kematian);

Vietnam di tangga 37 - 1,075,094 kes (23,578 kematian);

Myanmar di tangga 62 - 516,146 kes (18,989 kematian);

Singapura di tangga 86 - 246,853 kes (625 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 119,786 kes (2,891 kematian);

Laos di tangga 122 - 59,895 kes (119 kematian);

Brunei di tangga 167 - 14,399 kes (96 kematian).

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan