KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen meminta mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merayu baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat dan membolehkan persidangan Parlimen diadakan dengan kadar segera.
"Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang Parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Jan 2021 untuk membahaskan isu darurat, COVID-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kelmarin, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19..
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 11 Jan, 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Perkara 150 (1) itu antara lainnya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.
Ancaman pandemik COVID-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta