Rabu, 08 Julai 2020
POLITIK
30/06/2020 08:47 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju membawa isu pencalonan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mendapat keputusan bersama.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah hari ini bagi membincangkan isu pencalonan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata mesyuarat itu juga mengambil maklum bahawa cadangan tersebut adalah bagi mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi membolehkan PH membentuk semula kerajaan.

“Setelah mengambil pandangan semua ahli-ahli mesyuarat, Amanah menganggap bahawa persoalan ini perlu diputuskan bersama dalam Majlis Presiden PH demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan dalam menangani persoalan ini.

“Mesyuarat menegaskan persoalan mengambil kembali kerajaan adalah sesuatu yang perlu diutamakan,” menurutnnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Jun lalu dilaporkan sebagai berkata beliau menyokong penuh cadangan Amanah, Warisan dan DAP agar Mohd Shafie dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata keputusan memilih Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Amanah, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah dekat sini pada Khamis (25 Jun).

Beliau berkata dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan