PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

27/04/2026 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi hambar.

Pada akhir dagangan, April 2026 dan Jun 2026 masing-masing menokok 3.5 mata kepada 1,718.0 dan 1,719.5 manakala Mei 2026 naik 3.0 mata kepada 1,719.5 serta September 2026 meningkat 5.0 mata kepada 1,700.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 65,737 lot daripada 12,359 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 99,503 kontrak daripada 45,733 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 3.07 mata atau 0.17 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian iaitu 1,717.27 daripada 1,720.34 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan