RENCANA

COVID-19: PESAKIT KRITIKAL DAN PERLU RAWATAN DALAM KES HARIAN BAHARU BAWAH 3 PERATUS

14/08/2021 07:13 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Ogos hingga pukul 8:30mlm 13 Ogos 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 206 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.3 juta. Lebih 185 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di sebalik ledakan kes harian baharu COVID-19 sebanyak 21,468 kes hari ini, hanya 670 kes atau 3.1 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Sebanyak 20,798 kes lagi atau 96.9 peratus daripada jumlah kes baharu itu termasuk dalam kategori 2 (gejala ringan) dan 1 (tiada gejala).

Semalam (12 Ogos), daripada 21,668 kes harian baharu, hanya 440 kes atau 2.1 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4, dan 5.

Selebihnya, sebanyak 21,228 atau 97.9 peratus tergolong dalam kategori 2 (gejala ringan) dan 1 (tiada gejala).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar KKM mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia hari ini, data berkenaan berdasarkan keadaan kritikal pesakit semasa didiagnosa COVID-19.

Menurut beliau, ada pesakit yang kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan dan ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak 2,703 kes (12.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap divaksinasi (iaitu yang lengkap dua minggu tempoh selepas dos kedua vaksin).

Sementara itu, sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 13 Ogos 2021, Malaysia menanggung sebanyak 241,187 kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan, sementara kes kumulatif meningkat kepada 1,363,683 kes.

 


Beberapa buah negeri di Malaysia telah memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan yang memberikan kelonggaran kepada penduduk di Malaysia yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk melakukan aktiviti harian. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia merekod angka kes harian baharu tertinggi pada 12 Ogos (21,668 kes). Kes tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 11 Ogos (20,780 kes), 6 Ogos (20,889 kes) dan 5 Ogos (20,596 kes).

Sebanyak 277 lagi kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian negara sebanyak 11,968 (0.88 peratus).

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (7 Ogos - 13 Ogos 2021), kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:-

7 Ogos (19,257 kes), 8 Ogos (18,688 kes), 9 Ogos (17,236 kes), 10 Ogos (19,991 kes), 11 Ogos (20,780 kes), 12 Ogos (21,668 kes) dan 13 Ogos (21,468 kes).

Sehingga hari ini (13 Ogos), terdapat sebanyak 1,293 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,120 kluster dan 2,827 daripadanya, ditamatkan.

Sementara itu, sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 257 kluster baharu. Dua kluster iaitu kluster tempat kerja dan kluster komuniti mencatat angka terbanyak. Kluster tempat kerja sebanyak 142 kluster (55.2 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 82 kluster (32.0 peratus).

Unit Rawatan Rapi (ICU) kini mengendalikan sebanyak 1,075 kes COVID-19 dan sebanyak 537 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 1,363,683 kes kumulatif, Malaysia di tangga 27 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Bangladesh (1,396,868 kes) dan Kanada (1,447,446 kes).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Orang ramai menunggu giliran bagi menerima suntikan vaksin secara jumpa terus tanpa temu janji atau ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 8 Ogos beberapa kemudahan kepada penerima vaksinasi lengkap yang memenuhi kriteria berikut:-

a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), individu berkenaan mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mesti melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Antara kemudahan termasuk:-

*Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

* Pasangan suami isteri jarak jauh yang mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

*Kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya. Antaranya rentas daerah dan aktiviti dine-in DIBENARKAN

 


Pelanggan boleh memilih tarikh dan lokasi Pejabat Pos Malaysia untuk membuat janji temu urusan pembaharuan cukai jalan atau lesen kenderaan menerusi AskPos di www.pos.com.my. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, berdasarkan kenyataan akhbar KKM mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) Di Malaysia hari ini (13 Ogos), daripada sebanyak 21,468 kes harian baharu, tujuh negeri mencatat kes harian baharu empat angka, enam negeri mencatat kes tiga angka dan dua negeri mencatat kes dua angka dan satu negeri mencatat, satu angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Selangor 7,449 kes, WP Kuala Lumpur 2,183 kes, Kedah 1,807 kes, Sabah 1,654 kes, Johor 1,485 kes, Pulau Pinang 1,316 kes dan Kelantan 1,088 kes.

Kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 974 kes, Perak 940 kes, Melaka 723 kes, Sarawak 715 kes, Pahang 572 kes dan Terengganu 440 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 66 kes dan Perlis 50 kes.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 6 kes.

 

Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

7 Ogos (1.08), 8 Ogos (1,07), 9 Ogos (1.06), 10 Ogos (1.07),11 Ogos (1.06), 12 Ogos (1.05) dan 13 Ogos (1.05).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 11 Ogos adalah Perlis 1.41, Kelantan 1.18 dan Pulau Pinang 1.18.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (7 Ogos - 13 Ogos 2021)


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (7 Ogos - 13 Ogos 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rekod kes sembuh:-

7 Ogos (16,323 kes), 8 Ogos (17,055 kes), 9 Ogos (15,187 kes), 10 Ogos (16,258 kes), 11 Ogos (17,973 kes), 12 Ogos (17,687 kes) dan 13 Ogos (17,025 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 13 Ogos 2021 - 1,110,528 kes (81.4 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

7 Ogos - 19,257 kes (1,243,852 kes kumulatif);Kes tempatan : 19,241 kes [15,893 warganegara (82.6%); 3,348 bukan warganegara (17.4%)]; Kes import : 16 kes (10 warganegara, 6 bukan warganegara);

8 Ogos - 18,688 kes (1,262,540 kes kumulatif); Kes tempatan : 18,678 kes [15,755 warganegara (84.4%); 2,923 bukan warganegara (15.6%)]; Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);

9 Ogos - 17,236 kes (1,279,776 kes kumulatif); Kes tempatan : 17,207 kes [14,437 warganegara (83.9%); 2,770 bukan warganegara (16.1%)]; Kes import : 29 kes (17 warganegara, 12 bukan warganegara);

10 Ogos - 19,991 kes (1,299,767 kes kumulatif); Kes tempatan : 19,991 kes [16,563 warganegara (82.9%); 3,428 bukan warganegara (17.1%)]; Kes import : Tiada kes;

11 Ogos - 20,780 kes (1,320,547 kes kumulatif); Kes tempatan : 20,765 kes [17,383 warganegara (83.7%); 3,382 bukan warganegara (16.3%)]; Kes import : 15 kes (5 warganegara, 10 bukan warganegara);

12 Ogos - 21,668 kes (1,342,215 kes kumulatif); Kes tempatan : 21,610 kes [18,332 warganegara (84.8%); 3,278 bukan warganegara (15.2%)]; Kes import : 58 kes (20 warganegara, 38 bukan warganegara);

13 Ogos - 21,468 kes (1,363,683 kes kumulatif); Kes tempatan : 21,443 kes [17,584 warganegara (82.0%); 3,859 bukan warganegara (18.0%)]; Kes import : 25 kes (18 warganegara, 7 bukan warganegara).

 

Rekod kes kematian:-


Petugas kesihatan yang lengkap memakai alat perlindungan diri (PPE) mengusung mayat pesakit positif COVID-19 untuk dikebumikan ketika tinjauan di Tanah Perkuburan Kristian Klang. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

 

7 Ogos - 210 kes (10,389 kes kumulatif, 0.83%; 177 warganegara, 33 bukan warganegara); BID 34 kes (22 warganegara, 12 bukan warganegara)];

8 Ogos - 360 kes [10,749 kes kumulatif, 0.85%; 296 warganegara, 64 bukan warganegara; BID 85 kes (56 warganegara; 29 bukan warganegara)];

9 Ogos - 212 kes [10,961 kes kumulatif, 0.86%; 186 warganegara, 26 bukan warganegara; BID 16 kes (14 warganegara; 2 bukan warganegara)];

10 Ogos - 201 kes [11,162 kes kumulatif, 0.86%; 163 warganegara, 38 bukan warganegara; BID 34 kes (13 warganegara; 21 bukan warganegara)];

11 Ogos - 211 kes [11,373 kes kumulatif, 0.86%; 184 warganegara, 27 bukan warganegara; BID 16 kes (10 warganegara; 6 bukan warganegara)];

12 Ogos - 318 kes [11,691 kes kumulatif, 0.87%; 256 warganegara, 62 bukan warganegara; BID 93 kes (57 warganegara; 36 bukan warganegara)].

13 Ogos - 277 kes [11,968 kes kumulatif, 0.88%; 222 warganegara, 55 bukan warganegara; BID 96 kes (65 warganegara; 31 bukan warganegara)];

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

* kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan

7 Ogos - 36 kluster baharu, 9 daripadanya di Kelantan (18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, 1 kluster pusat tahanan, 1 kluster pendidian, 1 kluster keagamaan);

*kluster tempat kerja, Industri Kundang Sepertiga (Gombak, Selangor) - 148 kes.

8 Ogos - 39 kluster baharu, 7 daripadanya di Kelantan (18 kluster tempat kerja, 15 kluster komuniti, 2 kluster pusat tahanan, 2 kluster kumpulan berisiko tinggi, 1 kluster keagamaan dan 1 kluster pendidikan);

*kluster tempat kerja, Buki Tengah 2 (Terengganu) - 126 kes.

9 Ogos - 36 kluster baharu, 10 daripadanya masing-masing di Kelantan dan di Johor (19 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, 2 kluster pusat tahanan, 1 kluster kumpulan berisiko tinggi dan 1 kluster keagamaan);

*kluster pusat tahanan, Tembok Bukit Mertajam 2 (Pulau Pinang) - 114 kes.

10 Ogos - 29 kluster baharu, 6 daripadanya masing-masing di Kelantan dan di Selangor (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 8, kluster keagamaan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 3)

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Bukit OUG (Lembah Pantai & Cheras) - 113 kes.

11 Ogos - 31 kluster baharu, 9 daripadanya di Kelantan (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 11 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Anggun (Johor Bahru) - 218 kes.

*kluster tmpat kerja, Industri Solar Valley, (Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin) - 138 kes.

12 Ogos - 45 kluster baharu, (kluster tempat kerja 30, kluster komuniti 11 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 2).

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Panglima Hitam (Klang, Selangor) - 122 kes.

13 Ogos - 41 kluster baharu, (kluster tempat kerja 22, kluster komuniti 9, kluster kumpulan berisiko tinggi 8 dan kluster pendidikan 2).

*kluster tempat kerja, Industri Lingkaran Mohamed Satu (Selangor) - 212

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 206,390,042 (Rangkuman Mingguan lalu sebanyak 201,877,094 kes) dengan 4,350,690 kematian (minggu lalu 4,284,424 kematian). Kes pesakit sembuh 185,202,642 (minggu lalu 181,607,067 kes).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 37,203,649 kes (636,298 kematian);

India 32,177,826 kes (430,285 kematian);

Brazil 20,285,067 kes (566,988 kematian);

Rusia 6,557,068 kes (168,864 kematian);

Perancis 6,398,983 kes (112,487 kematian);

United Kingdom 6,179,506 kes (130,701 kematian);

Turki 6,018,485 kes (52,703 kematian);

Argentina 5,066,253 kes (108,569 kematian);

Colombia 4,856,595 kes (123,097 kematian);

Sepanyol 4,677,883 kes (82,407 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 94,260 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 - 3,774,155 kes (113,664 kematian);

Filipina di tangga 22 - 1,713,302 kes (29,838 kematian);

Thailand di tangga 35 - 863,189 kes (7,126 kematian);

Myanmar di tangga 66 - 344,730 kes (12,667 kematian);

Vietnam di tangga 80 - 246,568 kes (4,813 kematian);

Kampuchea di tangga 109 - 84,262 kes (1,654 kematian);

Singapura di tangga 115 - 66,061 kes (43 kematian);

Laos di tangga 166 - 9,363 kes (9 kematian);

Brunei di tangga 203 - 543 kes (3 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan