Rabu, 08 Julai 2020
30/06/2020 10:08 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan pada 27 Sept ini.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat yang diadakan semalam itu turut menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan bagi Armada dan Serikandi pada 26 Sept.

"MPT telah menetapkan takwim baharu bagi urusan persidangan cawangan atau bahagian dan Perhimpunan Agung Tahunan yang ditangguhkan selaras dengan notis larangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia akibat pandemik COVID-19.

"Bagi cawangan-cawangan yang belum bersidang (tertangguh), persidangan akan bersambung semula dari 10 Julai hingga 26 Julai," katanya.

Menurut Hamzah, MPT turut menetapkan tarikh baharu persidangan bahagian pada 22 Ogos. 

"Persidangan Armada Bahagian dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos manakala 16 Ogos merupakan Persidangan Srikandi Bahagian.

"Bagi pihak pimpinan tertinggi parti, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli Bersatu. Semoga persidangan dan perhimpunan yang dijadualkan berlangsung dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah," katanya.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan