RENCANA

COVID-19: MALAYSIA DIBEBANI LEBIH 84 RIBU KES AKTIF, 883 KES DI ICU

04/06/2021 09:59 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Mei hingga pukul 8:30 mlm 4 Jun 2021

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 600 ribu. Di peringkat global, lebih 172 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.7 juta. Lebih 155 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Masuk hari keempat fasa satu Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), negara masih bergelut dengan jumlah kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sehingga mencecah sembilan ribu di samping rekod kes harian kematian meningkat tiga angka.

Sebanyak 7,748 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini (4 Jun), menjadikan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan di negara ini meningkat kepada 84,369 kes, sementara kes kumulatif melepasi paras 600,000 kepada 603,122 kes

Selangor masih mencatat kes harian baharu tertinggi hari ini sebanyak 2,612 kes, dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 851 kes dan Negeri Sembilan 709 kes.

Kes harian baharu tertinggi untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Mei hingga 4 Jun) direkod pada Sabtu 29 Mei iaitu sebanyak 9,020 kes.

Sementara itu, kes kematian menurun kepada dua angka hari ini iaitu 86 kes, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 3,182 kes. Selangor kekal mencatat kes kematian tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Johor 14 dan Negeri Sembilan 13 kes.

Kes kematian tiga angka dilaporkan pada Rabu 2 Jun 2021 iaitu sebanyak 126 kes, memahat sejarah hitam dalam penularan koronavirus maut ini di Malaysia.

Jumlah kematian ni merupakan yang tertinggi sejak wabak COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020. Pada Khamis 3 Jun, sebanyak 103 lagi kes kematian dilaporkan dengan Selangor mencatat kes tertinggi, 26 kes. Pada Sabtu 29 Mei 2021, sebanyak 98 kes kematian dilaporkan.


Petugas Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melakukan kerja-kerja sanitasi awam di sekitar bandaraya bagi mengekang penularan virus COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dipetik berkata, tempoh tiga hingga empat bulan diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 yang sudah merebak luas di negara ini.

Ini ditambah dengan pengesanan varian baharu COVID-19 iaitu Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).

Sehingga 4 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 138 kes.  Daripada jumlah tersebut, 122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan berharap perlaksanaan SPP yang berkuatkuasa 1 Jun hingga 14 Jun (fasa pertama) dapat mengekang penularan ganas COVID-19.

Di bawah SPP, kerajaan menutup penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara kecuali sektor dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

Variant of Concern (VOC) seperti berikut:-

*varian Beta (B.1.351);

*varian Alpha (B.1.1.7); dan

*varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) seperti berikut:-

*varian Theta (P.3);

*varian Eta (B.1.525); dan

*varian Kappa (B.1.617.1)

Berikut adalah rekod kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 29 Mei hingga 4 Jun 2021:-

29 Mei (9,020 kes), 30 Mei (6,999 kes), 31 Mei (6,824 kes), 1 Jun (7,105 kes), 2 Jun (7,703 kes), 3 Jun (8,209 kes) dan 4 Jun (7,748 kes).

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) semakin meningkat, begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan. Setakat Jumaat 4 Jun 2021, sebanyak 883 kes direkod di ICU dan 459 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan 603,122 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 39 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19, mengatasi Emiriah Arab Bersatu (576,947 kes) dan Nepal (576,936 kes).

 

KES KEMATIAN MEMBIMBANGKAN


Sebuah kereta melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX) yang lengang pada waktu malam di hari ketiga pelaksanaan penutupan sektor sosial dan ekonomi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Angka kes kematian COVID-19 di negara ini yang konsisten dua angka dan kemudiannya melonjak tiga angka pada 2 Jun 2021 sebanyak 126 kes sememangnya mencemaskan tambahan dengan lebih 800 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lebih 400 yang memerlukan bantuan pernafasan..

Rekod kes kematian sebanyak 126 yang dicatat pada 2 Jun itu melibatkan 123 orang warganegara dan tiga (3) orang bukan warganegara.

Daripada 126 kes kematian itu juga, sebanyak 21 kes dikategorikan sebagi kes mayat dibawa ke hospital (Brought In Dead/BID). Kes BID merujuk kepada kes kematian di luar hospital dan kematian ini disahkan disebabkan COVID-19 selepas proses bedah siasat.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar KPK mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada Jumaat 4 Jun 2021 melaporkan 86 kes kematian (83 warganegara, 3 bukan warganegara).

Ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,182 kes (0.53 peratus).

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 29 Mei hingga 4 Jun 2021 :-

29 Mei - 98 kes (98 WN), 30 Mei - 79 kes (78 WN 1 BWN), 31 Mei -67 kes (64 WN 3 BWN), 1 Jun -71 kes (69 WN 2 BWN), 2 Jun - 126 kes (123 WN 3 BWN), 3 Jun - 103 kes (100 WN 3 BWN) dan 4 Jun - 86 kes (83 WN 3 BWN).

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

Sepanjang tempoh ini, Selangor mengatasi negeri-negeri lain dalam kes kematian tertinggi iaitu 27 kes (29 Mei), 15 kes (30 Mei), 15 kes (31 Mei), 28 kes (1 Jun), 29 kes (2 Jun), 26 kes (3 Jun) dan 20 kes (4 Jun).

 

KES MELIBATKAN WARGANEGARA


Hanya 12 orang jemaah dibenarkan mendirikan solat Jumaat di masjid atau solat fardu di surau. Solat tersebut dihadkan hanya kepada pegawai dan ahli jawatan kuasa (AJK) masjid dengan penjarakan 1.5 meter. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penularan tempatan masih membelenggu kes harian baharu COVID-19 di Malaysia sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Mei hingga 4 Jun 2021), pada purata 90 peratus.

Rekod KKM hari ini (4 Jun 2021) menunjukkan, daripada 7,748 kes baharu, sebanyak 7,746 kes adalah penularan tempatan, melibatkan 6,721 warganegara (86.8 peratus) dan 1,025 bukan warganegara (13.2 peratus). Kes import sebanyak dua (2) kes.

Berikut adalah data yang menunjukkan keseluruhan situasi kes baharu, kes kumulatif dan kes import, berdasarkan makluman KKM:-

Sabtu 29 Mei - Kes baharu : 9,020 kes (558,534 kes kumulatif); Kes import : 5 kes (4 warganegara, 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 9,015 kes [8,346 warganegara (92.6%); 669 bukan warganegara (7.4%)];

Ahad 30 Mei - Kes baharu : 6,999 kes (565,533 kes kumulatif); Kes import : 4 kes (3 warganegara, 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,995 kes [6,385 warganegara (91.3%); 610 bukan warganegara (8.7%)];

Isnin 31 Mei - Kes baharu : 6,824 kes (572,357 kes kumulatif); Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 6,821 kes [6,239 warganegara (91.5%); 582 bukan warganegara (8.5%)];

Selasa 1 Jun - Kes baharu : 7,105 kes (579,462 kes kumulatif); Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,103 kes [6,550 warganegara (92.2%); 553 bukan warganegara (7.8%)];

Rabu 2 Jun - Kes baharu : 7,703 kes (587,165 kes kumulatif); Kes import : 2 kes (1 warganegara, 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,701 kes [6,861 warganegara (89.1%); 840 bukan warganegara (10.9%)];

Khamis 3 Jun - Kes baharu : 8,209 kes (595,374 kes kumulatif); Kes import : 64 kes (56 warganegara, 8 bukan warganegara); Kes tempatan : 8,145 kes [7,046 warganegara (86.5%); 1,099 bukan warganegara (13.5%)];

Jumat 4 Jun - Kes baharu : 7,748 kes (603,122 kes kumulatif); Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara); Kes tempatan : 7,746 kes [6,721 warganegara (86.8%); 1,025 bukan warganegara (13.2%)];

Di sebalik kenaikan kes harian baharu, jumlah kes sembuh merekodkan angka yang menggalakkan. Setakat 4 Jun 2021, sebanyak 6,642 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 515,571 kes (85.5 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

29 Mei (5,527 kes), 30 Mei (5,121 kes), 31 Mei (5,251 kes), 1 Jun (6,083 kes), 2 Jun (5,777 kes), 3 Jun (7,049 kes) dan 4 Jun (6,642 kes).

 

MASIH BANYAK KLUSTER BAHARU


Kakitangan hospital UKM melakukan simulasi PPV IPT Mobile dan Drive-Thru yang dilaksanakan oleh Hospital Pengajar Universiti (HPU) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan akses yang lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KKM pada 29 Mei lepas melaporkan perkembangan kluster rentas negeri dengan sebanyak 51 kluster direkod bermula 7 Disember 2020, melibatkan 6,468 kes. Ini adalah hasil daripada kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara.

Keadaan pandemik yang meruncing menyebabkan kerajaan mengenakan larangan semula sejak 10 Mei 2021.

Menurut KKM, kluster rentas negeri termasuk berpunca daripada kes indeks yang pulang untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, pulang menziarahi keluarga, menghadiri majlis perkahwinan, majlis hari jadi, majlis pengebumian atau kursus di negeri lain serta menjalankan aktiviti ceramah bebas merentas negeri.

Sejak 1 April 2021 sehingga 28 Mei 2021 sahaja, sebanyak 20 kluster rentas negeri yang terdiri daripada 1,420 kes dilaporkan.

Daripada jumlah itu, negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster tertinggi adalah Melaka dengan lapan (8) kluster (40 peratus), Terengganu dengan tiga (3) kluster (15 peratus) serta Kelantan, Perak dan Pahang dengan masing-masing dua (2) kluster (10 peratus).

Sebanyak 23 kluster baharu dilaporkan pada Jumaat 4 Jun 2021, dan secara keseluruhannya, kluster tempat kerja masih banyak dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 29 Mei hingga 4 Jun ini. Daripada rekod 161 kluster sepanjang tempoh berkenaan, 83 kluster (51.5 peratus) adalah kluster tempat kerja.

Butiran kluster baharu dan kluster yang berkaitan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah seperti berikut:-

29 Mei - 23 kluster baharu (8 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 6 kluster keagamaan, dan 1 kluster pendidikan;

30 Mei - 17 kluster baharu (6 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, 2 kluster keagamaan, 1 kluster pendidikan, 1 kluster Kumpulan Berisiko Tinggi);

31 Mei - 25 kluster baharu (14kluster tempat kerja, 9 kluster komuniti, 1 kluster pendidikan dan 1 kluster Kumpulan Berisiko Tinggi);

1 Jun - 27 kluster baharu (13 kluster tempat kerja, 8 kluster komuniti, 3 kluster keagamaan, 2 kluster pendidikan dan 1 kluster Kumpulan Berisiko Tinggi);

2 Jun - 22 kluster baharu (11 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, 1 kluster keagamaan, 2 kluster pendidikan dan 1 kluster pusat tahanan);

3 Jun - 24 kluster baharu (19 kluster tempat kerja, 4 kluster komuniti dan 1 kluster pendidikan).

4 Jun -23 kluster baharu (12 kluster tempat kerja, 7 kluster komuniti, 2 kluster keagamaan dan 2 kluster pendidikan).                           

Secara keseluruhannya sehingga 4 Jun 2021, negara merekod sejumlah 2,284 kluster dan 1,593 daripadanya ditamatkan, sementara 691 kluster masih aktif.                

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada 4 Jun 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 4 Jun 2021 untuk seluruh negara kekal 1.04. Negeri mencatat Ro tertinggi ialah WP Labuan 1.36, Negeri Sembilan 1.22, Sabah 1.15 dan Melaka 1.15.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA


Penduduk setempat hadir bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kampung Laut. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berdasarkan perincian KKM untuk 7,748 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 4 Jun 2021, Selangor terus menyumbang kes terbanyak empat angka iaitu 2,612 kes dan 1,773 daripadanya adalah kes kontak rapat.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu COVID-19 di Selangor adalah seperti berikut:-

29 Mei (2,836 kes), 30 Mei (2,477 kes), 31 Mei (2,111 kes), 1 Jun (2,068 kes), 2 Jun (2,728 kes), 3 jun (3,125 kes) dan 4 Jun (2,612 kes).

Sementara itu, negeri yang mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka - WP Kuala Lumpur, 851 kes, Negeri Sembilan 709 kes, Sarawak 706 kes, Johor 446 kes, Pulau Pinang 376 kes, Perak 371 kes, Sabah 287 kes, Kelantan 286 kes, Kedah 263 kes, Melaka 234 kes, WP Labuan 230 kes, Terengganu 203 kes dan Pahang 146 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 20 kes.

Kes harian baharu satu angka - Perlis 8 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 172,972,612 kes (rangkuman minggu lalu 169,710,788 kes) dengan 3,718,988 kes kematian (minggu lalu 3,527,082 kes kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 155,705,630 kes (minggu lalu 151,448,214 kes).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Argentina dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 34,174,752 kes (611,611 kematian);

India 28,574,350 kes (340,719 kematian);

Brazil 16,803,472 kes (469,784 kematian);

Perancis 5,694,076 kes (109,857 kematian);

Turki 5,270,299 kes (47,882 kematian);

Rusia 5,108,129 kes (123,037 kematian);

United Kingdom 4,499,878 kes (127,812 kematian);

Itali 4,225,163 kes (126,342 kematian);

Argentina 3,884,447 kes (79,873 kematian);

Jerman 3,701,690 kes (89,605 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 98 dengan 91,194 kes. Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 93 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 18 -1,843,612 kes (51,296 kematian);

Filipina di tangga 24 - 1,255,337 kes (21,537 kematian);

Thailand di tangga 80 - 171,979 kes (1,177 kematian)

Myanmar di tangga 85 - 143,945 kes (3,221 kematian);

Singapura di tangga 107 - 62,158 kes (33 kes kematian);

Kampuchea di tangga 119 - 33,075 kes (242 kes kematian);

Vietnam di tangga 159 - 8,195 kes (50 kes kematian);

Laos di tangga 189 - 1,943 kes (3 kes kematian);

Brunei di tangga 203 - 244 kes (3 kes kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

 

 BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan