BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
RENCANA

COVID-19: LEDAKAN KES DI SELANGOR DAN WPKL, KES AKTIF HAMPIR 150 RIBU

24/07/2021 07:07 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Julai hingga pukul 8:30mlm 23 Julai 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 980 ribu. Di peringkat global, lebih 193 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4 juta. Lebih 175 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuhPandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bermula dengan tiga kes pertama yang dikesan pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China, Malaysia kini semakin hampir mencatat sejuta kes kumulatif COVID-19. 

Ledakan kes harian baharu sebanyak 15,573 hari ini (Jumaat 23 Julai), yang tertinggi setakat ini, melonjakkan kes kumulatif negara kepada 980,491!

Malaysia turut terbeban dengan sebanyak 147,386 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19.

Sejak pertama kali mencatat kes harian baharu lima angka pada 13 Julai (11,079 kes) dan berikutnya pada 14 Julai (11,618 kes), Malaysia terus dibebani kes harian lima angka sehingga hari ini.  Kes harian baharu tertinggi sebanyak 13,215 sebelum ini dicatat pada 15 Julai lepas.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (17 julai hingga 23 Julai) ini, kes harian baharu yang dilaporkan seperti berikut:- 

17 Julai (12,528 kes), 18 Julai ( 10,710 kes), 19 Julai (10,972 kes), 20 Julai (12,366 kes), 21 Julai ( 11,985 kes ), 22 Julai (13,034 kes) dan 23 Julai (15,573).

Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Negeri Sembilan terus menyumbang jumlah kes harian baharu yang banyak hari ini.

Selangor mencatat 7,672 kes (tertinggi setakat ini), WPKL 2,063 kes dan Negeri Sembilan 682 kes. Ketiga-tiga negeri ini menyumbang sebanyak 10,417 kes atau 66.9 peratus daripada 15,573 kes harian baharu hari ini.


Pekerja kilang melakukan tugasan pembungkusan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di Kilang Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Shah Alam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut adalah kes harian baharu untuk Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikumpul bagi tujuan Rangkuman Mingguan Bernama ini:-

Selangor - 17 Julai (4,985 kes), 18 Julai (4,828 kes), 19 Julai (4,404 kes), 20 Julai (5,524 kes), 21 Julai (5,550 kes), 22 Julai (6,049 kes) dan 23 Julai (7,672 kes).

WP Kuala Lumpur - 17 Julai (1,740 kes), 18 Julai (945 kes), 19 Julai (609 kes), 20 Julai (1,580 kes), 21 Julai (1,174 kes), 22 Julai (1,611 kes) dan 23 Julai (2,063 kes).

Negeri Sembilan - 17 Julai (1,280 kes), 18 Julai (771 kes), 19 Julai (1,340 kes), 20 Julai (970 kes), 21 Julai (745 kes), 22 Julai (711 kes) dan 23 Julai (682 kes).

Malaysia turut dibebani 958 kluster aktif setakat 23 Julai 2021. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod di negara ini sebanyak 3,391 kluster dan 2,433 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini, kluster tempat kerja paling banyak dilaporkan iaitu 106 atau 57.0 peratus daripada 186 kluster yang dilaporkan sepanjang tempoh itu.

Jumlah pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 939 orang dan 456 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes tertinggi di ICU dicatat pada 13 Julai iaitu 972 kes.

Sebanyak 144 lagi  kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 7,718 kes (0.79 peratus). Jumlah kes kematian tertinggi direkod pada 21 Julai iaitu 199 kes (173 warganegara dan 26 bukan warganegara).

Dengan 980,491 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 31 (tangga 32 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Pakistan (1,000,034 kes) dan Romania (1,082,057 kes).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Varian Baharu Delta. Sumber: KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook beliau hari ini memaklumkan, sebanyak 119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2, kesemuanya Variant of Concern (VOC) dikesan dalam negara.

Pecahan VOC berkenaan - 106 kes varian Delta (B.1.617.2); 10 kes varian Beta (B.1.351); dan tiga (3) kes varian Alpha (B.1.1.7).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 429 kes iaitu 409 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh adalah antara perkara yang sedang diperhalusi untuk dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada menyatakan, kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Hospital Selayang menjadi hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat COVID-19 sepenuhnya, berkuatkuasa Rabu 21 Julai, selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

 

Berikut senarai negeri dengan kes harian baharu COVID-19 berdasarkan perincian KKM untuk  15,573 kes harian baharu:-  

Kes harian baharu empat angka - Selangor 7,672 kes dan WP Kuala Lumpur 2,063 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka - Kedah 937 kes, Johor 722 kes, Negeri Sembilan 682 kes, Pulau Pinang 530 kes, Sabah 516 kes, Sarawak 461 kes, Pahang 457 kes, Melaka 452 kes, Perak 415 kes, Kelantan 372 kes dan Terengganu 229 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 41 kes dan WP Labuan 21 kes.

Kes harian baharu satu angka - Perlis 3 kes.

 


Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin pada sidang media berkata, penerima vaksin kini dibenarkan merakam gambar dan video semasa proses suntikan vaksinasi dilakukan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berdasarkan catatan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook peribadinya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini menunjukkan penurunan yang menggalakkan (paras tertinggi 1.20 pada 15 Julai 2021), seperti berikut:-

17 Julai (1.18), 18 Julai (1.15), 19 julai (1.14), 20 Julai (1.12), 21 Julai (1.09) dan 22 Julai (1.07).

Bagaimanapun, ro/rt untuk seluruh negara kembali meningkat pada 23 Julai 2021 kepada 1.09, seperti catatan Dr Noor Hisham di Facebook beliau.

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 23 Julai adalah Terengganu 1.37, Kedah 1.23 dan Pulau Pinang 1.22.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (17 Julai -  23 Julai 2021)


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (17 Julai - 23 Julai 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rekod kes sembuh:-

17 Julai (6,629 kes), 18 Julai  (5,778 kes), 19 Julai (6,439 kes), 20 Julai (7,567 kes), 21 Julai (7,902 kes), 22 Julai (8,436 kes) dan 23 Julai (10,094 kes).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

17 Julai - Kes baharu : 12,528  kes (905,851 kes kumulatif); Kes tempatan : 12,509 kes [9,848 warganegara (78.7%);  2,661 bukan warganegara (21.3%)]; Kes import : 19 kes (13 warganegara, 6 bukan warganegara);

18 Julai - Kes baharu : 10,710  kes (916,561 kes kumulatif); Kes tempatan : 10,698 kes [8,579 warganegara (80.2%);  2,119 bukan warganegara (19.8%)]; Kes import : 12 kes (6 warganegara, 6 bukan warganegara);

19 Julai - Kes baharu : 10,972 kes (927,533 kes kumulatif);Kes tempatan : 10,924 kes [8,950 warganegara (81.9%);  1,974 bukan warganegara (18.1%)]; Kes import : 48 kes (28 warganegara, 20 bukan warganegara);

20 Julai - Kes baharu : 12,366 kes (939,899 kes kumulatif); Kes tempatan : 12,358 kes [10,002 warganegara (80.9%);  2,356 bukan warganegara (19.1%)]; Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);

21 Julai - Kes baharu : 11,985 kes (951,884 kes kumulatif); Kes tempatan : 11,978 kes [10,445 warganegara (87.2%);  1,533 bukan warganegara (12.8%)]; Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);

22 Julai - Kes baharu : 13,034 kes (964,918 kes kumulatif);Kes tempatan : 13,009 kes [11,446 warganegara (88.0%);  1,563 bukan warganegara (12.0%)]; Kes import : 25 kes (19 warganegara, 6 bukan warganegara);

23 Julai - Kes baharu : 15,573 kes (980,491 kes kumulatif); Kes tempatan : 15,541 kes; [13,395 warganegara (86.2%);  2,146 bukan warganegara (13.8%)]; Kes import : 32 kes; (12 warganegara, 20 bukan warganegara);

 

Rekod kes kematian:-

17 Julai - Kes kematian : 138 kes (6,866 kes kumulatif, 0.76%; 128 warganegara, 10 bukan warganegara);BID 18.

18 Julai -Kes kematian : 153 kes (7,019 kes kumulatif, 0.77%; 125 warganegara, 28 bukan warganegara);BID 24.

19 Julai -Kes kematian : 129 kes (7,148 kes kumulatif, 0.77%; 118 warganegara, 11 bukan warganegara);BID 13.

20 Julai - Kes kematian : 93 kes (7,241 kes kumulatif, 0.77%; 91 warganegara, 2 bukan warganegara);BID 10.

21 Julai - Kes kematian : 199 kes *tertinggi setakat ini (7,440 kes kumulatif, 0.78%; 173 warganegara, 26 bukan warganegara);BID 33.

22 Julai - Kes kematian : 134 kes (7,574 kes kumulatif, 0.79%; 119 warganegara, 15 bukan warganegara);BID 22.

23 Julai - Kes kematian : 144 kes (7,718 kes kumulatif, 0.79%) BID 8.

 

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-


Jururawat menunjukkan picagari yang mengandungi vaksin kepada penerima vaksin sebelum melakukan suntikan pada Program Suntikan Vaksinasi Outreach anjuran Petronas Cubprix di Felda Besout, Tanjung Malim. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

* kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan

 

17 Julai - 28 kluster baharu (kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 1); 

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Batu View (Kepong, WPKL)-141 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Awan Besar (Lembah Pantai, WPKL)-270 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Lot 11 Tangga Batu (Melaka) - 150 kes positif COVID-19.

18 Julai - 17 kluster baharu (kluster tempat kerja 10, kluster komuniti 5, kluster pusat tahanan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

*kluster pusat tahanan Tembok Tawau Dua (Tawau, Sabah) - 159 kes positif COVID-19.

19 Julai - 31 kluster baharu (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pusat tahanan 2 dan kluster import 1);

*kluster tempat kerja Industri Jalan Seelong (Kulai, Johor) - 191 kes positif COVID-19.

20 Julai - 18 kluster baharu (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1); 

*kluster tempat kerja Industri Jalan haji Sirat (Selangor) - 140 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Persiaran Subang (Selangor) - 107 kes positif COVID-19.

*kluster kumpulan berisiko tinggi (Pahang) - 101 kes positif COVID-19.

21 Julai - 30 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster keagamaan 2 dan kluster pendidikan 1); 

*kluster tempat kerja Lorong Bukit Enam (Cheras, WPKL) - 95 kes positif COVID-19.

22 Julai - 32 kluster baharu (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 7, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 2).

*kluster tempat kerja Industri Teratai (Selangor) - 255 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Jalan Sungai (Selangor) - 164 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Jalan Bangi (Selangor) - 159 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Merah Caga (Cheras, WPKL) - 105 kes positif COVID-19

*kluster tempat kerja Dah Perusahaan Lima Industri Kulim (Kedah) - 118 kes positif COVID-19

*kluster komuniti Abu Bengang (Saratok, Sarawak) - 131 kes positif COVID-19

23 Julai - 30 kluster baharu (kluster tempat kerja 8, kluster komuniti 16, kluster pendidikan 1, kluster keagamaan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 4).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 193,558,569 (Rangkuman Minggu lalu 189,888,496 kes) dengan 4,154,549 kematian (minggu lalu 4,085,912 kematian). Kes pesakit sembuh 175,838,271 (minggu lalu 173,251,811).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Russia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Itali.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 35,213,594 kes (626,172 kematian);

India 31,293,062 kes (419,502 kematian);

Brazil 19,524,092 kes (547,134 kematian);

Rusia 6,078,522 kes (152,296 kematian);

Perancis 5,933,510 kes (111,565 kematian);

Turki 5,563,903 kes (50,761 kematian);

United Kingdom 5,602,321 kes (128,980 kematian);

Argentina 4,812,351 (103,074 kematian);

Colombia 4,692,570 kes (117,836 kematian);

Itali 4,302,393 (127,920 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 105 dengan 92,462 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 100 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 -  3,082,410 kes (80,598 kematian);

Filipina di tangga 23 - 1,537,097 kes (26,891 kematian); 

Thailand di tangga 49 - 467,707 kes (3,811 kematian);

Myanmar di tangga 78 - 253,364 kes (6,133 kematian);

Vietnam di tangga 109 - 78,269 kes (370 kematian)

Kampuchea di tangga 112 - 71,244 kes (1,222 kematian);

Singapura di tangga 113 - 63,924 kes (36 kematian);

Laos di tangga 178 - 4,342 kes ( 5 kematian); 

Brunei di tangga 204 - 311 kes ( 3 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

 

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.  

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2). 

Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- BERNAMA


 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan