PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

26/02/2026 02:21 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi ini, seiring penurunan prestasi pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  merosot 4.66 mata kepada 1,743.15, berbanding paras 1,747.81 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka 1.62 mata lebih tinggi pada 1,749.43 dan bergerak antara 1,741.20 hingga 1,749.43 sepanjang sesi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 667 berbanding 296, manakala 475 kaunter tidak berubah, 1,331 tidak diniagakan dan 165 digantung.

Jumlah dagangan bernilai RM1.59 bilion daripada 1.57 bilion unit saham.

Pasaran serantau diniagakan rendah. Indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.41 peratus kepada 26,656.29, Indeks Komposit Jakarta merosot 0.79 peratus kepada 8,256.26, Indeks Straits Times Singapura susut 0.23 peratus kepada 4,996.02, dan Indeks Komposit Shanghai China turun 0.08 peratus kepada 4.144.08

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen pasaran dijangka kekal positif susulan kenaikan Wall Street semalaman dan prestasi memberangsangkan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Nvidia.

“Walaupun pasaran masih mempersoalkan kemampanan perbelanjaan infrastruktur kecerdasan buatan (AI), kami percaya Nvidia berada pada kedudukan baik untuk peningkatan penilaian berterusan apabila beralih daripada pembekal perkakas kepada kitaran pertumbuhan AI berjangka panjang dan bermargin tinggi,” katanya dalam satu nota.

Di kalangan kaunter utama, Maybank susut 12 sen kepada RM12.24, Public Bank naik lima sen kepada RM5.00, manakala CIMB Group merosot tiga sen kepada RM8.44. Tenaga Nasional turun lapan sen kepada RM14.10, manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM9.00.

Dalam senarai kaunter paling aktif, Aquawalk turun enam sen kepada 30 sen, Tanco naik satu sen kepada RM1.54, Nationgate merosot tujuh sen kepada 93.5 sen, Astro Malaysia naik setengah sen kepada lapan sen, dan Capital A susut 1.5 sen kepada 59 sen.

Kaunter paling untung, antaranya Sunway Construction naik 35 sen kepada RM7.25, Petronas Dagangan menokok 32 sen kepada RM22.28, Kelington meningkat 23 sen kepada RM5.35, Malaysian Pacific Industries menambah 22 sen kepada RM32.22, dan Sunway naik 15 sen kepada RM5.99.

Kaunter paling rugi pula ialah Nestle turun RM1.50 kepada RM109.00, Dutch Lady Milk Industries susut 68 sen kepada RM32.40, Telekom Malaysia turun 37 sen kepada RM7.38, Amway susut 26 sen kepada RM5.11 dan Hong Leong Bank turun 18 sen kepada RM23.86.

Di papan indeks, Indeks FBMT100 turun 32.79 mata kepada 12,611.38, Indeks FBM Emas susut 36.72 mata kepada 12,786.87, Indeks FBM70 merosot 41.85 mata kepada 17,727.23, Indeks FBM Emas susut 12,786.87, Indeks FBM Emas Shariah turun 49.10 kepada 12,295.67 dan Indeks FBM ACE susut 19.82 mata kepada 4,782.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 45.59 mata kepada 21,585.54, Indeks Perladangan susut 35.51 mata kepada 8,351.18, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.23 mata kepada 175.19, manakala Indeks Tenaga turun 7.37 mata kepada 762.36.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan