Selasa, 04 Ogos 2020
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF
29/07/2020 03:31 PM

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Julai (Bernama) – Triton Digital®, penyedia teknologi dan perkhidmatan global kepada industri audio dan podcasts dalam talian, mengumumkan hari ini bahawa Star Media Group, kumpulan media bersepadu dan inovatif yang terkemuka di Malaysia telah memilih Triton Digital untuk memperkasakan penyampaian, pengewangan, dan pengukuran kandungan penstriman audio dan podcasts mereka.

Melalui kerjasama ini, Star Media Group akan memanfaatkan rangkaian penstriman audio Triton yang kukuh untuk menyampaikan stesen radio mereka dalam talian, termasuk 988 FM, salah satu stesen bahasa Cina terkemuka di Malaysia, serta SURIA FM, salah satu stesen radio Melayu yang berkembang pesat di rantau ini.  Selain itu, Star Media Group akan memanfaatkan pelayan iklan Triton untuk secara dinamik memasukkan iklan audio bersasaran tinggi ke dalam strim mereka.  Untuk menyokong matlamat pengewangan mereka, Star Media Group akan menggunakan pasaran audio berprogram dan SSP audio Triton untuk menyediakan inventori audio dan podcasts dalam talian mereka kepada pembeli media di seluruh dunia melalui tawaran pasaran terbuka dan swasta.

 

Untuk teks penuh, klik di sini

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan