BERITA PRU15   Wan Rosdy sekali lagi diberi mandat terajui kerajaan Pahang | PRU15 Padang Serai: Majikan diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi | Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan | DUN Tioman: Calon BN sambut baik kesediaan calon PH beri laluan | Kedah disaran beri cuti khas hari mengundi Parlimen Padang Serai | 
PASARAN

Niaga hadapan emas kekal ditutup rendah

22/11/2022 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit rendah pada Selasa walaupun emas COMEX semalaman pulih selepas dolar AS menyusut.

Sebanyak dua lot emas bernilai RM139,512 telah diniagakan.

Peniaga Phillip Capital Sdn Bhd Tai Jen Seng berkata, pelabur melihat kepada minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada November bagi mendapatkan petunjuk mengenai kenaikan kadar pada masa hadapan.

Lembaga Rizab Persekutuan dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan mengeluarkan minit mesyuarat dasar yang diadakan pada 1 dan 2 Nov esok.

''Penyata gaji bukan ladang AS dan angka inflasi yang akan diumum sebelum mesyuarat Fed adalah pemangkin yang lebih sesuai untuk pergerakan niaga hadapan emas seterusnya.

''Dalam jangka pendek, harga berkemungkinan kekal disokong kerana ia turun naik sekitar US$1,740 setiap auns troy, sementara kami menjangkakan harga akan mengikuti pergerakan emas COMEX yang baru sahaja menembusi paras rintangan sebelumnya pada US$1,748 setiap auns troy,” kata Tai kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia untuk bulan semerta pada November 2022 ialah US$1,741 setiap auns troy.

Sementara itu, Disember 2022, Januari 2023, Februari 2023, April 2023 dan Jun 2023 semuanya berjumlah US$1,755 setiap auns troy.

Harga emas fizikal berada pada US$1,740.40 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 21 Nov.

-- BERNAMA 



 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan