RENCANA

COVID-19: KES SEMBUH YANG TINGGI BANTU KURANGKAN KES AKTIF

24/09/2021 08:20 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Sept hingga pukul 12:00tgh 24 Sept 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.1 juta kes. Di peringkat global, lebih 231 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.7 juta. Lebih 208 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes pesakit sembuh yang mengatasi kes harian baharu sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept-23 Sept 2021) membantu mengurangkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara.

Angka kes sembuh paling tinggi dicatat pada Ahad 19 September sebanyak 23,469 kes berbanding kes harian baharu pada hari yang sama iaitu 14,954 kes.

Setakat Khamis 23 September 2021, Malaysia menanggung sebanyak 198,284 kes aktif COVID-19 berbanding 227,120 kes pada Khamis 16 Sept 2021.

Angka kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept - 23 Sept 2021) meskipun masih empat angka tetapi secara konsistennya di bawah 20,000 kes.


Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai sasaran awal apabila 80 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap vaksinasi. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Paling rendah angka kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah semalam (23 September) iaitu sebanyak 13,754 kes, menjadikan kumulatif kes COVID-19 semalam sebanyak 2,156,678 kes.

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (18 Sept hingga 23 Sept 2021) adalah seperti berikut:-

18 Sept (15,549 kes), 19 Sept (14,954 kes), 20 Sept (14,345 kes), 21 Sept (15,759 kes), 22 Sept (14,990 kes) dan 23 Sept (13,754 kes).

Berikut adalah rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman yang sama:-

18 Sept (17,205 kes), 19 Sept (23,469 kes), 20 Sept (16,814 kes), 21 Sept (16,650 kes), 22 Sept (19,702 kes) dan 23 Sept (16,628 kes).

 

Malaysia menyasarkan untuk beralih ke fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober 2021, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini. Beliau turut mengingatkan supaya rakyat di negara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengelakkan berlakunya lonjakan kes COVID-19.

Pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi kementeriannya semalam (23 September), Khairy berkata, langkah pembendungan menerusi kaedah pemutus litar (circuit breaker) berkemungkinan dilaksanakan sekiranya sesuatu lokasi merekodkan penularan jangkitan secara luar biasa.

Menurut beliau, pertimbangan berhubung perkara berkenaan belum dimuktamadkan, namun ia dijangka perlu dilaksanakan ketika Malaysia sedang beralih ke fasa praendemik.

Meskipun bakal menjejaskan tahap sosioekonomi dan kesihatan mental, beliau menjelaskan langkah pembendungan mirip Singapura itu akan dilaksanakan dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, pembukaan pusat dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri akan dibenarkan, apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Setakat 22 September 2021, sebanyak 81 peratus atau 18,964,474 individu dewasa negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.

 


Pusat Penilaian COVID-19 (CCAC) Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, Cheras kini lengang tanpa pesakit berikutan kes positif harian COVID-19 bagi Lembah Klang dilaporkan semakin menurun. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan kumulatif kes 2,156,678, Malaysia kini di tangga 21 daripada 223 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia adalah Peru (2,169,427 kes) dan Ukraine (2,370,425 kes).

Sementara itu, kes pesakit COVID-19 yang sembuh semalam sebanyak 16,628, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,933,716 kes (89.7 peratus) daripada keseluruhan kes COVID-19.

Sebanyak 868 kes COVID-19 dirujuk kepada Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 387 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes kematian akibat COVID-19 dalam negara direkod KKM pada 23 September adalah 116 kes, menjadikan jumlah kematian sebanyak 24,681 kes.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan akhbar mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Corovirus 2019 (COVID-19) di Malaysia semalam, daripada 13,754 kes harian baharu yang dilaporkan semalam, sebanyak 233 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 13,521 kes (98.3 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini, ia masih di bawah kadar 1.0 seperti berikut:-

18 Sept (0.94), 19 Sept (0.92), 20 Sept (0.93), 21 Sept (0.95), 22 Sept (0.92) dan 23 Sept (0.90).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 23 Sept adalah Pahang (1.05), Perlis (1.01) dan Johor (0.99).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Sebahagian bekalan oksigen di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar disediakan sebagai persiapan sekiranya berlaku peningkatan kes harian yang mendadak. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sehingga 23 September 2021, Malaysia mempunyai sebanyak 1,268 kluster masih aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,369 kluster di kesan di negara ini dan 4,101 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 122 kluster baharu (188 kluster baharu pada Rangkuman Minggu lalu 11 Sept-17 Sept 2021). Kluster terbanyak, kluster tempat kerja, 65 kluster (53.3 peratus) dan kluster komuniti 40 kluster (32.8 peratus).

Sementara itu, daripada 13,754 kes harian baharu, sebanyak enam (6) buah negeri mencatat kes harian baharu empat angka, lapan (8) buah negeri tiga angka, sebuah negeri dua angka dan sebuah negeri satu (1) angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1985 kes, Johor 1,913 kes, Sarawak 1,766 kes, Sabah 1,629 kes, Kelantan 1,264 kes dan Pulau Pinang 1,052 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka - Pahang 869 kes, Perak 844, Kedah 783 kes, Terengganu 664 kes, WP Kuala Lumpur 383, Melaka 292 kes, Negeri Sembilan 175 kes dan Perlis 113 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 14 kes.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 8 kes.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (18 Sept -23 Sept 2021)

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

18 Sept 2021 - Daripada 15,549 kes harian yang dilaporkan,

  • 263 kes (1.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

19 Sept 2021 - Daripada 14,954 kes harian yang dilaporkan,

  • 243 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,711 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

20 Sept 2021 - Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan,

  • 212 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

21 Sept 2021 - Daripada 15,759 kes harian yang dilaporkan,

  • 288 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 15,471 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

22 Sept 2021 - Daripada 14,990 kes harian yang dilaporkan,

  • 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,652 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

23 Sept 2021 - Daripada 13,754 kes harian yang dilaporkan,

  •  233 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 13,521 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh:-


Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar ‘pesakit COVID-19’ dari Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) semasa latihan keselamatan kebakaran diadakan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

18 Sept (17,205 kes), 19 Sept (23,469 kes), 20 Sept (16,814 kes), 21 Sept (16,650 kes), 22 Sept (19,702 kes) dan 23 Sept (16,628 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 23 Sept 2021 sebanyak 1,933,716 kes (89.7 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

18 Sept - Kes baharu : 15,549 kes (2,082,876 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 15,544 kes [13,954 warganegara (89.8%); 1,590 bukan warganegara (10.2%)];

19 Sept - Kes baharu : 14,954 kes (2,097,830 kes kumulatif); Kes import : 11 kes (9 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,943 kes [13,580 warganegara (90.9%); 1,363 bukan warganegara (9.1%)];

20 Sept - Kes baharu : 14,345 kes (2,112,175 kes kumulatif); Kes import : 43 kes (27 warganegara; 16 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,302 kes [13,072 warganegara (91.4%); 1,230 bukan warganegara (8.6%)];

21 Sept - Kes baharu : 15,759 kes (2,127,934 kes kumulatif); Kes import :27 kes (11 warganegara; 16 bukan warganegara); Kes tempatan : 15,732 kes [14,279 warganegara (90.8%); 1,453 bukan warganegara (9.2%)];

22 Sept - Kes baharu : 14,990 kes (2,142,924 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 14,985 kes [13,763 warganegara (91.8%); 1,222 bukan warganegara (8.2%)];

23 Sept - Kes baharu : 13,754 kes (2,156,678 kes kumulatif); Kes import : 4 kes (3 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 13,750 kes [12,491 warganegara (90.8%); 1,259 bukan warganegara (9.2%)];

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

18 Sept (324 kes/ BID 70), 19 Sept (376 kes/BID 75), 20 Sept (301 kes/BID 92 kes), 21 Sept (334 kes/BID 84), 22 Sept (487 kes/BID 161) dan 23 Sept (116 kes/BID 29).

*Jumlah kes kematian sehingga 23 September 2021 sebanyak 24,681 kes.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-


Suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech diberikan kepada pelajar sekolah dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja terhadap kumpulan remaja berusia 12 -17 tahun di Management and Science University (MSU) Shah Alam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

18 Sept - 16 kluster (10 kluster tempat kerja, kluster komuniti 4 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2);

19 Sept - 19 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 4, kluster pusat tahanan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

20 Sept - 23 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster import 1);

21 Sept - 23 kluster (kluster tempat kerja 9, kluster komuniti 9, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pendidikan 2);

22 Sept - 26 kluster (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 7, kluster pendidikan 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

23 Sept - 15 kluster (kluster tempat kerja 7 dan kluster komuniti 8).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 231,385,937 (Rangkuman Minggu lalu 227,951,739 kes) dengan 4,742,562 kematian (Minggu lalu 4,686,522 kematian) . Kes pesakit sembuh 208,052,756 kes (minggu lalu 200,774,214 kes).

 Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis, Turki, Iran, Argentina dan Colombia.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 43,532,491 kes (702,978 kematian);

India 33,593,492 kes (446,399 kematian);

Brazil 21,308,178 kes (593,018 kematian);

United Kingdom 7,565,867 kes (135,803 kematian);

Rusia 7,354,995 kes (201,445 kematian);

Perancis 6,977,722 kes (116,371 kematian);

Turki 6,960,297 kes (62,524 kematian);

Iran 5,493.591 kes (118,508 kematian);

Argentina 5,246,998 kes (114,772 kematian);

Colombia 4,946,811 kes (126,032 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 110 dengan 95,948 kes dan 4,636 kematian.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 108 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 - 4,201,559 kes (141,114 kematian);

Filipina di tangga 18 - 2,434,753 kes (37,405 kematian);

Thailand di tangga 29 - 1,537,310 kes (16,016 kematian);

Vietnam di tangga 46 - 728,435 kes (18,017 kematian);

Myanmar di tangga 62 - 453,407 kes (17,343 kematian);

Kampuchea di tangga 107 - 106,619 kes (2,176 kematian);

Singapura di tangga 114 - 82,860 kes (70 kematian);

Laos di tangga 144 - 20,646 (16 kematian);

Brunei di tangga 181 - 5,586 kes (31 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

 

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan