BERITA COVID–19   Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | Trend kes COVID-19 di Labuan kembali meningkat | 
PASARAN

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi seiring prestasi minyak kacang soya

05/08/2022 09:13 PM

Oleh Kisho Kumari

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago.

Bagaimanapun, Peniaga Minyak Sawit David Ng berkata harga MSM dijangka berdepan aliran penurunan berikutan paras stok yang tinggi di negara ini yang hanya menambah tekanan ke atas harga komoditi tersebut.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan paras sokongan pada RM3,500 manakala paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama. 

Sewaktu ditutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semerta Ogos 2022 melonjak RM80 kepada RM4,020 satu tan, September 2022 menokok RM69 kepada RM3,923 satu tan, Oktober 2022  menambah RM57 kepada RM3,878 satu tan, November 2022 meningkat RM53 kepada RM3,879 satu tan.

Dalam pada itu, Disember 2022 naik RM53 kepada RM3,913 satu tan dan Januari 2023 menokok RM48 kepada RM3,966 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun berkurangan kepada 54,468 lot daripada 86,615 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 195,371 daripada 282,128 kontrak, sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan naik RM50 kepada RM4,050 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan