Isnin, 06 Julai 2020
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF
30/06/2020 05:21 PM

MALMO, Sweden, 30 Jun (Bernama) -- Laporan terkini daripada IVL Swedish Environmental Research Institute mengesahkan bahawa lantai kayu keras kemasan semula dan lasak adalah lebih mampan untuk persekitaran berbanding menggantikan permukaan lantai. Tersedia hari ini, laporan yang telah dijalankan dengan input daripada Bona ini, menyatakan pengurangan jejak karbon sebanyak 78 peratus apabila lantai kayu dikemas semula dan bukannya digantikan. Pengemasan semula permukaan lantai lasak boleh menawarkan sehingga 92 peratus pengurangan dalam jejak karbon berbanding dengan penggantian. Selain itu, laporan mendapati bahawa dengan mengemas semula lantai kayu keras atau lasak, sekurang-kurangnya 90 peratus penjimatan dalam sumber dapat direalisasikan, penjimatan tersebut merangkumi pengangkutan, penggunaan bekalan elektrik, barang guna habis pakai dan bahan.

Setiap tahun, 25 juta meter persegi lantai kayu keras dan lasak digantikan di dalam bangunan awam dan komersial Sweden. Kajian IVL, “Meningkatkan keberkesanan sumber dalam industri lantai Sweden melalui pengemasan semula lantai,” mendapati mengemas semula permukaan lantai boleh menawarkan pengurangan yang ketara dalam jejak karbon, menjimatkan sumber dan menyumbang kepada ekonomi kitaran yang relatif dengan bahan binaan.

Untuk teks penuh, klik di sini

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan