BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
PASARAN

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu depan

06/08/2022 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Menurut RHB Investment Bank Bhd, langkah harga positif yang berterusan akan menaikkan indeks lebih tinggi untuk menguji 1,513 mata, diikuti paras halangan pada 1,525 mata.

“Sementara itu, paras 1,488 mata telah menjadi paras sokongan yang kukuh. Berdasarkan indeks bergerak lebih tinggi berikutan momentum baharu, kami tidak membuat perubahan terhadap kecenderungan peningkatan kami,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bagi minggu baru berakhir, Ogos 2022 naik 9.0 mata kepada 1,499.5, September 2022 menambah 7.5 mata kepada 1,488.5, Disember 2022 meningkat 6.0 mata kepada 1,488.0 manakala bulan kontrak baharu Mac 2023 sebanyak 1,477.5. 

Jumlah dagangan merosot kepada 35,029 lot daripada 120,758 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,357 kontrak daripada 43,946 kontrak.

Pada asas mingguan, indeks petunjuk pasaran naik 9.32 mata kepada 1,501.55 daripada 1,492.23 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan