BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF

Catheon Gaming Melantik Bekas Ketua Activision Blizzard bagi APAC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

23/06/2022 03:07 PM

HONG KONG & SYDNEY, 23 Jun (Bernama) -- Catheon Gaming (“Syarikat itu”), syarikat permainan dan hiburan blok rantai bersepadu yang paling pesat berkembang, hari ini mengumumkan bahawa Mark Aubrey akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu bagi syarikat itu, berkuat kuasa 11 Julai, 2022. Aubrey akan bekerja bersama William Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, untuk meningkatkan syarikat itu di dalam industri permainan blok rantai yang berkembang pesat. Catheon Gaming bekerjasama dengan pembangun permainan terkemuka dan pemegang IP untuk membangun dan melancarkan permainan blok rantai yang “terbaik di dalam kelasnya” dan membawa mereka kepada audiens yang seluas-luasnya.

Aubrey menyertai Catheon Gaming sebagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada peranan beliau sebelum ini sebagai Pengarah Urusan dan Ketua bagi Asia Pasifik (“APAC”) di Activision Blizzard, pembangun permainan terkemuka dan penerbit bagi perisian hiburan yang terkenal kerana mencipta beberapa daripada permainan yang paling terkenal di dalam industri itu, termasuk Call of Duty dan World of Warcraft. Mark Aubrey mempunyai lebih 19 tahun pengalaman di dalam industri hiburan dan permainan di rantau APAC.

Untuk teks penuh, klik di sini


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan