KUANTAN, 23 Jun (Bernama) -- Bagi memantapkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan dan meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan rakyat di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah melancarkan aplikasi GeoHASiL pada hari ini.
Pelancaran aplikasi ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL di Menara HASiL Cawangan Kuantan, Pahang sempena Program Lawatan Konsultasi Hasil (LKH) dan Program Keluarga Hasil & Komuniti (HATI) yang merupakan antara pendekatan murni HASiL turun padang bagi mendekati rakyat berkaitan hal ehwal percukaian.
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
© 2022 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan