BERITA PRU15   Wan Rosdy sekali lagi diberi mandat terajui kerajaan Pahang | PRU15 Padang Serai: Majikan diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi | Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan | DUN Tioman: Calon BN sambut baik kesediaan calon PH beri laluan | Kedah disaran beri cuti khas hari mengundi Parlimen Padang Serai | 
PASARAN

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

19/11/2022 10:06 AM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil bagi tempoh jangka pendek berikutan ketidaktentuan politik dan kewangan. 

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Edison Lai berkata para pelabur mencari petunjuk ekonomi dari Amerika Syarikat bagi menilai kemajuan kenaikan kadar faedah pada masa depan. 

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Jumaat susulan pengumuman cuti umum pada 18-19 Nov oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membolehkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Bagi asas Jumaat ke Khamis, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatives bagi November 2022 meningkat kepada US$1,772.0 setiap troy auns berbanding US$1,731.60 setiap troy auns pada minggu sebelumnya.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, logam berharga itu diniagakan bercampur-campur. 

Kontrak bagi Disember 2022, Januari 2023, Februari 2023, April 2023 dan Jun  2023 semuanya berada pada US$1,786.60 setiap troy auns.

Harga emas fizikal meningkat US$1.65 setiap troy auns kepada US$1,773.00 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association PM Fix pada 16 Nov, 2022 berbanding US$1,771.35 setiap troy auns pada 15 Nov.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan