KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Selari matlamat Memperkasakan Pelanggan dan Masyarakat (Advancing Customers and Society), CIMB Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) telah mengumumkan komitmen berterusannya untuk memperkasa bakat Malaysia dalam bidang Budaya dan Seni melalui gerakan sosial, Kita Bagi Jadi. Kita Bagi Jadi ialah gerakan sosial Bank berkenaan demi menyemai dan memupuk semangat ketahanan, optimisme dan nilai positif dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-68, CIMB menjalinkan kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Malaysia, Aman RA untuk menerbitkan satu muzik video baharu, Bangun, Kita Bagi Jadi.
Pembikinan semula lagu Bangun iaitu nukilan penyanyi rap berkenaan yang merayakan semangat ketahanan dalam kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan nilai-nilai kempen sekaligus menjadikan beliau rakan kerjasama terbaik untuk versi terbaharu lagu berkenaan. Muzik video itu dihidupkan dengan gandingan unik antara Aman RA dan Olimpian Dato’ Azizulhasni Awang, di mana perjalanan peribadi mereka melambangkan daya tahan dan harapan. Video itu menampilkan kisah bermakna rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat termasuk usahawan, artis muda dan pelajar yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran peribadi dan menerima impak positif daripada pelbagai program dan produk CIMB.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial