PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak Kacang Soya

12/11/2025 10:13 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu dipengaruhi oleh penurunan harga minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran turut tertekan akibat pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kami menjangkakan harga disokong pada paras melebihi RM4,100 dan paras rintangan pada RM4,250,” katanya kepada Bernama.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1315/1385 berbanding dolar AS daripada 4.1360/1395 ketika ditutup pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta November 2025 susut sebanyak RM111 kepada RM3,957 satu tan, kontrak Disember 2025 turun sebanyak RM15 kepada RM4,085 satu tan manakala Januari 2026 berkurang RM13 kepada RM4,124 satu tan.

Kontrak Februari 2026 merosot kira-kira RM12 kepada RM4,153 satu tan, Mac 2026 hilang sebanyak RM10 kepada RM4,170 satu tan manakala April 2026 berkurang RM8 kepada RM4,178 satu tan.

Jumlah dagangan berkembang kepada 57,444 lot daripada 89,319 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 263,092 kontrak daripada 263,747 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi November Selatan susut sebanyak RM20 kepada RM4,110 satu tan.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan