Sabtu, 28 November 2020
POLITIK
20/11/2020 12:44 PM

KOTA KINABALU, 20 Nov -- Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort Awang Aslee Lakat dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang baharu berkuat kuasa 1 November lalu.

Awang Aslee, yang juga bekas Penolong Setiausaha UMNO Sabah itu, menggantikan Datuk Kadzim M. Yahya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Watikah pelantikan disampaikan oleh Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di sini, semalam.

Awang Aslee ketika ditemui menyifatkan pelantikan itu sebagai tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan beliau beriltizam akan melakukan terbaik khususnya dalam memperkasakan UMNO Sabah.

“Tugas diamanahkan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak dalam kepimpinan UMNO Sabah termasuk Pergerakan Wanita, Putera dan Puteri di seluruh bahagian,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Aslee mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin  serta kepimpinan parti yang lain atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan