Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu depan, menjejaki pasaran tunai.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata paras 1,530 adalah titik yang sangat penting.
Beliau berkata walaupun berjaya melepasi paras itu pada Isnin lepas, namun FBM KLCI tidak dapat mengekalkannya dan turun tidak lama kemudian.
“Dari segi teknikal, kami yakin FBM KLCI perlu melepasi paras 1,530 dengan jumlah dagangan yang tinggi seterusnya mampu mengekalkan paras ini dalam tempoh lebih lama untuk mencatatkan aliran meningkat jangka masa panjang yang mampan.
“Kami menjangkakan FBM KLCI kekal dalam julat kecil dan bergerak antara 1,510 hingga 1,540 minggu depan,” katanya kepada Bernama.
Berasaskan mingguan, Julai 2025 turun 4.5 mata kepada 1,527.5, Ogos 2025 kurang 5.5 mata kepada 1,524.5, September 2025 susut 7.0 mata kepada 1,504.0, dan Disember 2025 menguncup 2.5 mata kepada 1,508.0.
Jumlah dagangan minggu ini berkurangan kepada 25,123 lot daripada 28,804 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 38,963 kontrak daripada 40,748 kontrak.
Pada akhir dagangan minggu ini, FBM KLCI susut 10.21 mata kepada 1,525.86 daripada 1,536.07 minggu lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial