Selasa, 07 April 2020
SIARAN MEDIA EKSKLUSIF
25/03/2020 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Hari Tibi disambut di seluruh dunia pada 24 Mac setiap tahun sempena memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882. Tujuan sambutan ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha-usaha kawalan dan pencegahan penyakit yang telah dilakukan di seluruh negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sejumlah 10 juta kes Tibi di seluruh dunia dengan jumlah kematian sebanyak 1.5 juta. Jumlah kes Tibi yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2019 adalah 26,352 kes (kadar insiden 81 setiap 100,000 penduduk) iaitu peningkatan sebanyak 2% berbanding 25,837 kes (kadar insiden 79 setiap 100,000 penduduk) pada tahun 2018. Kadar kematian Tibi pada tahun 2019 adalah 3.7 setiap 100,000 penduduk.

Untuk teks penuh, klik di sini

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan