RENCANA

COVID-19: LONJAKAN KES HARIAN AKIBAT RENTAS NEGERI

01/11/2021 10:53 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 16 Okt hingga pukul 8:30 mlm 22 Okt 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.4 juta kes. Di peringkat global, lebih 243 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.9 juta. Lebih 220 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Faktor rentas negeri dibimbangi menjadi punca utama lonjakan kes harian baharu COVID-19 dalam negara dalam tempoh terdekat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengunjurkan purata kes sebanyak 7,576 untuk tempoh lima hari akan datang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang memberitahu perkara berkenaan dalam sidang media semalam turut melaporkan tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatat peningkatan sejak kerajaan menarik semula sekatan rentas negeri pada 11 Oktober lepas.

Hari ini (22 Oktober), KKM melaporkan kes harian baharu sebanyak 6,630 kes (termasuk 15 kes import). Semalam negara mencatat 6,210 kes harian baharu (termasuk 42 kes import).

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (16 Okt hingga 22 Okt 2021), terdapat tiga hari kes harian baharu COVID-19 menurun kepada sekitar 5,000 iaitu pada 18 Okt (5,434 kes), 19 Okt (5,745 kes) dan 20 Okt (5,516 kes).

Kali terakhir angka kes harian baharu sekitar 5,000 kes adalah pada 28 Jun 2021 iaitu sebanyak 5,218 kes.


Petugas kesihatan sedang bersiap sedia sebelum waktu tugas pada Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) di pusat vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Membedai, Labuan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (16 Okt hingga 22 Okt 2021) adalah seperti berikut:-

16 Okt (7,509 kes), 17 Okt (6,145 kes), 18 Okt (5,434 kes), 19 Okt (5,745 kes), 20 Okt (5,516 kes), 21 Okt (6,210 kes) dan 22 Okt (6,630 kes).

Jumlah kes sembuh yang terus mengatasi angka kes harian baharu membantu menurunkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan dalam negara.

Kes sembuh hari ini sebanyak 7,630 kes, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,311,213 kes (95.5 peratus), sementara kes kumulatif COVID pula sebanyak 2,420,222 kes.

Data COVIDNOW KKM pada 22 Okt 2021, menunjukkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 80,697 kes. Untuk rekod, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan pada 22 Sept 2021 adalah sebanyak 201,274 kes.

 


Kebanyakan pengunjung dari luar negeri mengambil peluang merentas negeri selepas kerajaan memberi kebenaran itu bermula 11 Oktober 2021. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman Facebook peribadi beliau pada 19 Oktober lepas, mengingatkan agar semua pihak "kekal mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin.

"Setiap individu bertanggungjawab memelihara kesihatan mereka, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Inisiatif menjalankan ujian kendiri sangat digalakkan apabila seseorang individu bergejala dan/atau sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi melindungi orang lain di sekeliling.”

"Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek)," nasihat beliau.

 

Dengan kes kumulatif 2,420,222 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (2,725,385 kes) dan Filipina (2,745,889 kes).

Sebanyak 521 kes pesakit memerlukan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat hari ini, dan 230 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk rekod, jumlah kematian melibatkan pesakit COVID-19 di negara ini melepasi angka 28 ribu pada Selasa 19 Oktober. Sebanyak 96 lagi kes kematian dilaporkan semalam (21 Oktober), menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 dalam negara berjumlah 28,234 kes.

 

Sementara itu, daripada 6,630 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 101 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 sementara 6,529 kes (98.5 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Dr Noor Hisham melaporkan pada 19 Oktober lepas, sebanyak 134 kes baharu, dikaitkan dengan Variant of Concern (VOC), iaitu 132 kes varian Delta (B.1.617.2); dan dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,386 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,366 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

 

Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-

16 Okt ( 0.88 ), 17 Okt (0.88), 18 Okt (0.88 ), 19 Okt (0.88 ), 20 Okt ( 0.86 ), 21 Okt ( 0.86) dan 22 Okt (0.87).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada  22 Oktober adalah WP Kuala Lumpur (1.02), Negeri Sembilan (0.98) dan WP Putrajaya (0.95) dan 

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (16 - 22 Oktober 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sehingga 22 Okt 2021, jumlah kluster yang masih aktif di Malaysia terus menurun kepada 580 kluster. Secara keseluruhannya, terdapat 5,717 kluster di kesan di negara ini dan 5,137 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, jumlah kluster baharu menurun kepada 63 kluster (84 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 9 Okt hingga 15 Okt 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 37 kluster (58.7 peratus), diikuti kluster komuniti 10 kluster (15.9 peratus) dan kluster pendidikan juga 10 kluster (15.9 peratus).

 

Senarai negeri/kes pada 22 Okt 2021 (+kes import) seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,321 (+1)

K​​​​es harian baharu tiga angka - Pulau Pinang 440 kes, Sarawak 750 kes, Kelantan 589 kes, Johor 544 kes (+4), Perak 381 kes, Sabah 641 kes, Terengganu 439 kes, Kedah 431 (+1), Melaka 183 kes, WPKuala Lumpur 315 (+7), Pahang 301 (+1) dan Negeri Sembilan 191 kes (+1).

Kes harian baharu dua angka - Perlis 43 kes dan WP Putrajaya 44 kes.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 2 kes.

 

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (16 Okt - 22 Okt 2021)


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada 16 Okt 2021,

  • 116 kes (1.5 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,393 kes (98.5 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan pada 17 Okt 2021,

  • 142 kes (2.3 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,003 kes (97.7 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan pada 18 Okt 2021,

  • 151 kes (2.8 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,283 kes (97.2 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada 19 Okt 2021,

  • 115 kes (2.0 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,630 kes (98.0 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada 20 Okt 2021,

  • 102 kes (1.8 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,414 kes (98.2 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 6,210 kes harian yang dilaporkan pada 21 Okt 2021 dan

  • 116 kes (1.9 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,094 kes (98.1 peratus) kategori 1 dan 2.

Daripada 6,630 kes harian yang dilaporkan pada 22 Okt 2021.

  • 101 kes (1.5 peratus) kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,529 kes (98.5 peratus) kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

16 Okt (9,531 kes), 17 Okt (9,231 kes), 18 Okt (8,434 kes), 19 Okt (8,933 kes), 20 Okt (9,401 kes), 21 Okt (7,562 kes) dan 22 Okt (7,630 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 22 Okt 2021 sebanyak 2,311,213 kes (95.5 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

16 Okt - Kes baharu : 7,509 kes (2,384,542 kes kumulatif); Kes import : 16 kes (8 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,493 kes [6,967 warganegara (93.0%); 526 bukan warganegara (7.0%)];

17 Okt - Kes baharu : 6,145 kes (2,390,687 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,133 kes [5,755 warganegara (93.8%); 378 bukan warganegara (6.2%)];

18 Okt - Kes baharu : 5,434 kes (2,396,121 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (1 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,429 kes [5,050 warganegara (93.0%); 379 bukan warganegara (7.0%)];

19 Okt - Kes baharu : 5,745 kes (2,401,866 kes kumulatif); Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,733 kes [5,432 warganegara (94.7%); 301 bukan warganegara (5.3%)];

20 Okt - Kes baharu : 5,516 kes (2,407,382 kes kumulatif); Kes import : 14 kes (10 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 5,502 kes [5,267 warganegara (95.7%); 235 bukan warganegara (4.3%)];

21 Okt - Kes baharu : 6,210 kes (2,413,592 kes kumulatif); Kes import : 42 kes (19 warganegara; 23 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,168 kes [5,860 warganegara (95.0%); 308 bukan warganegara (5.0%)];

22 Okt - Kes baharu : 6,630 kes (2,420,222 kes kumulatif); Kes import : 15 kes (11 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,615 kes [6,330 warganegara (95.7%); 285 bukan warganegara (4.3%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

16 Okt - 88 kes (BID 26), 17 Okt - 63 kes (BID 11), 18 Okt - 72 kes (BID 9), 19 Okt - 69 kes (BID 11), 20 Okt - 76 kes (BID 14), 21 Okt - 96 kes (BID 21) dan 22 Okt - 78 kes (BID 17)

*Jumlah kes kematian sehingga 22 Okt 2021 sebanyak 28,312 kes.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

16 Okt - 9 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 3 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

17 Okt - 9 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

18 Okt - 15 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 2, kluster pendidikan 2, kluster agama 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

19 Okt - 8 kluster (kluster tempat kerja 7 dan kluster pendidikan 1);

20 Okt - 4 kluster (kluster tempat kerja 3 dan kluster pendidikan 1);

21 Okt - 6 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster komuniti 3 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

22 Okt - 12 kluster (kluster tempat kerja 6 kuster, kluster komuniti 2, kluster pendidikan 3 dan kluster keagamaan 1).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 243,382,106 kes (Rangkuman Minggu lalu 240,494,834 kes) dengan 4,947,615 kes (Minggu lalu 4,899,557 kes kematian). Kes pesakit sembuh 220,541,632 kes (Minggu 217,781,041 kes).

 Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 46,174,547 kes (753,747 kematian);

India 34,143,236 kes (453,076 kematian);

Brazil 21,697,341 kes (604,764 kematian);

United Kingdom 8,641,221 kes (139,146 kematian);

Rusia 8,168,305 kes (228,453 kematian);

Turki 7,772,604 kes (68,472 kematian);

Perancis 7,108,206 kes (117,411 kematian);

Iran 5,833,525 kes (124,763 kematian);

Argentina 5,277,525 kes (115,796 kematian);

Sepanyol 4,995,176 kes (87,102 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 113 dengan 96,665 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 111 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 - 4,238,594 kes (143,153 kematian);

Filipina di tangga 18 - 2,745,889 kes (41,520 kematian);

Thailand di tangga 24 - 1,831,389 kes (18,625 kematian);

Vietnam di tangga 40 - 877,537 kes (21,487 kematian);

Myanmar di tangga 60 - 491,584 kes (18,465 kematian);

Singapura di tangga 98 - 162,026 kes (280 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 117,500 kes (2,715 kematian);

Laos di tangga 138 - 34,518 kes (49 kematian);

Brunei di tangga 172 - 11,542 kes (79 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

 BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan