Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh minggu lepas walaupun terdapat perkembangan terkini mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 4.45 mata kepada 1,757.28 daripada 1,752.83 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.14 mata kepada 1,756.97.
Pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 266 berbanding 119 manakala 308 kaunter tidak berubah, 2,087 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 155.05 juta saham bernilai RM109.56 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi selepas Mahkamah Agung AS membatalkan kebanyakan tarif Presiden Donald Trump, yang berpotensi memberikan kelegaan kepada syarikat yang dibebani oleh kos lebih tinggi dan mengurangkan kebimbangan mengenai inflasi.
“Sebagai reaksi kepada keputusan itu, Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif global 15 peratus ‘hampir serta-merta’, mewujudkan ketidaktentuan baharu terhadap aliran perdagangan global,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat domestik, Thong berkata sentimen pasaran tempatan kekal kukuh.
“Kami menjangka indeks berada dalam julat 1,750 hingga 1,760 hari ini,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM12.22, Public Bank naik empat sen kepada RM5.07, CIMB merosot dua sen kepada RM8.47, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM14.12 manakala IHH Healthcare melonjak 24 sen kepada RM9.08.
Dalam senarai paling aktif, VS Industry menambah setengah sen kepada 39.5 sen, Advance Synergy meningkat satu sen kepada 8.5 sen manakala Velesto tidak berubah pada 31.5 sen, Astro Malaysia kekal mendatar pada 10 sen dan Pharmaniaga kekal pada 31 sen.
Kaunter paling untung termasuklah Nestle, melonjak RM1.00 kepada RM110.70, LPI Capital naik 22 sen kepada RM15.48, Allianz meningkat 20 sen kepada RM22.86, Vstecs menambah 14 sen kepada RM4.14 dan IOI Properties menokok 12 sen kepada RM3.57.
Antara kaunter paling rugi, Press Metal merosot 17 sen kepada RM7.53, Petronas Dagangan berkurangan 12 sen kepada RM20.84, QL Resources menurun 11 sen kepada RM3.92, Fraser & Neave menyusut 10 sen kepada RM33.04 dan Sunway Bhd merosot enam sen kepada RM5.74.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 16.93 mata kepada 12,684.82, Indeks FBM Emas menambah 18.43 mata kepada 12,865.21, Indeks FBM 70 menokok 72.61 mata kepada 17,818.31, Indeks FBM Emas Shariah naik 16.34 mata kepada 12,384.63 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.95 mata kepada 4,824.07.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 44.05 mata kepada 21,659.72 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.11 mata kepada 176.95, Indeks Tenaga berkurangan 1.09 mata kepada 774.79 dan Indeks Perladangan merosot 2.23 mata kepada 8,417.75.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial