Selasa, 26 Januari 2021
14/01/2021 06:14 PM

KUCHING, 14 Jan  -- Kerajaan negeri Sarawak menghormati Proklamasi Darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membendung pandemik COVID-19 namun tetap optimis mampu melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 sebaik sahaja perintah itu ditarik balik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pengisytiharan darurat itu dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Sarawak juga perlu akur dengan keputusan itu.

“Sekiranya keadaan bertambah baik dan Agong yakin yang keadaan semakin pulih, Baginda boleh membuat pernyataan iaitu dengan menarik balik pengisytiharan darurat di beberapa tempat di Malaysia,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Haji Kamaruddin di Kampung Segedup di sini hari ini.

Abang Johari berkata kenaikan mendadak kes positif COVID-19 di Sarawak adalah berikutan kluster Pasai di Sibu dan jika dapat dikawal dengan baik, penularan wabak di negeri itu akan kembali terkawal.

“Jika kami (Sarawak) mengekalkan disiplin mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bertambah serta berjaya membendungnya, jumlah kes berkurangan, jadi terpulang kepada mereka untuk menarik balik pengisytiharan darurat, kemudian (kami boleh laksanakan) pilihan raya,” katanya.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di seluruh negara.

Tempoh mandat kerajaan Sarawak ketika ini adalah hingga Jun 2021.

Sarawak pernah mengadakan PRN pada hujung tahun iaitu PRN keempat pada 28-29 Disember 1983.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan