Rabu, 27 Mei 2020
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF
21/05/2020 04:42 PM

HONG KONG, 21 Mei (Bernama) -- China Mobile International, Facebook, MTN GlobalConnect, Orange, stc, Telecom Mesir, Vodafone dan WIOCC hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina 2Africa, yang akan menjadikan kabel dasar laut paling komprehensif bagi menyalurkan perkhidmatan kepada benua Afrika dan rantau Timur Tengah, dan juga menghubungkan melalui Afrika timur dengan kabel dasar laut yang lain bagi memperluaskan sambungan di Asia. Pihak-pihak itu telah melantik Alcatel Submarine Networks (“ASN”) untuk membina kabel tersebut di dalam sebuah projek yang dibiayai sepenuhnya yang akan meningkatkan sambungan yang ketara merentasi Afrika dan Timur Tengah.

Dengan jarak panjang 37,000km, 2Africa akan menjadi salah satu projek kabel dasar laut terbesar di dunia dan akan menghubungkan Eropah (ke arah timur melalui Mesir), Timur Tengah (melalui Arab Saudi), dan 21 pendaratan di 16 buah negara di Afrika. Sistem itu dijangka beroperasi pada tahun 2023/4, dengan menyampaikan lebih daripada jumlah gabungan kapasiti bagi kesemua kabel dasar laut yang menyalurkan perkhidmatan ke Afrika pada hari ini, dengan kapasiti yang direka sehingga 180Tbps pada bahagian-bahagian utama pada sistem itu. 2Africa akan menyampaikan kapasiti dan kebolehpercayaan internet yang sangat diperlukan merentasi sebahagian besar Afrika, dengan melengkapkan permintaan kapasiti yang pesat berkembang di Timur Tengah dan menyokong pertumbuhan seterusnya bagi akses jalur lebar 4G, 5G dan tetap untuk ratusan juta orang.

Untuk teks penuh, klik di sini

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan