PASARAN

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

25/01/2023 11:50 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini - hari pertama selepas cuti hujung minggu yang panjang - apabila kebimbangan terhadap permintaan yang lemah terus memberi tekanan kepada harga, kata seorang peniaga. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata, bagaimanapun, jangkaan pengeluaran lemah mungkin akan memberikan sokongan bagi masa terdekat. 

“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,500 setan metrik dan paras ketahanan pada RM4,000 setan metrik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ketua penyelidik Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM menyambung dagangan selepas cuti hujung minggu yang panjang dengan harga yang rendah. Prestasi eksport minyak sawit Januari 2023 merupakan penyumbang utama kepada penurunan harga minyak sawit. 

Beliau berkata Intertek Testing Services (ITS) mengunjurkan eksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-25 Jan berjumlah 824,373 tan metrik, turun sebanyak 34.68 peratus daripada 1,262,147 tan metrik pada tempoh yang sama pada bulan lepas.

“Data prospek pengeluaran minyak sawit utama daripada UOB Kay Hian dan Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) akan menjadi penting (untuk menentukan pergerakan harga pada masa depan),” katanya. 

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2023 susut RM131 kepada RM3,754 setan metrik, Mac 2023 turun RM133 kepada RM3,754 setan metrik dan April 2023 turun RM139 kepada RM3,753 setan metrik.

Kontrak Mei 2023 berkurangan RM137 kepada RM3,753 setan metrik, Jun 2023 susut RM132 kepada RM3,751 setan metrik dan Julai 2023 jatuh RM117 kepada RM3,746 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 65,915 lot daripada 40,902 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 180,818 kontrak daripada 179,235 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan turun RM80 kepada RM3,870 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan