Sabtu, 04 Julai 2020
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF
24/06/2020 04:53 PM

SHANGHAI, 24 Jun (Bernama) -- Pada 18 Jun 2020, Perikatan Global bagi Jenama Utama China (GACTB) yang pertama  telah diasaskan bersama oleh OPPLE, Dongpeng, Micoe, Robam dan Holike. Lima syarikat terkemuka itu di dalam Industri Kelengkapan Rumah telah menandatangani perjanjian kerjasama itu melalui satu majlis penandatanganan awan ekoran pandemik Covid-19. GACTB komited untuk menyediakan kepada pengguna global dengan satu penyelesaian sehenti bagi perkhidmatan kelengkapan rumah yang berkualiti tinggi.

Untuk memperluaskan saluran jualan melalui perikatan penjenamaan

Apabila cara kehidupan dan bekerja secara beransur-ansur kembali normal ketika pandemik Covid-19 itu dapat dikawal di peringkat global, pemilik rumah di luar negara akan memberi perhatian kepada satu gaya hidup yang sihat. Dalam hubungan ini, reputasi jenama dan kualiti produk akan menjadi pertimbangan utama di dalam proses mereka membuat keputusan. GACTB akan mendukung nilai-nilai Penjenamaan, Masyarakat, Pelanggan dan Ahli-ahli, memperkasakan saluran-saluran jualan di luar negara dengan berkongsi sumber pelanggan, dan meningkatkan kerjasama dalam membangunkan pasaran baharu, membida projek, mengoptimumkan sistem pengedaran dan mempromosikan jenama berdasarkan kepada satu dasar kemenangan bagi semua pihak.

 

Untuk teks penuh, klik di sini

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan