PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

09/02/2026 08:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada AS$5,037.70 setiap auns troy daripada AS$4,877.90 pada Jumaat, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada AS$5,055.20 setiap auns troy daripada AS$4,895.40.

Kontrak April 2026 dan Mei 2026 turut meningkat kepada AS$5,072.90 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 sebelum ini.

Kontrak Jun 2026 dan Ogos 2026 juga mengukuh, masing-masing ditutup pada AS$5,106.80 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 pada Jumaat.

Jumlah dagangan menyusut pada 12 lot daripada 52 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 99 kontrak daripada 151 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,948.00 setiap auns troy, mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Feb, 2026.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan