Selasa, 07 April 2020
POLITIK
26/03/2020 04:33 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu, kata Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Hamzah dilantik bagi menggantikan Senator Datuk Wira Marzuki Yahya yang telah diberhentikan daripada jawatan setiausaha agung parti berkuat kuasa 18 Mac lepas. 

“Sehubungan itu, segala tugas setiausaha agung seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Bersatu hendaklah dijalankan oleh Hamzah.  

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Marzuki atas khidmat beliau sebagai setiausaha agung.   Saya juga mengucapkan selamat bertugas kepada Hamzah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah merupakan Ahli Parlimen Larut yang keluar daripada UMNO dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Bersatu.

Muhyiddin yang dilantik sebagai perdana menteri kelapan telah melantik Hamzah sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinetnya.

-- BERNAMA


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan