PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

24/04/2024 09:40 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun semula daripada penurunan semalam, sebahagiannya disebabkan oleh data lemah Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis. 

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata PMI Pembuatan Global S&P turun kepada 49.9 pada April daripada 51.9 pada Mac, mencerminkan penyusutan dalam aktiviti perniagaan sektor pembuatan.

Beliau juga berkata pemulihan pasaran emas dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap langkah Senat AS yang meluluskan pakej bantuan bernilai US$95 bilion kepada Taiwan, Ukraine dan Israel yang boleh meningkatkan ketegangan geopolitik.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat kepada US$2,331.40 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,300.30 pada Selasa manakala Mei 2024 naik kepada US$2,347.50 daripada US$2,316.40 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi kepada  US$2,352.70 setiap auns troy daripada US$2,321.60.

Jumlah dagangan menyusut kepada 14 lot daripada 26 lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 28 kontrak daripada 44 kontrak pada Selasa. 

Menurut London Bullion Market Association pada 23 April, harga emas fizikal berada pada US$2,328.45  setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan