BERITA COVID–19   COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | Tambak Johor yang suram akibat COVID-19 perlahan-lahan sedang 'dirancakkan' | 
RENCANA

COVID-19: Patuh SOP, Lindungi 'Keluarga Malaysia'

16/10/2021 08:27 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 9 Okt hingga pukul 8:30mlm 15 Okt 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 240 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.8 juta. Lebih 217 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan 'Keluarga Malaysia' dilindungi daripada ancaman COVID-19 dan bersedia menghadapi ‘medan peperangan’ baharu.

Peringatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ini dikongsi di laman sosial Facebook peribadi beliau pada 13 Oktober lepas, antaranya, merujuk kepada fasa endemik yang disasarkan negara pada penghujung bulan ini.

"Kita hanya boleh menang peperangan ini seandainya kita, semua rakyat Malaysia secara kolektif, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial, terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Saranan beliau seiring dengan keputusan kerajaan membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap vaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri, berkuatkuasa 11 Oktober lepas.

Pergerakan "Balik Kampung" secara besar-besaran dijangka berlaku pada penghujung minggu ini, memandangkan terdapat satu hari cuti umum yang jatuh pada hari Selasa, 18 Oktober iaitu Maulidur Rasul (Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.)

 


Pengguna perkhidmatan bas ekspres membeli Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang dijual di Terminal Bersepadu Selatan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sejak hampir sebulan lepas, jumlah kes sembuh yang terus mengatasi angka kes harian baharu membantu menurunkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan dalam negara.

Hari ini (15 Okt 2021), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes sembuh sebanyak 11,413 kes berbanding kes harian baharu sebanyak 7,420 kes.

Kes kumulatif sembuh hari ini berjumlah 2,251,758 kes (94.7 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 di seluruh negara), sementara kes kumulatif COVID pula sebanyak 2,377,033 kes.

Untuk rekod, kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan hari ini menurun lagi kepada 97,505 kes berbanding jumlah yang direkod pada 15 Sept 2021, iaitu sebanyak 225,590 kes.

 

Meskipun keadaan penularan wabak COVID-19 dalam negara terkawal dan angka kes berada bawah 9,000 kes, namun trend angka kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (9 Okt hingga 14 Okt 2021), menunjukkan sedikit peningkatan, sebelum menurun kembali hari ini.

Bermula pada 10 Oktober, angka kes yang menurun kepada sekitar 7,000 kes kepada sekitar 6,000 kes pada 11 Oktober, kembali meningkat sehingga kepada sekitar 8,000 pada 14 Oktober.

Berikut rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (9 Okt hingga 15 Okt 2021) adalah seperti berikut:-

9 Okt (8,743 kes), 10 Okt (7,373 kes), 11 Okt (6,709 kes), 12 Okt (7,276 kes), 13 Okt (7,950 kes), 14 Okt (8,084 kes) dan 15 Okt (7,420 kes).

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

9 Okt (14,422 kes), 10 Okt (10,959 kes), 11 Okt (10,833 kes), 12 Okt (10,555 kes), 13 Okt (10,832 kes), 14 Okt (12,456 kes) dan 15 Okt (11,413 kes).

 


Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam menggunakan troli untuk membawa masuk barang-barang peribadi ke kampus kediaman pelajar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan kes kumulatif 2,377,033 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (2,610,899 kes) dan Filipina (2,705,792 kes).

Untuk kes pesakit yang memerlukan rawatan rapi, setakat hari ini, sebanyak 635 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan 282 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk rekod, sebanyak 88 kes kematian dilaporkan pada Khamis 14 Oktober, menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 dalam negara berjumlah 27,681 kes.

 

Daripada 7,420 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 108 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 sementara 7,312 kes (98.5 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-

9 Okt ( 0.86 ), 10 Okt ( 0.87 ), 11 Okt ( 0.88 ), 12 Okt ( 0.88 ), 13 Okt ( 0.88 ), 14 Okt (0.88) dan 15 Okt (0.87).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 14 Okt adalah WP Putrajaya (1.04), Negeri Sembilan (1.03) dan WP Kuala Lumpur (0.97).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Pemberian dos tambahan vaksin untuk individu yang mempunyai imuniti rendah dibenarkan kepada pesakit kanser, penerima organ dan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sehingga 15 Okt 2021, jumlah kluster yang masih aktif di Malaysia terus menurun kepada 721 kluster. Secara keseluruhannya, terdapat 5,654 kluster di kesan di negara ini dan 721 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, jumlah kluster baharu meningkat sedikit iaitu 84 kuster (79 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 2 Okt hingga 8 Okt 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 37 kluster (44.04 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 28 kluster (33.3 peratus).

Menurut perincian COVIDNOW KKM hari ini, daripada 7,420 kes harian baharu, hanya dua negeri mencatat empat angka, 11 buah negeri tiga angka,  dua buah negeri dua angka dan sebuah negeri, satu angka. 

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,156 kes dan Sarawak 1,008 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka - Kelantan 838 kes, Johor 787 kes, Sabah 720 kes, Pulau Pinang 539 kes, Kedah 428 kes, Terengganu 426 kes, Pahang 356 kes, Perak 301 kes, Melaka 287 kes, WP KL 264 kes dan Negeri Sembilan 194 kes.

Kes harian baharu dua angka - Perlis 54 kes dan WP Putrajaya 39 kes.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 6 kes.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (9 Okt - 15 Okt 2021)


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (9 - 15 Oktober 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 8,743 kes harian yang dilaporkan pada 9 Okt 2021,

  • 122 kes (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 8,621 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada 10 Okt 2021,

  • 133 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 6,079 kes harian yang dilaporkan pada 11 Okt 2021,

  • 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 6,565 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 7,276 kes harian yang dilaporkan pada 12 Okt 2021,

  • 150 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,126 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada 13 Okt 2021,

  • 133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 8,084 kes harian yang dilaporkan pada 14 Okt 2021,

  • 133 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,951 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 7,420 kes harian yang dilaporkan pada 15 Okt 2021,

  • 108 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 7,312 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan (9 Okt- 15 Okt 2021):--


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

9 Okt (14,422 kes), 10 Okt (10,959 kes), 11 Okt (10,833 kes), 12 Okt (10,555 kes), 13 Okt (10,832 kes), 14 Okt (12,456 kes) dan 15 Okt (11,413 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 15 Okt 2021 sebanyak 2,251,758 kes (94.7 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

9 Okt - Kes baharu : 8,743 kes (2,332,221 kes kumulatif); Kes import : 14 kes (7 warganegara; 7 bukan warganegara); Kes tempatan : 8,729 kes [8,258 warganegara (94.6%); 471 bukan warganegara (5.4%)];

10 Okt - Kes baharu : 7,373 kes (2,339,594 kes kumulatif); Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,371 kes [6,991 warganegara (94.8%); 380 bukan warganegara (5.2%)];

11 Okt - Kes baharu : 6,709 kes (2,346,303 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (5 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,703 kes [6,454 warganegara (96.3%); 249 bukan warganegara (3.7%)];

12 Okt - Kes baharu : 7,276 kes (2,353,579 kes kumulatif); Kes import : 10 kes (2 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,266 kes [6,869 warganegara (94.5%); 397 bukan warganegara (5.5%)];

13 Okt - Kes baharu : 7,950 kes (2,361,529 kes kumulatif); Kes import : 29 kes (21 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,921 kes [7,275 warganegara (91.8%); 646 bukan warganegara (8.2%)];

14 Okt - Kes baharu : 8,084 kes (2,369,613 kes kumulatif); Kes import : 21 kes (15 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 8,063 kes [7,594 warganegara (94.2%); 469 bukan warganegara (5.8%)];

15 Okt - Kes baharu : 7,420 kes (2,377,033 kes kumulatif); Kes import : 17 kes (12 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,403 kes [6,842 warganegara (92.4%); 561 bukan  warganegara (7.6%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

9 Okt (74 kes/BID 27), 10 Okt ( 64 kes/BID 14), 11 Okt (93 kes/BID 16), 12 Okt (103 kes/BID 26), 13 Okt (68 kes/BID  12), 14 Okt ( 88/BID 22 kes) dan 15 Okt (89 kes/BID 19).

*Jumlah kes kematian sehingga 15 Okt 2021 sebanyak 27,770 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

9 Okt - 10 kluster (kluster tempat kerja 4, kluster komuniti 4, kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

10 Okt - 8 kluster (kluster tempat kerja 1, kluster komuniti 5, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster keagamaan 1);

11 Okt - 9 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster komuniti 4, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 1);

12 Okt -14 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 5, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pendidikan 2);

13 Okt - 13 kluster (kluster tempat kerja 6, kluster komuniti 3, kluster pendidikan 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pusat tahanan 1);

14 Okt - 17 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 4, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pendidikan 1); dan

15 Okt - 13 kluster baharu (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 3 dan kluster pendidikan 1).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 240,494,834 kes (Rangkuman Minggu lalu 237,649,405 kes) dengan 4,899,557 kes kematian (Minggui lalu 4,851,696 kematian). Kes pesakit sembuh 217,781,041 kes (Minggu lalu 214,728,694 kes).

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Argentina dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 45,639,012 kes (741,893 kes kematian);

India 34,037,592 kes (451,847 kematian);

Brazil 21,612,237 kes (602,201 kematian);

United Kingdom 8,317,439 kes (138,237 kematian);

Rusia 7,925,176 kes (221,313 kematian);

Turki 7,570,932 kes (67,044 kematian);

Perancis 7,074,276 kes (117,211 kematian);

Iran 5,754,047 kes (123,498 kematian);

Argentina 5,270,138 kes (115,633 kematian);

Sepanyol 4,982,138 kes (86,917 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 masih di tangga 113 dengan 96,488 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 110 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 - 4,233,014 kes (142,889 kematian);

Filipina di tangga 18 - 2,705,792 kes (40,424 kematian);

Thailand di tangga 24 - 1,762,190 kes (18,123 kematian);

Vietnam di tangga 41 -853,842 kes (20,950 kematian);

Myanmar di tangga 60 - 484,317 kes (18,255 kematian);

Singapura di tangga 102 - 138,327 kes (207 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 116,140 kes (2,610 kematian);

Laos di tangga 139 - 30,615 kes (36 kematian);

Brunei di tangga 173 - 10,251 kes (68 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

 

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

-- BERNAMA

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan