PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Permintaan Lemah

25/11/2025 09:40 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi kebimbangan terhadap permintaan yang lemah serta unjuran pengeluaran yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu terdekat.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut terjejas akibat harga minyak soya yang lebih rendah.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,900 satu tan dan paras rintangan pada RM4,080 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 susut RM67 kepada RM3,974 satu tan, Januari 2026 turun RM66 kepada RM3,984 satu tan, manakala Februari 2026 merosot RM65 kepada RM3,990 satu tan.

Kontrak Mac 2026 berkurang RM61 kepada RM4,003 satu tan, April 2026 turun RM57 kepada RM4,010 satu tan, dan Mei 2026 susut RM55 kepada RM4,010 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 119,178 lot berbanding 73,960 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 290,245 kontrak daripada 288,313 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Disember Selatan merosot RM30 kepada RM4,050 satu tan.

-- BERNAMA 



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan