KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kini berperanan sebagai One-Stop Centre menerusi penganjuran pameran dan persembahan kebudayaan yang menghimpunkan pelbagai agensi seni, budaya dan warisan negara dalam satu lokasi.
Inisiatif Tourism Malaysia dengan kerjasama MaTiC ini bertujuan memperkenalkan kekayaan warisan, seni visual, kraftangan, gastronomi tradisional serta persembahan kebudayaan Malaysia kepada pelawat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini sekali gus memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial