BERITA COVID–19   Fasa endemik: Menteri terlibat diminta teliti SOP | Kanak-kanak lelaki dua tahun, dikesan kes indeks Kluster Lungkidau di Sabah | PKPD di tiga lokaliti di Sabah, Pahang - MKN | COVID: Tiga kluster baharu diisytihar di Sarawak | Remaja berusia lingkungan 12 hingga 15 tahun di Sarawak akan divaksin mulai Khamis ini | 
RENCANA

COVID-19: Kes Kumulatif Hampir Sejuta, Kes Aktif Lebih 142 Ribu

23/07/2021 02:30 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Julai hingga pukul 12:00 tgh 23 Julai 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 960 ribu. Di peringkat global, lebih 193 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4 juta. Lebih 175 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bermula dengan tiga kes pertama koronavirus (2019-nCoV) melibatkan tiga warga China yang dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020, kes kumulatif koronavirus maut COVID-19 Malaysia kini hampir mencecah angka sejuta.

Setakat pukul 12 tengah hari semalam (Khamis 22 Julai), kes kumulatif melonjak kepada 964,918 apabila negara mencatat sebanyak 13,034 kes harian baharu. Kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 142,051 kes!

Malaysia terus dibebani kes harian lima angka sehingga semalam, sejak pertama kali mencatat kes harian baharu lima angka pada 13 Julai (11,079 kes) dan berikutnya pada 14 Julai (11,618 kes). Pada 15 Julai, sebanyak 13,215 kes harian baharu dilaporkan!

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (17 julai hingga 22 Julai) ini, angka kes harian baharu dalam negara adalah seperti berikut:-

17 Julai (12,528 kes), 18 Julai (10,710 kes), 19 Julai (10,972 kes), 20 Julai (12,366 kes), 21 Julai (11,985 kes) dan 22 Julai (13,034 kes).


Pihak berkuasa memasang kawat duri di kawasan perkampungan Sungai Isap, Kuantan selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selepas kes COVID-19 meningkat di kawasan tersebut. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiga serangkai, iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Negeri Sembilan terus menyumbang jumlah kes yang besar dan seterusnya melonjakkan jumlah kes harian baharu semalam.

Selangor merekod 6,049 kes, WPKL 1,611 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 711 kes. Ketiga-tiga negeri ini menyumbang sebanyak 8,371 kes atau 64.22 peratus daripada 13,034 kes harian baharu semalam.

Berikut adalah kes harian baharu untuk Selangor, Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikumpul bagi tujuan Rangkuman Mingguan Bernama ini:-

Selangor - 17 Julai (4,985 kes), 18 Julai (4,828 kes), 19 Julai (4,404 kes), 20 Julai (5,524 kes), 21 Julai (5,550 kes) dan 22 Julai (6,049 kes).

WP Kuala Lumpur - 17 Julai (1,740 kes), 18 Julai (945 kes), 19 Julai (609 kes), 20 Julai (1,580 kes), 21 Julai (1,174 kes) dan 22 Julai (1,611 kes).

Negeri Sembilan - 17 Julai (1,280 kes), 18 Julai (771 kes), 19 Julai (1,340 kes), 20 Julai (970 kes), 21 Julai (745 kes) dan 22 Julai (711 kes).

Di samping kes harian baharu yang tinggi, Malaysia turut dibebani 946 kluster aktif setakat 22 Julai 2021. Secara keseluruhannya, jumlah kluster yang direkod di negara ini sebanyak 3,361 kluster dan 2,415 daripadanya, ditamatkan.


Imam Masjid Negeri, Afif Aisar Ahmad (tengah) mengimamkan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 32 kluster baharu yang dilaporkan semalam, kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 7, kluster pendidikan 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2.

Kluster tempat kerja paling banyak dilaporkan sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (17 Julai hingga 22 Julai 2021), iaitu 98 kluster atau 62.8 peratus daripada 156 kluster yang dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Jumlah pesakit COVID-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 938 orang dan 459 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes tertinggi di ICU dicatat pada 13 Julai iaitu 972 kes.

Sebanyak 134 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 7,574 (0.79 peratus). Jumlah kes kematian tertinggi direkod pada 21 Julai iaitu 199 kes (173 warganegara dan 26 bukan warganegara).

Dengan 964,918 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 31 (tangga 32 rangkuman mingguan lepas) dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Pakistan (998,609 kes) dan Romania (1,081,953 kes).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Penduduk (kanan) mengambil juadah raya yang dihantar saudaranya sambil bertanya khabar yang dihadang pagar kawat berduri berdekatan lampu isyarat Kampung Sungai Soi, Kuantan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Antara kelonggaran yang mungkin diberi kepada pasangan dan ibu bapa jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 ialah mereka mungkin akan dibenarkan merentas negeri untuk bertemu keluarga mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan berkata, kelonggaran bertemu keluarga jarak jauh adalah antara perkara yang sedang diperhalusi untuk dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada menyatakan, kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Hospital Selayang menjadi hospital ketiga di Selangor berstatus hospital merawat COVID-19 sepenuhnya selepas Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.

Pertukaran status daripada hospital hibrid COVID-19 kepada hospital merawat COVID-19 sepenuhnya berkuat kuasa Rabu 21 Julai dan pengumuman ini dimaklumkan melalui satu kemas kini dalam laman Facebook rasmi hospital berkenaan semalam.

Sementara itu, senarai negeri dengan catatan kes harian baharu COVID-19 berdasarkan perincian KKM untuk 13,034 kes harian baharu, adalah seperti berikut:-

Negeri yang mencatat kes harian baharu empat angka - Selangor 6,049 dan WP Kuala Lumpur 1,611 kes.


Empat lokaliti di Negeri Sembilan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 1 Ogos depan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - Johor 791, Negeri Sembilan 711, Kedah 701, Sarawak 644, Sabah 497, Terengganu 391, Pulau Pinang 371, Melaka 353, Perak 284, Pahang 261, Kelantan 240 dan WP Putrajaya 100.

Negeri yang mencatat kes harian baharu dua angka - WP Labuan 24

Negeri yang mencatat kes harian baharu satu angka - Perlis 6

Sementara itu, berdasarkan catatan Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook peribadinya, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini menunjukkan penurunan yang menggalakkan (paras tertinggi 1.20 pada 15 Julai 2021), seperti berikut:-

17 Julai (1.18), 18 Julai (1.15), 19 julai (1.14), 20 Julai (1.12), 21 Julai (1.09) dan 22 Julai (1.07).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 22 Julai adalah Terengganu 1.44, Kedah 1.22 dan WP Putrajaya 1.22.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (17 Julai - 22 Julai 2021)


Konsentrator oksigen siap sedia untuk digunakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Putrajaya sebagai langkah siap siaga hadapi peningkatan pesakit kategori 3 dan 4. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Rekod kes sembuh:-

17 Julai (6,629 kes), 18 Julai (5,778 kes), 19 Julai (6,439 kes), 20 Julai (7,567 kes), 21 Julai (7,902 kes) dan 22 Julai (8,436 kes).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

17 Julai - Kes baharu : 12,528 kes (905,851 kes kumulatif); Kes tempatan : 12,509 kes [9,848 warganegara (78.7%); 2,661 bukan warganegara (21.3%)]; Kes import : 19 kes (13 warganegara, 6 bukan warganegara);

18 Julai - Kes baharu : 10,710 kes (916,561 kes kumulatif); Kes tempatan : 10,698 kes [8,579 warganegara (80.2%); 2,119 bukan warganegara (19.8%)]; Kes import : 12 kes (6 warganegara, 6 bukan warganegara);

19 Julai - Kes baharu : 10,972 kes (927,533 kes kumulatif);Kes tempatan : 10,924 kes [8,950 warganegara (81.9%); 1,974 bukan warganegara (18.1%)]; Kes import : 48 kes (28 warganegara, 20 bukan warganegara);

20 Julai - Kes baharu : 12,366 kes (939,899 kes kumulatif); Kes tempatan : 12,358 kes [10,002 warganegara (80.9%); 2,356 bukan warganegara (19.1%)]; Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);

21 Julai - Kes baharu : 11,985 kes (951,884 kes kumulatif); Kes tempatan : 11,978 kes [10,445 warganegara (87.2%); 1,533 bukan warganegara (12.8%)]; Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara);

22 Julai - Kes baharu : 13,034 kes (964,918 kes kumulatif);Kes tempatan : 13,009 kes [11,446 warganegara (88.0%); 1,563 bukan warganegara (12.0%)]; Kes import : 25 kes (19 warganegara, 6 bukan warganegara);

 

Rekod kes kematian:-

17 Julai - Kes kematian : 138 kes (6,866 kes kumulatif, 0.76%; 128 warganegara, 10 bukan warganegara); BID 18.

18 Julai -Kes kematian : 153 kes (7,019 kes kumulatif, 0.77%; 125 warganegara, 28 bukan warganegara); BID 24.

19 Julai -Kes kematian : 129 kes (7,148 kes kumulatif, 0.77%; 118 warganegara, 11 bukan warganegara); BID 13.

20 Julai - Kes kematian : 93 kes (7,241 kes kumulatif, 0.77%; 91 warganegara, 2 bukan warganegara); BID 10.

21 Julai - Kes kematian : 199 kes *tertinggi setakat ini (7,440 kes kumulatif, 0.78%; 173 warganegara, 26 bukan warganegara); BID 33.

22 Julai -Kes kematian : 134 kes (7,574 kes kumulatif, 0.79%; 119 warganegara, 15 bukan warganegara); BID 22.

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-


Pasar Awam Kajang akan ditutup sementara sehingga 2 Ogos 2021 bagi memberi laluan kepada proses sanitasi dan nyahkuman di seluruh kawasan pasar. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

* kluster yang mencatat kes positif COVID-19 yang banyak ketika diumumkan

 

17 Julai - 28 kluster baharu (kluster tempat kerja 19, kluster komuniti 6, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 1);

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Batu View (Kepong, WPKL)-141 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Awan Besar (Lembah Pantai, WPKL)-270 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Lot 11 Tangga Batu (Melaka) - 150 kes positif COVID-19.

 

18 Julai - 17 kluster baharu (kluster tempat kerja 10, kluster komuniti 5, kluster pusat tahanan 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

*kluster pusat tahanan Tembok Tawau Dua (Tawau, Sabah) - 159 kes positif COVID-19.

 

19 Julai - 31 kluster baharu (kluster tempat kerja 18, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster pusat tahanan 2 dan kluster import 1);

*kluster tempat kerja Industri Jalan Seelong (Kulai, Johor) - 191 kes positif COVID-19.

 

20 Julai - 18 kluster baharu (kluster tempat kerja 13, kluster komuniti 2, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pusat tahanan 1);

*kluster tempat kerja Industri Jalan haji Sirat (Selangor) - 140 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Persiaran Subang (Selangor) - 107 kes positif COVID-19.

*kluster kumpulan berisiko tinggi (Pahang) - 101 kes positif COVID-19.

 

21 Julai - 30 kluster baharu (kluster tempat kerja 17, kluster komuniti 8, kluster kumpulan berisiko tinggi 2, kluster keagamaan 2 dan kluster pendidikan 1);

*kluster tempat kerja Lorong Bukit Enam (Cheras, WPKL) - 95 kes positif COVID-19.

 

22 Julai - 32 kluster baharu (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 7, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 2).

*kluster tempat kerja Industri Teratai (Selangor) - 255 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Jalan Sungai (Selangor) - 164 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Industri Jalan Bangi (Selangor) - 159 kes positif COVID-19.

*kluster tempat kerja Tapak Bina Jalan Merah Caga (Cheras, WPKL) - 105 kes positif COVID-19

*kluster tempat kerja Dah Perusahaan Lima Industri Kulim (Kedah) - 118 kes positif COVID-19

*kluster komuniti Abu Bengang (Saratok, Sarawak) - 131 kes positif COVID-19

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 193,410,165 (Rangkuman Minggu lalu 189,888,496 kes) dengan 4,151,456 kematian (minggu lalu 4,085,912 kematian). Kes pesakit sembuh 175,724,203 (minggu lalu 173,251,811).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Russia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Itali.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 35,213,594 kes (626,172 kematian);

India 31,291,704 kes (419,502 kematian);

Brazil 19,524,092 kes (547,134 kematian);

Rusia 6,054,711 kes (151,501 kematian);

Perancis 5,933,510 kes (111,565 kematian);

Turki 5,563,903 kes (50,761 kematian);

United Kingdom 5,602,321 kes (128,980 kematian);

Argentina 4,812,351 (103,074 kematian);

Colombia 4,692,570 kes (117,836 kematian);

Itali 4,302,393 (127,920 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 105 dengan 92,462 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 100 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 - 3,033,339 kes (79,032 kematian);

Filipina di tangga 23 - 1,530,266 kes (26,891 kematian);

Thailand di tangga 49 - 467,707 kes (3,811 kematian);

Myanmar di tangga 78 - 253,364 kes (6,133 kematian);

Vietnam di tangga 109 - 78,269 kes (370 kematian)

Kampuchea di tangga 112 - 70,419 kes (1,188 kematian);

Singapura di tangga 113 - 63,791 kes (36 kematian);

Laos di tangga 179 - 4,119 kes (5 kematian);

Brunei di tangga 204 - 311 kes (3 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

 

-- BERNAMA


 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan