Sabtu, 30 Mei 2020
POLITIK
20/05/2020 11:53 AM

PUTRAJAYA, 19 Mei -- Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), demikian menurut satu salinan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada parti itu.

Menurut kandungan surat kepada Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya bertarikh 5 Mei 2020, yang tular di media sosial hari ini, RoS mengambil maklum bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu melalui surat bertarikh 24 Feb 2020 yang berkuat kuasa serta-merta dan dikemukakan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sehubungan dengan peletakan jawatan Pengerusi tersebut, Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) berhak memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan diadakan selaras dengan Fasal 16.9 perlembagaan parti itu.”

Fasal 16.9 perlembagaan Bersatu menyebut: Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu mengikut Fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2.

Surat RoS itu turut menyatakan bahawa berdasarkan dokumen yang dikemukakan iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, RoS mengesahkan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu adalah sah, manakala pemangkuan jawatan itu oleh Muhyiddin juga sah dan masih berkuat kuasa sehingga diadakan pemilihan pengerusi baharu.

Unit Komunikasi Korporat RoS dalam mesej kepada pihak media mengesahkan kesahihan surat berkenan bagi menjawab surat daripada Bersatu.

Usaha Bernama mendapatkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk penjelasan lanjut hal berkaitan setakat ini belum berhasil. 

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan