PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan MPOB Anggar Pengeluaran Lebih Rendah

26/11/2025 10:13 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu dipacu oleh pengeluaran minyak sawit Malaysia yang dianggarkan lebih rendah oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani memberitahu Bernama bahawa MPOB mengunjurkan pengeluaran minyak sawit Malaysia bagi 1 hingga 12 Nov, 2025 meningkat tiga peratus, iaitu di bawah jangkaan pasaran sebanyak tujuh peratus.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut disokong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah.

“Bagaimanapun, kenaikan harga dihadkan oleh jangkaan pengeluaran yang meningkat dan tahap stok dalam negara.

“Kami mendapati harga pada paras sokongan melebihi RM3,980 satu tan dan paras rintangan pada RM4,150 satu tan,” katanya.

Sementara itu, pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat RM24 kepada RM3,998 satu tan, kontrak Januari 2026 menokok RM30 kepada RM4,014 satu tan dan kontrak Februari 2026 menambah RM34 kepada RM4,024 satu tan.

Kontrak Mac 2026 dan April 2026 masing-masing meningkat RM35 kepada RM4,038 dan RM4,045 satu tan, manakala kontrak Mei 2026 naik RM31 kepada RM4,041 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 78,914 lot daripada 119,178 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 283,393 kontrak daripada 290,245 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan turun RM10 kepada RM4,040 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan