Ahad, 17 Januari 2021
POLITIK
05/01/2021 03:08 PM

KOTA BHARU, 5 Jan  -- PAS sama sekali tidak berkecil hati dan akan meneruskan perjuangan menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama UMNO.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya akan meneruskan hubungan dan menyerahkannya kepada kepimpinan atasan, termasuk menerima apa-apa arahan dari pihak tersebut.

“Sebenarnya kita bersyukur kerana selepas 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dengan keadaan yang kita lihat memberi kesan yang amat besar kepada orang Melayu dan juga kedudukan Islam.

“Apabila dapat bertukar kerajaan, ia adalah satu rahmat kepada kita dan sekarang ini kita kena bina dan sedar matlamat kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim di Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Nazran Muhammad dan Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, melahirkan rasa syukur kerana dapat membentuk dan mengambil satu kerajaan yang boleh membela semula nasib rakyat.

“Usaha (membentuk kerajaan) itu penting. Kita akan terus berjuang sedaya upaya kita,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub memaklumkan, pihaknya menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya membuat kajian semula kerjasama, berdasarkan sikap PAS yang tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan