RENCANA

COVID-19: KES AKTIF SEMAKIN MENURUN DENGAN KES SEMBUH YANG TINGGI

25/09/2021 07:20 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Sept hingga pukul 8:30mlm 24 Sept 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.1 juta kes. Di peringkat global, lebih 231 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.7 juta. Lebih 208 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara semakin menurun sepanjang tempoh seminggu lepas berikutan kes pesakit sembuh yang mengatasi kes harian baharu.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept-24 Sept 2021), angka kes sembuh paling tinggi dicatat adalah pada Ahad 19 September sebanyak 23,469 kes berbanding kes harian baharu pada hari yang sama iaitu 14,954 kes.

Hari ini, sekali lagi kes sembuh mengatasi kes harian baharu iaitu sebanyak 16,751 kes berbanding kes harian baharu, 14,554 kes.

Setakat Jumaat 24 Sept 2021, Malaysia merekod sebanyak 195,837 kes aktif COVID-19 berbanding 221,339 kes pada Jumaat 17 Sept 2021.


Stesen minyak, kedai runcit, pasar mini, restoran dan kedai serbaneka yang kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Angka kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept - 24 Sept 2021) meskipun masih empat angka tetapi secara konsistennya di bawah 20,000 kes.

Paling rendah angka kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah semalam (23 September) iaitu sebanyak 13,754 kes.

Sehingga pukul 12:00 tengah hari ini, kes kumulatif COVID-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 2,171,232 kes.

Dengan kumulatif kes 2,171,232 kes, Malaysia kini di tangga 20 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Ukraine (2,379,483 kes) dan Filipina (2,453,328 kes).

Sarawak berada di tempat teratas untuk rekod kes harian baharu hari ini dengan sebanyak 2,825 kes, diikuti Selangor 2,244 kes dan Johor 1,807 kes.

 

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept hingga 24 Sept 2021) adalah seperti berikut:-

18 Sept (15,549 kes), 19 Sept (14,954 kes), 20 Sept (14,345 kes), 21 Sept (15,759 kes), 22 Sept (14,990 kes), 23 Sept (13,754 kes) dan 24 Sept (14,554 kes).

Berikut adalah rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

18 Sept (17,205 kes), 19 Sept (23,469 kes), 20 Sept (16,814 kes), 21 Sept (16,650 kes), 22 Sept (19,702 kes), 23 Sept (16,628 kes) dan 24 Sept (16,751 kes).

*kes kumulatif sembuh setakat 24 Sept 2021 adalah 1,950,467 (89.8 peratus)

 


Bapa kepada seorang pelajar merakam video menggunakan telefon pintar ketika anaknya menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kolej Matrikulasi Labuan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia menyasarkan untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober 2021, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini. Beliau turut mengingatkan supaya rakyat di negara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengelakkan berlakunya lonjakan kes COVID-19.

Pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya semalam (23 September), Khairy berkata, langkah pembendungan menerusi kaedah pemutus litar (circuit breaker) berkemungkinan dilaksanakan sekiranya sesuatu lokasi merekodkan penularan jangkitan secara luar biasa.

Menurut beliau, pertimbangan berhubung perkara berkenaan belum dimuktamadkan, namun ia dijangka perlu dilaksanakan ketika Malaysia sedang beralih ke fasa praendemik.

Meskipun bakal menjejaskan tahap sosioekonomi dan kesihatan mental, beliau menjelaskan langkah pembendungan mirip Singapura itu akan dilaksanakan dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, pembukaan pusat dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan, apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Setakat 22 September 2021, sebanyak 81 peratus atau 18,964,474 individu dewasa negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.

 

Sebanyak 1,049 kes COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 559 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 250 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 dalam negara berjumlah 24,931 kes.

Daripada 14,554 kes harian baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 163 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 sementara sebanyak 14,391 kes (98.9 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti laporan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

18 Sept (0.94), 19 Sept (0.92), 20 Sept (0.93), 21 Sept (0.95), 22 Sept (0.92), 23 Sept (0.90) dan 24 Sept (0.90).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 23 Sept adalah Pahang (1.01), Terengganu (0.99) dan Perlis (0.99).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan sehingga 1,000 jemaah bersolat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), manakala 500 jemaah bagi masjid lain dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sehingga 24 September 2021, Malaysia mempunyai sebanyak 1,250 kluster masih aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,389 kluster di kesan di negara ini dan 4,139 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 142 kluster baharu (188 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 11 Sept-17 Sept 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 75 kluster (52.8 peratus) dan kluster komuniti, 49 kluster (34.5 peratus).

Menurut perincian KKM, daripada 14,554 kes harian baharu, sebanyak enam (6) buah negeri mencatat kes harian baharu empat angka, tujuh (7) buah negeri mencatat kes harian baharu tiga angka, sementara dua buah negeri mencatat dua angka. Sebuah negeri mencatat sifat kes.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Sarawak 2,825 kes, Selangor 2,244 kes, Johor 1,807 kes, Sabah 1,273 kes, Pulau Pinang 1,231 kes dan Perak 1,144 kes.

Kes harian baharu tiga angka - Kelantan 910 kes, Kedah 908 kes, Terengganu 690 kes, Pahang 598 kes, Melaka 401 kes, WP Kuala Lumpur 271 kes dan Negeri Sembilan 157 kes.

Kes harian baharu dua angka - Perlis 65 kes dan WP Putrajaya 30 kes.

Kes harian baharu sifar angka - WP Labuan.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (18 Sept -24 Sept 2021)


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (18 - 25 September 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

18 Sept 2021 - Daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan,

  • 263 kes (1.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

19 Sept 2021 - Daripada 14,954 kes harian yang dilaporkan,

  • 243 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,711 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

20 Sept 2021 - Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan,

  • 212 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

21 Sept 2021 - Daripada 15,759 kes harian yang dilaporkan,

  • 288 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,471 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

22 Sept 2021 - Daripada 14,990 kes harian yang dilaporkan,

  • 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,652 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

23 Sept 2021 - Daripada 13,754 kes harian yang dilaporkan,

  • 233 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 13,521 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

24 Sept 2021 - Daripada 14,554 kes harian yang dilaporkan,

  • 163 kes (1.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,391 kes (98.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2

 

Rekod kes sembuh:-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18 Sept (17,205 kes), 19 Sept (23,469 kes), 20 Sept (16,814 kes), 21 Sept (16,650 kes), 22 Sept (19,702 kes), 23 Sept (16,628 kes) dan 24 Sept (16,751 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 24 Sept 2021 sebanyak 1,950,467 kes (89.8 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

18 Sept - Kes baharu : 15,549 kes (2,082,876 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 15,544 kes [13,954 warganegara (89.8%); 1,590 bukan warganegara (10.2%)];

19 Sept - Kes baharu : 14,954 kes (2,097,830 kes kumulatif); Kes import : 11 kes (9 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,943 kes [13,580 warganegara (90.9%); 1,363 bukan warganegara (9.1%)];

20 Sept - Kes baharu : 14,345 kes (2,112,175 kes kumulatif); Kes import : 43 kes (27 warganegara; 16 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,302 kes [13,072 warganegara (91.4%); 1,230 bukan warganegara (8.6%)];

21 Sept - Kes baharu : 15,759 kes (2,127,934 kes kumulatif); Kes import :27 kes (11 warganegara; 16 bukan warganegara); Kes tempatan : 15,732 kes [14,279 warganegara (90.8%); 1,453 bukan warganegara (9.2%)];

22 Sept - Kes baharu : 14,990 kes (2,142,924 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,985 kes [13,763 warganegara (91.8%); 1,222 bukan warganegara (8.2%)];

23 Sept - Kes baharu : 13,754 kes (2,156,678 kes kumulatif); Kes import : 4 kes (3 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 13,750 kes [12,491 warganegara (90.8%); 1,259 bukan warganegara (9.2%)];

24 Sept - Kes baharu : 14,554 kes (2,171,232 kes kumulatif); • Kes import : 9 kes (5 warganegara; 4 bukan warganegara); • Kes tempatan : 14,545 kes [13,262 warganegara (91.2%); 1,283 bukan warganegara (8.8%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

18 Sept (324 kes/ BID 70 ), 19 Sept (376 kes/BID 75), 20 Sept ( 301 kes/BID 92 kes), 21 Sept (334 kes/BID 84), 22 Sept (487 kes/BID 161), 23 Sept (116 kes/BID 29dan 24 Sept (250 kes/BID 49).

*Jumlah kes kematian sehingga 24 Sept 2021 sebanyak 24,931 kes.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

18 Sept - 16 kluster (10 kluster tempat kerja, kluster komuniti 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

19 Sept - 19 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 4, kluster pusat tahanan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

20 Sept - 23 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster import 1);

21 Sept - 23 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 9, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pendidikan 2);

22 Sept - 26 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 7, kluster pendidikan 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

23 Sept - 15 kluster (kluster tempat kerja 7 dan kluster komuniti 8);

24 Sept - 20 kluster (kluster tempat kerja 10, kluster komuniti 9 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia (WHO) dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia.

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 231,506,198  (Rangkuman Minggu lalu 227,951,739 kes) dengan 4,744,703 kematian (Minggu lalu 4,686,522 kematian) . Kes pesakit sembuh 208,196,558 kes (minggu lalu 200,774,214 kes).  

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis, Turki, Iran, Argentina dan Colombia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 43,532,491 kes (702,978 kematian);

India 33,594,803 kes (446,399 kematian);

Brazil 21,308,178 kes (593,018 kematian);

United Kingdom 7,565,867 kes (135,803 kematian);

Rusia 7,376,374 kes (202,273 kematian);

Perancis 6,977,722 kes (116,371 kematian);

Turki 6,960,297 kes (62,524 kematian);

Iran 5,508,885 kes (118,792 kematian);

Argentina 5,246,998 kes (114,772 kematian);

Colombia 4,946,811 kes (126,032 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 110 dengan 95,948 kes dan 4,636 kematian.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 108 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 - 4,204,116 kes (141,258 kematian);

Filipina di tangga 18 - 2,453,328 kes (37,405 kematian);

Thailand di tangga 29 - 1,537,310 kes (16,016 kematian);

Vietnam di tangga 46 - 728,435 kes (18,017 kematian);

Myanmar di tangga 62 - 453,407 kes (17,343 kematian);

Kampuchea di tangga 107 - 107,441 kes (2,197 kematian);

Singapura di tangga 114 - 82,860 kes (70 kematian);

Laos di tangga 144 - 21.080 kes (16 kematian);

Brunei di tangga 179 - 5,960 kes (33 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

 

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA


 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan